Terkenal sebagai selebriti serba boleh, gaya hidup lasak dan kecergasan menjadi sebahagian daripada rutin harian figura Alif Satar. Namun, segala-galanya berubah dalam sekelip mata apabila kaki kanannya mengalami kecederaan serius ketika menyertai perlawanan bola sepak tujuh sebelah (7’s) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, baru-baru ini.
BUNYI ‘CRACK’ YANG TAKKAN DILUPAKAN
Alif, 34, berkongsi pengalaman ngeri itu melalui hantaran di Instagram miliknya. Menurutnya, insiden berlaku sejurus selepas dia diterjah oleh pemain lawan satu tackle yang akhirnya membawa padah.
“Ketika diterjah, saya dapat dengar bunyi ‘crack!’. Memang benar ligamen ATFL koyak,” jelasnya.
ATFL atau Anterior Talofibular Ligament merupakan salah satu ligamen utama pada pergelangan kaki. Koyaknya ligamen ini bukan saja menimbulkan kesakitan yang mencengkam, malah memerlukan rawatan serta fisioterapi yang intensif. Tambahan pula, kakinya membengkak dan memaksa Alif menjalani pemeriksaan MRI keesokan harinya untuk penilaian lanjut.
SEMANGAT SEPASUKAN YANG JARANG DILIHAT
Insiden yang menyakitkan itu bagaimanapun hadir dengan momen luar biasa ketika Alif sedang terduduk menahan kesakitan, datang legenda bola sepak dunia, Ryan Giggs menemuinya dan bertanya khabar. Ya, Ryan Giggs lagenda Manchester United, sepasukan dalam perlawanan tersebut.
Ads
Malah, bintang bola sepak tempatan, Safiq Rahim, yang juga jiran Alif, turut hadir membantu dan memantau keadaannya secara peribadi.
“Safiq Rahim sangat baik, dia jaga saya dan nasihat supaya tak main bola lagi,” kata Alif berseloroh, namun dalam nada penuh keinsafan.
Ads
CEDERA MENJELANG ACARA BERPRESTIJ DUNIA
Apa yang lebih merisaukan, Alif kini berada dalam fasa persiapan ke acara Berlin World Majors Marathon, sebuah perlumbaan maraton bertaraf dunia yang bakal berlangsung pada 21 September ini. Sebagai seorang pelari aktif yang pernah menyertai pelbagai acara sukan lasak dan ultra marathon, kecederaan ini datang pada waktu yang sangat genting.
“Saya risau kalau kecederaan ni lambat sembuh,” luah Alif, membayangkan kebimbangannya terhadap impian menyertai acara larian impian ramai itu.
Pengalaman ini juga wajar dijadikan peringatan buat semua lelaki yang aktif bersukan. Sukan bukan hanya tentang kekuatan, tetapi juga strategi, teknik, dan penjagaan tubuh. Jangan abaikan pemanasan badan, pemulihan otot, serta kecergasan asas yang stabil sebelum masuk padang.
Jangan abaikan warm-up dan stretching. Ia bukan sekadar formaliti — ia perlindungan utama dari kecederaan.
Tahu bila perlu ‘slow down’. Badan kita ada had — dengar isyaratnya.
Jaga pemulihan pasca sukan. Tidur, urutan, ais dan rehat cukup penting untuk performa jangka panjang.
Support system itu penting. Rakan sepasukan yang cakna seperti Safiq Rahim dan Ryan Giggs boleh beri impak besar.
Terus positif. Cedera bukan penamat — ia cuma cabaran untuk kembali lebih kuat.
Alif Satar bukan sekadar selebriti, tapi ikon maskulin yang tunjukkan bahawa kekuatan bukan terletak pada otot semata tapi pada keberanian mengakui kelemahan, dan kemahuan untuk bangkit semula.
Pasti ramai yang tahu tentang body mass index (BMI), tapi pernahkah anda dengar tentang basal metabolic rate (BMR)?
