Bagi yang tidak boleh meninggalkan nasi, apa kata cuba konsep diet Sukusukuseparuh untuk menurunkan berat badan. Maklum sahajalah tidak semua orang boleh menukar menu makanan semata-mata untuk kurus.
Jadi untuk melatih perut anda agar kekal kenyang walaupun berdiet, konsep Sukusukuseparuh ini sememangnya sesuai untuk anda amalkan.
Dalam konsep diet Sukusukuseparuh ini, anda masih makan nasi tapi dalam jumlah yang sedikit bersama sayur-sayuran yang banyak dan makanan sumber protein untuk membuatkan anda kenyang lama.
Sekiranya anda sedang mencari diet yang sesuai untuk menurunkan berat badan, konsep Sukusukuseparuh yang dikongsikan Doktor Khairul Hafidz Alkhair ini boleh anda jadikan panduan.
Di situ nampak pinggannya penuh & membukit kan? Itu kerana lebih separuh di pinggan saya adalah sayur-sayuran.
Ads
Ayam saya makan dan kulitnya saya buang.
Nasinya hanya suku pinggan sahaja.
Sedikit berlebihan kalori saya kerana saya sudah dalam maintainence phase, kalau yang mahu turunkan berat badan, ganti kuah sambal tu kepada sup kosong.
Ads
Dan makanan beginilah saya makan sewaktu saya berdiet dulu. Setiap kali lunch saya makan nasi, saya tak pernah tinggal makan nasi. Yang penting, jaga portion.
Sebab itu saya tak pernah rasa stress bila nak turunkan berat dahulu. Saya jadikan perjalanan menurunkan berat badan satu perjalanan yang menyeronokkan.
Kenyang ke makan begini? Sebenarnya sudah cukup.
Yang rasa kenyang itu bukan berapa banyak nasi yang kita makan, tapi apa yang kita makan untuk penuhkan ruang perut kita.
Gunakan sayur sebagai ganti nasi kita tadi.
Nak ikut?
Silakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Secara umumnya, kebanyakan organisasi kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan American College of Sports Medicine (ACSM) menyarankan individu dewasa untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit senaman intensiti sederhana atau 75 minit senaman intensiti tinggi setiap minggu.
Apabila dipecahkan, ini bermakna bersenam dalam kitaran purata 3 hingga 5 hari seminggu adalah satu panduan yang sangat baik untuk kebanyakan orang.
Apabila kita bersenam, kita sebenarnya memberikan tekanan positif kepada otot, tulang, dan sistem kardiovaskular. Tekanan ini merangsang badan untuk beradaptasi dan menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun, proses pemulihan adalah sama pentingnya.
Otot memerlukan masa untuk membaiki dan membina semula selepas senaman. Bersenam 3 hingga 5 hari seminggu memberikan ruang yang cukup untuk proses pemulihan ini berlaku, mengelakkan sindrom lebihan latihan (overtraining) yang boleh menyebabkan kecederaan, keletihan kronik, dan penurunan prestasi.
Kekerapan ini terbukti berkesan untuk mencapai pelbagai matlamat kecergasan.
Untuk Kesihatan Umum dan Pencegahan Penyakit
Tiga hari seminggu dengan fokus pada gabungan senaman kardio dan kekuatan sudah mencukupi untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan beberapa jenis kanser. Senaman secara berkala membantu mengawal berat badan, meningkatkan sensitiviti insulin, dan menurunkan tekanan darah.
Untuk Penurunan Berat Badan
Apabila matlamatnya adalah penurunan berat badan, kekerapan 4-5 hari seminggu mungkin lebih berkesan.
Peningkatan kekerapan ini secara semula jadi meningkatkan perbelanjaan kalori dan menggalakkan pembakaran lemak.
Gabungan senaman kardio intensiti sederhana hingga tinggi dengan latihan kekuatan sangat disarankan untuk mengekalkan jisim otot sambil mengurangkan lemak badan.
Untuk Peningkatan Prestasi dan Pembinaan Otot
Bagi individu yang ingin membina otot atau meningkatkan prestasi sukan, 4-5 hari seminggu adalah lebih optimal.
Ini membolehkan mereka melatih kumpulan otot yang berbeza pada hari yang berasingan, memberikan tumpuan yang mencukupi untuk setiap bahagian badan tanpa membebankan satu-satu otot secara berlebihan.
Contohnya, hari Isnin untuk latihan kekuatan bahagian atas badan, hari Selasa untuk latihan kekuatan bahagian bawah badan dan hari-hari lain untuk kardio atau latihan fungsian.
Konsistensi Adalah Kunci
Bersenam 3 hingga 5 hari seminggu memupuk konsistensi. Ia membentuk rutin yang lebih mudah dipatuhi dalam jangka panjang berbanding senaman yang terlampau kerap atau terlalu jarang. Konsistensi adalah faktor utama dalam mencapai dan mengekalkan hasil kecergasan.
