
Foto : IKHLAS
Di zaman sekarang, tatu bukan lagi sesuatu yang pelik. Ramai lelaki menganggap ia sebagai seni, simbol keberanian, atau lambang identiti diri.
Tapi bagaimana pula dari sudut pandangan Islam, terutamanya jika seorang wanita Muslim berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki yang memiliki tatu?
Dalam Islam, hukum membuat tatu adalah haram secara jelas dan tegas.
Tatu termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah, dan ianya dilaknat berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:
“Allah melaknat orang-orang yang bertatu dan yang meminta untuk ditatu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Perbuatan ini bukan sahaja dilarang, malah mereka yang melakukannya menerima laknat daripada Allah SWT.
Namun begitu, Islam juga agama yang penuh dengan rahmat dan pengampunan.
Jika seorang lelaki yang memiliki tatu bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha), maka dia bagaikan tidak pernah melakukan dosa tersebut.
Jawapan ringkasnya adalah ya, sah.
Islam tidak melarang pernikahan dengan lelaki bertatu, selagi lelaki itu seorang Muslim, memenuhi syarat sah perkahwinan seperti baligh, berakal, dan menikah dengan rela.
Tatu bukanlah faktor yang membatalkan akad nikah. Maka jika seorang wanita memilih untuk bernikah dengan lelaki bertatu, nikah tersebut tetap sah di sisi syarak.
Ini persoalan penting, dan jawapannya bergantung kepada beberapa situasi. Menurut panduan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menghilangkan tatu dibahagikan kepada beberapa kategori:
Jika lelaki tersebut bertatu secara sukarela dan ada kaedah untuk membuang tatu tanpa mudarat yang besar, maka dia wajib menghilangkannya.
Namun jika pembuangan tatu boleh mendatangkan mudarat serius seperti cacat anggota, risiko kesihatan atau kerosakan kekal pada tubuh, tidaklah diwajibkan untuk dia membuang tatu tersebut.
Kanak-kanak, orang kurang waras, atau mereka yang dipaksa bertatu tidak dipertanggungjawabkan dan tidak diwajibkan menghilangkan tatu mereka.
Jika seorang lelaki non-Muslim memeluk Islam dan memiliki tatu dari masa silamnya, maka dia wajib menghilangkannya jika mampu dan tidak memudaratkan kesihatannya.
Walaupun hukum bernikah dengan lelaki bertatu itu sah, namun adalah sangat digalakkan untuk melakukan solat istikharah terlebih dahulu.
BACA LAGI : ‘Dengar Bunyi ‘Crack’, Ligamen Kaki Koyak’ – Alif Satar Dedah Detik Cemas Kecederaan Serius
Ini bagi memohon petunjuk daripada Allah SWT sama ada lelaki tersebut benar-benar terbaik untuk dijadikan suami, imam, dan pemimpin rumah tangga.
Taubatnya diterima atau tidak, perubahannya benar atau palsu semua itu perkara ghaib yang hanya Allah tahu.
Maka sandarkanlah keputusan besar seperti pernikahan kepada petunjuk dan hidayah dari-Nya.
Sumber : BuzzKini
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.