Sebenarnya badan kita sentiasa membakar kalori walaupun semasa kita menonton televisyen, berbaring mahupun ketika tidur. Itulah maksud BMR. BMR ialah jumlah kalori yang dibakar oleh badan dalam keadaan rehat.
BMR yang rendah ialah keadaan di mana seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah.
Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5 kg atau 10 kg dari berat asal.
Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.
Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon.
Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan pernafasan (fungsi paru-paru dan jantung), otak dan fungsi organ yang lain.
Jadi tahap BMR yang menentukan berapa banyak dan cepat pula tenaga dalam tubuh kita (dalam nilai kalori) dibakar.
Mereka yang mempunyai nilai BMR yang tinggi akan membakar tenaga lebih banyak dan cepat, dengan ini memudahkan penurunan berat badan.
Jadi bagi mereka yang mengalami ‘keadaan yang plateau’ ketika menjalani program diet, atau dalam bahasa yang mudah ialah berat badan tidak lagi mahu menurun, berkemungkinan besar telah mengalami tahap BMR yang rendah.
1. MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
Mereka yang mempunyai masalah BMI yang rendah biasanya akan mengalami masalah berat badan seperti sukar mengurangkan berat badan, dan senang pula meningkatkan berat badan.
2. MUDAH BERASA PENAT DAN LESU
Oleh kerana tenaga yang dihasilkan tidak mencukupi dan mengambil proses yang lebih lama, mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan lebih cepat penat dan lesu. Mereka akan berasa cepat penat bila melakukan aktiviti fizikal. Mereka juga mungkin mengalami rasa penat dan memerlukan rehat yang lebih lama.
3. TAHAP KESIHATAN YANG RENDAH
Mereka mungkin kelihatan pucat, sering penat, mudah demam, rambut mudah gugur dan tidak bertenaga. Mereka yang mempunyai BMI yang rendah akibat masalah kekurangan hormone tiroid akan menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu.
4. MUDAH BERASA SEJUK
Mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan mudah berasa sejuk terutama dalam musim hujan atau berada dalam hawa yang dingin. Mereka sering mengadu bahawa pendingin hawa terlalu kuat padahal orang di sekeliling berasa panas.
1. UMUR
Secara purata apabia seseorang lelaki sudah berusia 40 tahun, dan seorang wanita telah berusia 35 tahun, tahap BMR mereka akan menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun. Bagaimana hendak mengekalkan tahap BMR setelah mencecah usia ini, caranya ialah kekal aktif dalam melakukan aktiviti fizikal. Cara terbaik bagi umur sebegini ialah berjalan kaki.
2. JANTINA
Lelaki dikatakan membakar lebih banyak kalori pada waktu rehat berbanding wanita. Ini bermakna wanita mempunyai BMR yang lebih rendah dari lelaki. Tetapi itu tak semstinya berlaku.
Wanita yang mempunyai tubuh yang kurang lemak berlebihan mempunyai tahap BMR yang lebih tinggi dari lelaki yang mempunyai lemak yang berlebihan dalam tubuh. Kata kuncinya ialah hilangkan lemak yang berlebihan, ia membantu meningkatkan semula BMR kita.
3. NISBAH PERATUSAN OTOT BERBANDING DENGAN LEMAK
Peratusan otot dalam tubuh (terutama pada lelaki) akan menentukan tahap BMR dalam tubuh kita. Oleh itu bagi lelaki, melakukan aktiviti mengangkat berat (bertujuan untuk meningkatkan peratusan otot dalam tubuh) membantu mereka meningkat nilai BMI.
4. KETURUNAN
Faktor keturunan juga mempengaruhi. Ramai orang yang tidak pernah ada masalah peningkatan berat badan walaupun kelihatannya mereka makan banyak. Sentiasa kelihatan kurus.
Ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Namun ia bukanlah sesuatu yang sihat apabila memakan tanpa kawalan walaupun berat badan mengikut nilai BMI yang dicadangkan. Ini kerana ramai orang kurus tetapi mempunyai banyak penyakit kronik akibat amalan pemakanan yang buruk.
5. MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid merembeskan hormone tiroid T3 dan T4 yang mempengaruhi tubuh menghasilkan tenaga ketika beraktiviti dan dalam keadaan rehat. Mereka yang bermasalah untuk menghasilkan hormone tiroid secara efektif, dikatakan mengalami masalah penyakit kekurangan hormone tiroid (hypothyroid).
Mereka akan mengalami masalah berat badan dan nilai BMR yang rendah. Cara terbaik bagi mereka adalah mendapatkan rawatan bagi memastikan hormone tiroid mencukupi dalam tubuh.
6. DEHIDRASI
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat menghasilkan tenaga yang secukupnya, kerana proses penghasilan tenaga memerlukan air yang banyak. Apabila kita berehat, penghasilan tenaga juga perlahan, dan dikatakan nilai BMR kita menjadi rendah.
Minum lebih banyak air kosong sangat membantu menghasilkan tenaga. Bagaimana dengan air manis? Air manis (penuh dengan gula) akan menjadi sumber tenaga yang cepat, tetapi ia menyebabkan lebih banyak insulin yang dikeluarkan. Jika kita tidak beraktiviti, semua gula yang diserap ke dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak.
7. BANYAKKAN BERPUASA
Apabila kita berpuasa atau tidak makan selama enam jam, tubuh mula akan membakar lemak dalam tubuh. Lemak akan menghasilkan tenaga yang diperlukan. Adakah tubuh akan merendahkan nilai BMR apabila kita berpuasa seperti yang dilaporkan oleh sesetengah saintis?
Tidak betul, nilai BMR akan diturunkan agar tubuh menyimpan lebih banyak tenaga apabila kita tidak mengambil makanan. Ini hanya berlaku apabila kita mengalami kebuluran, bukan disebabkan kita berpuasa atau menjarakkan waktu makan.
Apabila kita tidak makan melebihi 36 jam, tubuh akan merendahkan nilai BMR, agar kita mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi apabila menghadapi kebuluran. Jadi ada cadangan yang menyuruh kita makan lebih kerap untuk mengelakkan nilai BMR menjadi rendah adalah tidak benar. Terutama apabila kita tidak beraktiviti setelah kita makan. Ia hanya akan mengumpulkan lemak.
8. MAKAN MAKANAN BEREMPAH DAN PEDAS
Mengambil makanan berempah dan lebih pedas dapat meningkat nilai BMR seseorang. Contohnya kita mengambil cili, yang mengandungi ialah komponen bioaktif capsaicin meningkatkan BMR. Selain itu boleh tambahkan lada putih atau lada hitam dalam makanan. Meletakkan secubit serbuk kayu manis dalam minuman juga dapat meningkat BMR.
9. SENAMAN MEMBINA OTOT
Secara mudah saya boleh beritahu, senaman kardio seperti berlari dapat membakar lemak, tetapi tidak meninggikan BMR. Hanya senaman mengangkat berat (dan membina otot) dapat meningkatkan BMR. Menambahkan otot pada tubuh menjadikan membakar lemak dan tenaga ketika kita berehat.
10. MENGAMBIL PROTEIN DALAM MAKANAN
Untuk meningkatkan BMR, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dimana penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan cepat. Cuba tingkatkan pengambilan protein terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi protein atau protein dari sumber bukan daging merah.
Penghadaman protein mengambil masa yang lebih lama dan pada masa yang sama banyak enzim dan hormone dikeluarkan seperti glukogon yang meningkatkan BMR dalam tubuh.
6. MENGAMBIL KALSIUM
Makanan dan minuman yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu dapat meningkatkan BMR dan memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat dan menyebabkan BMR meningkat.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Pernah dengar lelaki berumur 60 tahun masih lagi sihat dan tidak mengalami sakit yang selalu menyerang golongan ini, jawapannya ada. Ini kerana mereka mengamalkan amalan sihat dengan bersenam serta mengawal makanan yang diambil.
