Kasut larian berprestasi tinggi dirancang untuk memberikan ciri-ciri tertinggi dalam teknologi kasut sukan yang menyokong aktiviti larian pada tahap yang paling kompetitif. Ini bukan hanya tentang peningkatan kelajuan, tetapi juga tentang meningkatkan keselesaan, daya tahan dan kecekapan langkah pelari. Jadi kali ini, MASKULIN ingin kongsi 10 kasut larian terbaik pilihan kami!
Kasut jenis ini biasanya dilengkapi dengan material inovatif seperti midsole foam yang responsif, plate karbon untuk dorongan tambahan, serta teknologi upper yang ringan dan bernafas.
Faktor cushioning atau bantalan yang cekap dan adaptasi bentuk kaki pelari memastikan pengurangan impak semasa larian. Rekaan aerodinamik pula membantu dalam mengurangkan rintangan udara, kedua-duanya berkontribusi kepada peningkatan prestasi secara keseluruhan.
BMAI Jing Tan Fly
Jenama yang kini kian mendapat tempat di hati penggemar sukan, BMAI menampilkan kasut larian pretasi tinggi terbarunya, BMAI Jing Tan Fly.
Apa yang menariknya, ia dilengkapi dengan upper mesh yang cukup selesa atau ‘breathable’ dengan bahan JACQUARD. Bahagian insolenya juga cukup lembut dengan teknologi foaming TPEE – memastikan impak larian dapat dikurangkan pada sendi kaki.
Dan semestinya ia turut hadir dengan plat karbon fiber penuh memberikan sokongan dan momentum yang cukupluar biasa ketika melakukan larian.
Manakala, midsole pula lengkap dengan teknologi BOOMFLY Aliphatic TPU yang sangat responsif dan pulangan tenaga dengan baik. Sesuai buat pelari aktif yang ingin meningkatkan kualiti larian dengan potensi maksima.
Nike Air Zoom Alphafly Next% 2
Kasut ini terkenal dengan sole yang tebal dan teknologi ZoomX foam. Iterasi kedua model kasut larian popular ini menyediakan respons yang pantas dan penyerapan hentakan yang unggul. Ideal untuk marathon dan larian jarak jauh, Alphafly Next% menjanjikan kelajuan dan keselesaan maksimum.
Ads
Buat pelari yang benar-benar serius mendapatkan prestasi larian terbaik peribadi, ini mungkin kasut yang boleh anda pertimbangkan.
Adidas Adizero Adios Pro 3
Dengan pelapis Lightstrike Pro foam yang memberikan lebih banyak responsif dan keselesaan, Adios Pro 3 adalah pilihan utama bagi pelari elit. Reka bentuknya yang aerodinamik dan pelapik bawah Continental Rubber menawarkan cengkaman hebat pada pelbagai permukaan.
Brooks Hyperion Elite 3
Dirancang untuk kestabilan dan kelajuan, Hyperion Elite 3 menampilkan teknologi DNA ZERO midsole yang mengoptimumkan tenaga larian. Ia juga dilengkapi dengan plate karbon untuk dorongan tambahan.
ASICS MetaSpeed Sky
ASICS MetaSpeed Sky memfokuskan pada peningkatan langkah dan kelajuan dengan FlyteFoam Blast Turbo midsole yang ringan dan responsif. Ia sesuai untuk larian pecut atau maraton.
Ads
Saucony Endorphin Pro 4
Dengan reka bentuk yang lebih ringan dan sole yang dioptimumkan untuk kecepatan, Endorphin Pro 4 adalah pilihan pelari yang mencari prestasi tinggi. SPEEDROLL Technology memungkinkan transisi yang lebih lancar dari tumit ke hujung kaki.
New Balance FuelCell SC Elite v4
Kasut ini menawarkan kombinasi dari bantalan FuelCell dan plate karbon yang membantu meningkatkan kelajuan dan efisiensi larian.
Reka bentuknya yang aerodinamik juga membantu mengurangkan rintangan udara. Secara keseluruhannya, New Balance FuelCell SC Elite v4 menawarkan midsole FuelCell responsif, plate karbon untuk kelajuan dan upper ringan yang bernafas.
Hoka One One Carbon X 3
Ads
Kasut ini direka bentuk dan dihasilan Hoka untuk kestabilan, keselesaan dan kelajuan. Hoka One One Carbon X 3 menampilkan midsole yang tebal dan responsif serta plate karbon yang memberikan dorongan ekstra dalam setiap langkah.
Puma Deviate Nitro Elite 2 dilengkapi dengan busa NITRO, menyediakan cushioning yang ringan dan responsif. Ciri ini termasuk plate karbon untuk propulsi tambahan dan upper mesh yang memastikan keselesaan dan sirkulasi udara yang baik semasa larian.
