Baru-baru ini, ketika ditanya mengenai topik ini dalam sebuah podcast ‘MASKULIN Gentle Cakap’ bersempena tayangan drama Mandul Bukan Pilihan di Astro, Dr Say Shazril tampil menjelaskan definisi sebenar kemandulan lelaki serta berkongsi pengalamannya sendiri.
Drama lakonan Hun Haqeem dan Mira Filzah tersebut menceritakan kisah rumah tangga yang diuji dengan hebatnya apabila isu zuriat dijadikan taruhan.
Watak Aldi (Hun Haqeem) misalnya terpaksa berdepan syarat berat daripada keluarga isterinya yang menetapkan pampasan RM1 juta jika mahu menceraikan anak mereka sekiranya terbukti mandul.
Walaupun dramatik, ia menyentuh realiti yang dihadapi oleh ramai pasangan di luar sana. Isu kemandulan terutamanya di kalangan lelaki jarang diperkatakan. Apa puncanya?
Foto : seeni
Mandul vs Tak Subur
Menurut Dr Say, masyarakat masih keliru dengan istilah mandul dan tak subur.
Mandul bermaksud langsung tiada peluang untuk mendapat anak, manakala tak subur pula bermaksud masih ada kemungkinan, walaupun kecil.
Beliau menjelaskan, pasangan yang sudah berkahwin lebih setahun, berhubungan secara normal tanpa perlindungan tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, itu disebut kes primer.
Jika pasangan sudah ada anak tetapi gagal untuk anak seterusnya selepas tempoh mencuba yang panjang, itu pula dinamakan sekunder.
Ramai pasangan tertekan kerana menyangka mereka mandul, sedangkan sebenarnya mereka hanya tergolong dalam kategori tak subur.
Pengalaman Peribadi Dr Say
Lebih menarik, Dr Say sendiri pernah berdepan situasi ini. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, namun anak pertama mereka hanya lahir pada 2019.
Sepanjang tempoh lima tahun itu, beliau dan isteri berhubungan tanpa sebarang perlindungan, tetapi hasilnya tetap kosong.
Ads
Katanya, “Awal-awal kahwin, kami sibuk dengan kerja. Bila sudah beberapa tahun, baru mula timbul rasa pelik. Kenapa orang lain mudah dapat anak, tetapi kami tidak?”
Apabila menjalani pemeriksaan, Dr Say mendapati masalah datang daripada kualiti spermanya.
Morfologi sperma tidak normal ada sperma yang berkepala dua, tiada ekor, dan bentuknya cacat.
Secara saintifik, sperma yang tidak sempurna seperti ini sukar untuk sampai ke ovum dan menembusi lapisan luar telur bagi proses persenyawaan.
Faktor Gaya Hidup Jadi Punca
Selain faktor genetik dan biologi, gaya hidup moden lelaki hari ini turut menyumbang kepada isu kesuburan.
Menurut Dr Say, pengambilan kafein yang berlebihan seperti kopi, minuman tenaga dan suplemen pre-workout boleh memberi kesan negatif terhadap kualiti sperma.
Ads
Pemakaian seluar yang terlalu ketat, khususnya skinny jeans, serta tabiat meletakkan laptop di atas riba juga meningkatkan suhu testis.
Beliau mengimbas kembali zaman mudanya, ketika aktif bersenam dan bertanding dalam dunia kecergasan.
Ketika itu, beliau mengambil banyak produk tenaga serta mengenakan pakaian ketat demi gaya.
Namun akhirnya semua itu meninggalkan kesan terhadap tahap kesuburannya.
Boleh Tahu Dari Luaran?
Salah satu soalan yang kerap ditanya kepada Dr Say adalah sama ada kesuburan boleh dilihat dari luaran. Jawapannya, tidak.
Beliau menegaskan, “Ada orang tubuh gempal, merokok pula setiap hari, tetapi ada anak ramai. Ada pula lelaki yang nampak gagah, berotot dan nampak sihat, tetapi sebenarnya tak subur. Jadi, kesuburan bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan mata kasar.”
Ads
Ini sekaligus membetulkan persepsi masyarakat bahawa tubuh sasa dan gaya hidup sihat secara automatik menjamin kesuburan. Hakikatnya, setiap individu berbeza.
Apa yang dipaparkan dalam Mandul Bukan Pilihan sebenarnya cerminan realiti yang berlaku dalam masyarakat.
Ramai pasangan berdepan tekanan bukan sahaja dari dalam rumah tangga, tetapi juga daripada keluarga dan masyarakat sekeliling.
Dalam drama, isu kemandulan dijadikan syarat yang berat jika terbukti mandul, watak Aldi terpaksa membayar pampasan RM1 juta kepada keluarga isterinya.
Melalui drama ini, penonton dapat melihat bahawa kemandulan bukan isu sebelah pihak.
Lelaki juga boleh menjadi punca, dan ia seharusnya difahami sebagai isu kesihatan bersama.
Realitinya, isu kemandulan bukan sesuatu yang patut dipersalahkan kepada satu pihak sahaja.
Sama seperti mesej yang cuba disampaikan dalam drama Mandul Bukan Pilihan, pasangan suami isteri seharusnya saling menyokong antara satu sama lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki inginkan lengan yang kemas, tidak menggeleber dan lebih berotot. Namun, tidak semua tahu cara terbaik untuk mencapainya.
Salah satu alat paling asas namun efektif adalah dumbbell. Persoalannya, berapa berat dumbbell yang sesuai untuk mereka yang ingin mengecilkan lengan dan bukan membesarkannya?