Mereka juga selalunya mempunyai beberapa amalan yang kadangkala dilakukan oleh kita golongan muda tanpa sedar. Selain itu, kita juga seringkali tidak mengendahkan risiko yang bakal dialami oleh tubuh badan jika gagal mengelakkan beberapa amalan ini selepas makan.
Justeru, MASKULIN ingin berkongsikan beberapa perkara yang anda patut elak untuk makesure kesihatan anda kekal hingga usia golongan emas.
Bersenam memang diakui menyihatkan badan, tetapi anda tidak boleh lakukannya ketika perut masih lagi penuh serta di peringkat penghadaman. Beban bersenam ketika perut penuh akan menbuatkan anda tidak selesa seperti rasa loya dan tersedu. Kalau mahu bersenam juga, 4 jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
Minum teh panas selepas makan hanya akan menganggu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Jika anda pernah dengar minum the selepas makan mampu membakar lemak, ia hanyalah mitos semata.
Ini aktiviti wajib orang kita banyak buat. Kalau mahu juga merokok, makesure bagi badan anda rehat dahulu dan lakukan aktiviti tersebut selepas 20 minit makan. Ini kerana ketika ini perut sedang memproses segala nutrisi penting dari makanan dan anda menganggu proses tersebut dengan merokok.
Selepas mandi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya badan akan menghantar lebihan darah ke kawasan kulit berbanding biasa. Perkara ini boleh menyebabkan proses pencernaan terganggu dan menjadikan sistem metabolism anda menjadi semakin perlahan. Justeru, masa yang terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
Aktiviti ini dipandang negatif jika anda seringkali lepas makan terus tidur. Selain itu ia juga bidalan orang dahulu guna untuk menegur orang yang malas seperti ‘kau ni asyik makan tidur, makan tidur’. Sudahlah dipandang negative, dari sudut kesihatan juga ia tidak elok. Tidur dengan keadaan perut penuh akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa serta meningkatkan risiko strok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan Kevin Zahri. Boleh dikatakan bila sebut sahaja tentang kecergasan pasti namanya akan menjadi antara yang diingati oleh rakyat Malaysia.
Dengan pengalaman lebih 15 tahun pengasan movemnet kercergasan dan penurunan berat badan ‘Jom Kurus’ ini sering mendapat perhatian daripada warganet.
Sempena bulan Ramadan ini, Kevin Zahri tidak ketinggalan berkongsi beberapa tip menarik. Antara perkongsiannya iakag tip diet sahur.
Jom ikuti tip diet sahur seperti yang dikongsi oleh Kevion Zahri
Selain mengikuti Sunnah Nabi, makan sahur sangat penting kerana ia mampu membekalkan tenaga untuk sepanjang hari berpuasa.
Sebolehnya cuba sasarkan jumlah pengambilan kalori antara 400 hingga 600kcal sahaja.
Jika anda nak makan nasi pastikan pengambilannya dalam sebanyak segenggam. Ia boleh menjadi sumber utama tenaga badan.
Ia memberikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilihlah karbo yang mempunyai serat.
Makanan mengandungi protein boleh mengeyangkan.
Makanan yang mengandungi banyak garam akan mempercepatkan proses dehidrasi. Sebaliknya makanlah makanan yang tinggi potasium.
Sepanjang bulan puasa ini, ‘bepuasalah’ sebentar daripada minum kopi. Ini kerana ia bersifat dehidrasi dan ia juga diuretik.
Minuman yang mengandungi gas dan gula yang sangat tinggi.
Lebih banyak anda minum lebih cepat ia akan dibuang. Semasa bersahur cukup hanya 2 hingga 3 gelas air kosong.
Kondisi suhu terlalu panas atay sejuk boleh memberikan kesan ‘kejutan’ kepada sistem penghadaman.
Semoga tip yang dikongsikan oleh Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri ini mempu membantu anda mengekalkan dan menurunkan berat badan sepanjang bulan yang mulia ini.
BOYNEXTDOOR dilantik sebagai duta global Under Armour, membawa semangat muda, ekspresi autentik dan komitmen untuk terus berkembang menerusi kempen baharu, Commit.