Tekak orang Malaysia mesti kena makan nasi. Kalau tak makan nasi, mulalah kepala pening. Dan disebabkan itulah ramai yang gagal dalam diet atas alasan tak boleh kalau tak makan nasi.
Buat anda yang nak diet, anda tak perlu bimbang. Walaupun mahu berdiet, anda masih boleh makan sesenduk nasi dan masih rasa kenyang macam anda makan sepinggan nasi.
Naufal Antezem berkongsi di laman Twitternya 10 tip makan nasi satu senduk tapi rasa kenyang macam anda makan sepinggan nasi.
Sebagai seorang lelaki, adalah penting untuk memahami tanda-tanda awal yang mungkin mengindikasikan kehadiran masalah kesihatan, termasuk kanser prostat. Kanser prostat adalah penyakit serius yang boleh mempengaruhi kesihatan lelaki, dan mengenali tanda-tanda awalnya adalah langkah penting dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan. Memetik portal MyHealth, ada beberapa gejala utama kanser prostat yang perlu diberi perhatian serius.
Satu daripada tanda-tanda utama kanser prostat adalah aliran air kencing yang tidak lancar. Lelaki yang mengalami masalah ini mungkin mengalami kesukaran dalam memulakan atau mengakhiri proses kencing. Mereka mungkin juga merasai tekanan semasa kencing dan kekerapan yang meningkat. Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, ia mungkin menjadi petunjuk awal kanser prostat.
Keinginan untuk buang air kecil pada waktu malam yang kerap adalah gejala yang perlu diberi perhatian. Jika anda terpaksa bangun beberapa kali pada malam hari untuk ke tandas, ini boleh menjadi tanda bahawa prostat anda sedang mengalami masalah. Rasa tidak selesai selepas kencing juga mungkin mengganggu tidur malam anda.
Mengalami rasa sakit atau pedih semasa kencing adalah tanda lain yang perlu diambil serius. Ia boleh menjadi petunjuk bahawa terdapat masalah dalam prostat anda. Sekiranya anda merasai ketidakselesaan semasa proses ini, adalah penting untuk berjumpa dengan pakar kesihatan untuk penilaian lanjut.
Kanser prostat juga boleh menyebabkan kesukaran semasa ejakulasi. Anda mungkin mengalami kesakitan semasa pancutan mani. Ini adalah gejala yang tidak boleh diabaikan dan perlu dibincangkan dengan pakar urologi atau doktor.
Tanda paling mencolok kanser prostat adalah kehadiran darah dalam air kencing atau air mani. Sekiranya anda mengalami perkara ini, segeralah berjumpa dengan pakar kesihatan, kerana ia boleh menjadi petunjuk serius mengenai kanser prostat.
Penting untuk diingat bahawa gejala-gejala ini tidak semestinya mengesahkan yang anda menghidap kanser prostat, tetapi ia adalah petunjuk yang perlu diambil serius. Anda perlu berjumpa dengan pakar kesihatan untuk penilaian dan ujian lanjut sekiranya mengalami sebarang gejala ini.
Mengenali tanda-tanda awal kanser prostat adalah langkah pertama dalam menjaga kesihatan prostat anda dan mendapatkan rawatan yang diperlukan. Jangan menangguhkan kunjungan ke doktor jika anda mengalami sebarang gejala yang disebutkan di atas. Kesihatan prostat anda adalah penting untuk kualiti hidup anda sebagai lelaki.
1.Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.
3.Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.
4.Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.
5.Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.
6.Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.
7.Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
8.Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.
9.Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.
10.Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
11.Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amalan seperti merokok, minum alkohol secara berlebihan, dan kurang tidur memberi kesan besar terhadap kesihatan dalaman lelaki, termasuk prestasi dan keinginan seksual.
Merokok, contohnya, menyebabkan salur darah menjadi sempit, sekali gus mengganggu aliran darah ke organ reproduktif.
Ini boleh mengakibatkan masalah seperti mati pucuk jika tidak dikawal.
Pengambilan alkohol secara berlebihan pula merencat sistem saraf pusat, mengganggu keupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap rangsangan dan menurunkan kawalan ereksi.
Sementara itu, tidur yang tidak mencukupi atau tidak berkualiti mengganggu penghasilan hormon testosteron hormon penting untuk keinginan dan kekuatan seksual lelaki.
Kurang tidur juga menyebabkan keletihan berpanjangan dan kurang daya fokus, yang akhirnya menjejaskan kehidupan intim secara keseluruhan.
Lakukan senaman kardiovaskular seperti larian atau berbasikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk memperbaiki peredaran darah.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.