Kenapa Pilih Berat 1kg atau 2kg?
Jika matlamat utama anda adalah untuk menurunkan saiz lengan atau membuang lemak di kawasan tersebut, bukan untuk membina otot besar, maka dumbbell ringan antara 1kg hingga 2kg sudah mencukupi. Ini kerana:
Fokus pada pembakaran lemak: Dumbbell ringan membolehkan anda melakukan senaman dengan lebih banyak ulangan (reps) dan lebih lama, yang membantu meningkatkan kadar pembakaran kalori.
Mengelakkan otot terlalu besar: Berat yang ringan membantu anda menegangkan otot tanpa menyebabkan pertumbuhan otot yang besar.
Sesuai untuk senaman toning: Ia sesuai digunakan untuk senaman seperti arm circles, tricep kickbacks, dan bicep curls dengan banyak ulangan.
Teknik dan Konsistensi Lebih Penting dari Berat
Berat dumbbell hanyalah alat bantu. Kejayaan untuk mendapatkan lengan yang lebih kecil dan kemas banyak bergantung kepada:
Konsistensi latihan: Lakukan rutin senaman lengan sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.
Pengulangan tinggi: Sasarkan 15-20 ulangan bagi setiap set dan lakukan 3-4 set untuk setiap pergerakan.
Rehat yang cukup: Berikan otot masa untuk pulih dan membina semula.
Padankan dengan Pemakanan Sihat
Senaman sahaja tidak mencukupi. Untuk melihat perubahan pada lengan, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang:
Kurangkan makanan tinggi gula dan lemak tepu.
Lebihkan protein seperti ayam, ikan, telur dan kekacang untuk sokong pertumbuhan otot.
Minum air secukupnya dan elakkan minuman manis.
Jangan Lupa Latihan Kardio
Latihan kardio seperti berlari, berenang atau berbasikal perlu dimasukkan dalam rutin mingguan. Ia membantu membakar kalori secara keseluruhan dan menyokong proses mengecilkan lengan.
Tak perlu angkat berat yang besar untuk kecilkan lengan. Dengan dumbbell seberat 1kg atau 2kg, rutin senaman konsisten, pemakanan sihat dan sedikit latihan kardio, anda mampu mendapatkan bentuk lengan yang diidamkan. Ingat, yang penting bukan seberat mana beban anda, tapi sejauh mana anda berdisiplin dengan rutin anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjalan mendaki bukit banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata. Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan. Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
Adapt gunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya. Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
Terus membakar lebih banyak kalori.
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan. Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
Jadikan treadmill rutin harian
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2 -Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3-Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Berdasarkan anggaran terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta penduduk dunia kini hidup dalam kemurungan.
Seriusnya masalah kemurungan ketika ini mendorong WHO mengisytiharkan bahawa penyakit mental terbabit sebagai punca utama bagi keadaan kurang sihat dan hilang upaya di seluruh dunia. Kurang sokongan terhadap mereka dengan masalah mental, ditambah takut dan stigma, ia mencegah kebanyakan pesakit daripada menerima rawatan yang diperlukan untuk sembuh dan meneruskan kehidupan dengan sihat dan produktif.
“Walaupun di negara berpendapatan tinggi, hampir 50 peratus rakyat dengan kemurungan tidak mendapat rawatan. Secara puratanya, kira-kira tiga peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan diperuntukkan dalam kesihatan mental, perbezaannya antara kurang satu peratus di negara berperpendapatan rendah hingga lima peratus di negara berpendapatan tinggi.
Menurut kajian yang diterajui WHO yang mengira kos rawatan dan hasil keputusan kesihatan di 36 negara untuk 15 tahun akan datang iaitu mulai 2016 hingga 2030, kadar rendah kesedaran dan akses penjagaan kemurungan dan masalah mental lain yang biasa seperti keresahan menyebabkan kerugian dalam ekonomi global kira-kira AS$1 trilion setiap tahun.
Kerugian sebegini sudah tentu membabitkan banyak pihak seperti isi rumah apabila satu keluarga hilang pergantungan ekonomi jika ketua rumah tidak boleh bekerja, pihak majikan juga terjejas apabila pekerjanya kurang produktif dan tidak mampu lagi bekerja.
Seterusnya, kerajaan turut menanggung beban apabila perlu menanggung perbelanjaan kesihatan dan kebajikan dengan lebih tinggi. WHO juga mengenal pasti kaitan yang kuat di antara kemurungan dan penyakit tidak berjangkit lain. Kemurungan meningkatkan risiko masalah penggunaan ubatan dan penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Kemurungan adalah penyakit mental yang biasa dihidapi dicirikan dengan kesedihan berpanjangan dan hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, disusuli ketidakupayaan menjalankan aktiviti harian selam 14 hari atau lebih.
Penghidap kemurungan juga biasanya mengalami beberapa tanda seperti hilang tenaga, perubahan selera, terlebih atau kurang tidur, kurang penumpuan, tidak dapat membuat keputusan, gelisah, rasa diri tidak berguna, rasa bersalah, putus asa dan berniat mencederakan diri atau membunuh diri.
Kemurungan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, oleh itu kempen ini ditujukan kepada semua orang dan WHO memilih untuk memberi perhatian tertentu kepada tiga kumpulan iaitu remaja dan belia, wanita yang baru melahirkan anak dan warga emas berusia lebih 60 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.