Menggalakkan Disiplin Diri dan Kesejahteraan Mental
Penetapan jadual senaman yang realistik membantu membina disiplin diri. Apabila kita melihat kemajuan dan merasai manfaat fizikal, ia secara langsung meningkatkan motivasi.
Selain itu, senaman yang konsisten dilepaskan endorfin, neurotransmitter yang bertanggungkatan meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan serta kebimbangan.
Kekerapan yang ideal ini membolehkan kita menikmati manfaat mental ini secara berkala tanpa menyebabkan keletihan mental akibat senaman yang berlebihan.
Fleksibiliti dan Penyesuaian
Kekerapan 3-5 hari seminggu menawarkan fleksibiliti untuk disesuaikan dengan jadual kehidupan yang sibuk.
Seseorang boleh memilih untuk bersenam pada hari bekerja dan berehat pada hujung minggu, atau sebaliknya. Ini menjadikan senaman sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu beban.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Futsal bukan sahaja sejenis sukan yang menyeronokkan, tetapi juga membantu pemain untuk mengasah kemahiran teknikal mereka seperti kawalan bola, kemahiran menendang, dan strategi permainan.
Sebelum Beli Kasut Futsal, Ambil ‘Port’ Bentuk Kaki & Permukaan Padang Juga
Tapi dengan memakai kasut tidak sesuai boleh meningkatkan risiko kecederaan 50 peratus lebih tinggi? MASKULIN ingin kongsi beberapa panduan atau tip bagaimana memilih kasut futsal yang sesuai bergantung kepada bentuk kaki dan juga permukaan padang.
FUNGSI KASUT
Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah kegunaan kasut futsal. Ia direka khas untuk kegunaan di atas padang yang lantainya keras. Kasut futsal juga direka untuk lebih tahan lama dan lasak.
TERIMA IMPAK
Kasut futsal juga direka untuk menerima pelbagai jenis impak ketika digunakan di dalam permainan. Impak tersebut datang daripada bola, hentakan kaki, terjahan lawan dan heretan di atas permukaan.
TAHAP KUALITI
Biasanya kasut futsal yang berkualiti mempunyai ciri-ciri sama pada kasut bola padang. Dan kualiti itu ditentukan berdasarkan rekaan, ketahanan, material yang digunakan dan juga faktor berat kasut itu sendiri.
SAIZ KAKI
Sebelum membeli kasut futsal anda harus mengetahuio terlebih dahulu saiz kaki. Untuk menentukan saiz kaki anda boleh melakukan ukuran dengan alat pengukur yang terdapat di kedai-kedai sukan dan kasut. Pastikan anda memilih kasut yang true to size. Ia tidaklah terlalu ketat dan juga longgar. Saiz kasut futsal sama sahaja dengan jenis kasut lain di pasaran.
KESAN SALAH SAIZ
Jika kaki anda tak sepadan dengan kasut futsal yang dipakai ia boleh memberikan kesan yang sangat buruk semasa bermain. Lebih teruk lagi ia juga boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan seperti terseliuh dan juga melecet.
BAHAGIAN PENTING
Antara bahagian penting pada kasut futsal ialah di kawasan ‘stike zone’. Bahagian ini terletak di atas kasut dan anda perlu pastikan zon ini betul-betul ketat dengan kaki anda. Ini untuk memberikan keselesaan pada kaki ketika anda melakukan rembatan. Jika anda rasa tak selesa di bahagian ‘strike zone’, tendangan anda akan tak sempurna dan kurang kencang.
BAHAGIAN PERLU KETAT
Semestinya anda inginkan sepasang kasut futsal yang selesa dipakai sepanjang permainan, bukan? Oleh itu pilihlah kasut futsal yang benar-benar fit atau ‘mendakap’kaki agar ia memberikan kelancaran pergerakan kaki. Ia bukanlah bermakna ketat di hujung jari atau tumit tepai ketat di bahagian atas hingga ke tapak kaki.
SEDIKIT RUANG
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas kasut futsal perlulah dipilih berdasarkan saiz true to size. Pemilihan sizing begini memberikan sedikit ruang di hujung kaki dan tumit agar lebih pergerakan selesa dan kaki dapat ‘bernafas’sedikit. Jika kasut futsal terlalu ketat anda boleh alami kekejangan otot.
JENIS MATERIAL
Kualiti kasut futdsal juga ditentukan oleh material apa ia diperbuat. Antara material yang bagus ialah kulit kanggaru kerana ia akan mengecut mengikut saiz kaki anda setelah beberapa kali digunakan.
KELEBARAN KASUT
Faktor kelebaran kasut juga cukup penting. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis kasut futsal yang mempunyai kelebaran berbeza. Jika anda berkaki lebar elakkan menggunakan kasut futsal yang tapaknya kecil. Jika silap pilih anda boleh kehilangan keseimbangan lalu mudah mendapat kecederaan. Tip untuk anda berkaki lebar, gunalah kasut futsal diperbuat daripada kulit kanggaru.