On Cloudboom Echo 4
Jenama ini juga kian mendapat tempat di hati penggemar larian. Model terkininya, On Cloudboom Echo 4 hadir dilengkapi dengan Helion superfoam untuk bantalan optimum, Speedboard yang menghasilkan respons yang cepat dan reka bentuk upper yang ringan serta aerodinamik.
Ia buat mereka yang ingin menyertai perlumbaan jarak jauh dan memaksimalkan kelajuan serta efisiensi.
Kategori kasut berpretasi tinggi ini tidak dinafikan memang cukup kompetitif dan menawarkan teknlogi tersendiri masing-masing. Buat anda yang ingin menginkatkan prestasi ke tahap maksima dan terbaik, 10 kasut di atas ini boleh merealisasikan impian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak turunkan berat badan, 20% terletak pada senaman dan selebihnya bergantung pada cara pemakanan harian anda. Penat bersenam tapi tak amalkan eat clean. Sudahnya anda konplem berat tak mahu turun.
Bagi memastikan misi menurunkan berat anda tercapai, ikuti perkongsian eat clean daripada Coach Yatie Nadzli ini. Paling menarik, anda tidak perlu lagi catu makan nasi untuk turunkan berat badan kerana perkongsian ini lengkap dengan 40 tip makan nasi secara eat clean.
Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun ini berjaya. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses turun berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
?? Semua makanan bergoreng
?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
?? Semua jenis air manis
?? Processed food nugget, hotdog
?? Fast food KFC, MCD, PIZZA
?? SEMUA jenis sos dan kicap
?? Kerepek, kekacang yang bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita, minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
-Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Kredit gambar: #teamcoachyatie dan #14dayseatcleanchallenge #teammekngoh
Sebelum Hugh Jackman tampil membawakan semula watak sebagai mutan Logan/Wolverine menerusi filem terbaru ‘Deadpool & Wolverine’ bersama Ryan Reynolds ada rahsia transformasi yang ramai tak tahu.
Rahsia transformasi bagaimana dia mendapatkan tubuh badan yang kembali mantap dengan dengan menjalani enam bulan latihan intensif yang penuh cabaran.
“Saya telah belajar bahawa anda tidak boleh mempercepatkan proses ini. Saya telah belajar bahawa ia mengambil masa,” kata Hugh Jackman dalam temu bual dalam rancangan Who’s Talking To Chris Wallace di HBO Max.
“Kami mempunyai enam bulan dari tamatnya ‘Broadway’s The Music Man’ hingga saya mula penggambaran. Dan saya tidak akan melakukan sebarang kerja lain. Saya akan bersama keluarga saya dan berlatih. Itulah pekerjaan saya selama enam bulan.”
Tambahnya lagi, “Dan saya sangat cergas sekarang. Satu perkara tentang persembahan lapan kali seminggu di Broadway, menyanyi dan menari, adalah saya cergas. Jadi, saya sihat. Saya mempunyai tempat permulaan yang baik.”
Ini benar-benar memberitahu anda segala yang perlu anda tahu tentang diet Hugh Jackman semasa tahap persediaan untuk memainkan watak Wolverine.
Pada tahun 2016, antara pelepasan X-Men: Apocalypse dan penghasilan Logan oleh James Mangold, didedahkan bahawa pelakon Aussie yang disayangi ini secara rasmi telah menyertai kelab powerlifting 1,000-pound — bermakna beliau boleh melakukan bench press 235lb (107kg), deadlift 410lb (186kg), dan squat 345lb (156kg) dalam sehari.
Jadi, bagaimana sebenarnya beliau melakukannya sekarang selain mencapai fizikal lemak badan yang rendah dan jisim otot tanpa lemak yang sangat baik? Apa rahsia transformasi fizikalnya yang mungkin ramai tak tahu?
Berikut adalah bagaimana Hugh Jackman mengubah dirinya secara fizikal dengan rutin senaman seperti pernah dikongsikan oleh steelsupplements.com.
Anda tiba-tiba rasa mengantuk dalam pejabat sedangkan masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan? Apa kata buat 6 senaman ringkas ini.
Sudahlah suasana pejabat pun ada kalanya sunyi sepi, tak salah kot kalau ‘curi masa’ dan buat senaman ini tanpa perlu kecohkan suasana pejabat :
1. Kerusi imaginasi
Tengok line clear, cari dinding dan bersandarlah. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30-60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar. Senaman ini sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan.
2. Gunakan tangga
Jika anda memiliki berat 160lbs, anda boleh membakar 26 kalori lemak dengan cara menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar! Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana pun boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita sekali gus meningkatkan kadar kesihatan jantung .
3. Arm strengthen
Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.
4. Senaman otot lengan
Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.
5. Wrist movement
Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.
6. Teknik back twist
Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.