JANGAN IKUT TREND
Kadangakal anda mungkin ingin membeli kasut futsal yang berjenama, terbaru dan bergaya. Iyalah, di samping beraksi di atas padang futsal anda juga ingin tonjolkan gaya tersendiri. Tapi jangan jadi mangsa gaya dan memakai kasut futsal yang tak sesuai semata-mata nak kelihatan hebat.
Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman yang boleh menguatkan tenaga lelaki. Setiap lelaki pasti mahukan tenaga yang kuat, stamina yang mantap, dan tubuh yang cergas untuk menjalani kehidupan harian dengan penuh bertenaga.
Sama ada untuk kerja, bersukan, atau urusan di bilik tidur, kekuatan fizikal dan daya tahan amat penting. Tapi, ramai lelaki hari ini kurang bersenam kerana kesibukan kerja atau sekadar malas. Kalau anda mahu tenaga yang lebih hebat dan prestasi yang lebih baik, ini senaman yang patut anda amalkan!
Kalau ada satu senaman yang boleh membina kekuatan lelaki secara menyeluruh, deadlift adalah jawapannya. Senaman ini melibatkan hampir setiap otot utama dalam badan, termasuk kaki, belakang, lengan, dan teras badan (core).
Manfaat utama:
✅ Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot
✅ Membantu penghasilan hormon testosteron (hormon utama lelaki)
✅ Memperbaiki postur badan supaya nampak lebih tegap
Cara buat:
*Berdiri dengan kaki seluas bahu dan barbell di hadapan.
*Pegang barbell dengan genggaman kuat dan pastikan belakang lurus.
*Angkat barbell ke atas dengan menggunakan kekuatan kaki dan belakang.
*Turunkan perlahan-lahan ke posisi asal dan ulangi.
Nak kaki yang kuat dan stamina luar biasa? Squat adalah senaman terbaik untuk anda. Kaki yang kuat sangat penting, bukan saja untuk bersukan, tetapi juga untuk kehidupan seharian dan aktiviti lain yang memerlukan tenaga.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan otot kaki dan punggung
✅ Meningkatkan daya tahan dan keseimbangan badan
✅ Membantu pembakaran lemak dan meningkatkan stamina
Cara buat:
*Berdiri tegak dengan kaki selebar bahu.
*Turunkan badan seolah-olah mahu duduk, pastikan belakang lurus.
Tak perlu peralatan mahal, hanya guna berat badan sendiri pun boleh jadi kuat! Push-up adalah antara senaman klasik yang boleh meningkatkan kekuatan lelaki secara keseluruhan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan dada, bahu, dan lengan
✅ Meningkatkan stamina dan daya tahan fizikal
✅ Memperbaiki postur badan supaya nampak lebih maskulin
Cara buat:
*Letakkan tangan di lantai dengan bahu seluas tangan.
*Turunkan badan ke bawah sehingga dada hampir menyentuh lantai.
*Tolak semula ke atas dan ulangi.
Nak perut yang kempis dan otot core yang kuat? Plank adalah senaman terbaik untuk menguatkan teras badan, yang penting untuk kestabilan dan kekuatan keseluruhan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan otot perut dan belakang
✅ Meningkatkan keseimbangan badan
✅ Membantu mengelakkan sakit belakang
Cara buat:
*Letakkan siku di lantai dan pastikan badan lurus seperti papan.
*Tahan posisi ini selama 30-60 saat atau lebih.
*Ulangi beberapa kali untuk kesan maksimum.
Berlari pecut atau sprint adalah senaman terbaik untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot. Sprint membakar lemak dengan cepat, meningkatkan kadar jantung, dan membantu tubuh menghasilkan lebih banyak tenaga.
Manfaat utama:
✅ Meningkatkan stamina dan tenaga lelaki
✅ Membantu membakar lemak dengan cepat
✅ Menguatkan otot kaki dan teras badan
Cara buat:
*Lari sepantas mungkin selama 20-30 saat.
*Rehat selama 30 saat hingga 1 minit.
*Ulangi 5-10 kali.
Nak lengan dan bahu yang lebih berotot? Pull-up adalah senaman yang boleh membantu membentuk tubuh yang lebih tegap dan berdaya tahan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan lengan, bahu, dan belakang
✅ Meningkatkan kekuatan genggaman (penting untuk prestasi lelaki)
✅ Membantu membina badan yang lebih atletik
Cara buat:
*Pegang palang dengan genggaman bahu selebar tangan.
*Tarik badan ke atas sehingga dagu melepasi palang.
*Turunkan semula dengan kawalan dan ulangi.
Lelaki yang kuat dan bertenaga bukan sekadar bergantung pada pemakanan atau gaya hidup, tetapi juga pada rutin senaman yang konsisten. Dengan melakukan senaman seperti deadlift, squat, push-up, plank, sprint, dan pull-up, anda boleh membina kekuatan fizikal, meningkatkan stamina, dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Jadi, tak perlu tunggu lagi! Mulakan senaman ini sekarang dan rasai perbezaannya. Ingat, lelaki yang kuat bukan sekadar nampak lebih gagah, tetapi juga lebih yakin dan berkarisma!
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.