Sepasukan doktor membuang sebahagian usus seorang lelaki berusia 22 tahun di China kerana mengandungi 12.7 kilogram najis yang tersumbat dalam ususnya dipercayai bermula sejak lelaki itu masih bayi.
Pakar bedah di Tenth People’s Hospital di Shanghai, China, terpaksa membuang ususnya sepanjang 76 sentimeter yang membesar menyebabkan perutnya buncit seperti wanita sarat mengandung.
Menurut laporan Inverse Science, doktor percaya lelaki itu menghidap penyakit Hirschsprung yang menyebabkan usus besar membengkak kerana saraf yang mengawal pembuangan najis tiada.
Pesakit itu menyatakan dia sering mengalami sembelit dan terpaksa menggunakan julap bagi membuang air besar namun masalah dihadapinya berterusan lalu memutuskan membuat pemeriksaan di hospital.
Ujian mendapati najis lelaki itu terkumpul sejak bertahun-tahun menyebabkan ususnya bengkak dan perut buncit.
Dr Yin Lu yang mengetuai pembedahan itu berkata, pasukannya mengambil masa tiga jam untuk memotong dan membuang usus yang bengkak itu sebelum menyambung kembali baki usus besar.
Penyakit Hirschsprung biasanya dihidap seorang bagi setiap 5,000 bayi dan ia amat jarang berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Bagi bayi, antara tanda-tandanya ialah tidak membuang air besar dalam masa 48 jam selepas dilahirkan selain perut bengkak, cirit-birit dan muntah hijau.
Ads
Dalam banyak kes, terdapat panduan mudah yang boleh membantu mengurangkan masalah sembelit seperti:
– Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buah segar dan sayuran.
– Minum banyak air.
– Lakukan senaman secara berkala.
– Jangan menahan atau menangguhkan jika mahu membuang air besar.
– Tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
Ads
– Sekiranya tabiat membuang air besar berubah, dapatkan pemeriksaan doktor.
MITOS MENGENAI LAKSATIF DAN SEMBELIT
Mitos: Makanan kaya serat dapat mencegah sembelit.
Fakta: Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit untuk individu sihat.
Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan keadaan bagi individu
yang mengalami sembelit serius.
Ads
Mitos: Peningkatan pengambilan cecair dapat melegakan sembelit.
Fakta: Tiada bukti
yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.
Mitos: Kurang bersenam boleh menyebabkan sembelit.
Fakta: (Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.
Mitos: Wanita kerap mengalami sembelit sebelum mengalami kitaran haid.
Fakta: (Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi sesetengah wanita kekerapan untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.
Fakta: Wanita hamil kerap mengalami sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan yang boleh mengurangkan kelajuan pergerakan makanan dan sisa dalam usus sekali gus menyebabkan sembelit.
Mitos: Ubat julap membantu dalam penurunan berat badan.
Fakta: Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan cecair dan garam.
Mitos: Bergantung kepada ubat julap adalah satu kemungkinan.
Fakta: Walaupun sesetengah invidiu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan.
Sumber : Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ali XPDC yang dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas seminggu dibenarkan pulang ke rumah.
Perkara itu disahkan isterinya Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, menerusi laporan Harian Metro
“Alhamdulillah, semangat suami sangat kuat untuk sembuh. Dia juga sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi di karaoke semalam,” kata Sharifah Azuwanna.
Sharifah Azuwanna berkata, suaminya juga mahu kembali menyanyi selepas seminggu keluar dari hospital dan berehat di rumah.
Tambahnya, Ali juga kini boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda.
“Kalau setakat menyanyi satu atau dua lagu secara santai dan sambil duduk tu sudah bolehlah,” katanya.
Mahu Kembali Beraksi Bersama XPDC
Mengenai persembahan lagi, kata Sharifah Azuwanna, suaminya juga merancang untuk kembali menjayakan persembahan bersama kumpulan XPDC.
“Suami beritahu dia mahu segera sembuh kerana mahu kembali buat persembahan bersama kumpulan XPDC.
“Saya bersyukur dengan peningkatan tahap kesihatan suami kerana dia sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi ketika berlatih di karaoke.
“Namun, buat masa ini, suami belum memiliki keupayaan dari segi stamina untuk buat persembahan di konsert lagi,” katanya.
Foto: Ali ditemani isterinya, Azuwanna ketika dirawat di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang. (Sumber: Berita Harian).
Masih Perlu Rawatan Susulan
Bagaimanapun Sharifah Azuwanna berkata Ali masih perlu menjalani rawatan susulan membabitkan masalah jantungnya yang bengkak di klinik nuklear, Hospital Putrajaya, pagi esok.
“Masalah paru-paru berair sudah okay selepas doktor beri ubat untuk lawas kencing. Cuma rawatan susulan di hospital nanti untuk merawat masalah jantung bengkak sahaja lagi.
“Suami juga dijadualkan buat rawatan susulan mengenai masalah jantung bengkak itu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Ogos nanti,” katanya.
18 April lalu, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana mengalami sesak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi jam 11 pagi ketika majlis penyerahan sumbangan kerusi roda.
Pelakon yang sedang meningkat naik, Sadiq M Jamil mendedahkan yang dia tidak pernah berguru secara langsung dengan neneknya yang merupakan seniwati legenda iaitu Datuk Sarimah Ahmad.
Bagaimanapun, Sadiq M Jamil belajar menerusi pemerhatiannya sendiri semenjak kecil yang menyaksikan penglibatan neneknya dalam dunia lakonan.
“Saya ingat dulu masa saya umur 12 tahun, saya pernah tengok dia dekat set. Saya tengok macam mana persiapan dia sebagai seorang pelakon, bila dia baca skrip dan sebagainya.
“Walaupun dia tak pernah mengajar saya tapi benda yang saya dah perhatikan itu saya cuba amalkan,” kongsi Sadiq kepada Maskulin.
@maskulinmySebagai cucu kepada seniwati veteran Dato’ Hajah Sarimah binti Ahmad, Sadiq M Jamil kagum melihat disiplin yang ada pada neneknya itu. Bahkan Sadiq percaya perkara itu boleh membantu perjalanan kerjaya seninya sendiri jika diterapkan. #sadiqmjamil #SarimahAhmad #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Sadiq M Jamil ditemui Maskulin selepas selesai tayangan perdana X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall.
Memetik laporan Astro Awani, Sadiq pernah memaklumkan yang neneknya tidak menggalakkannya untuk menceburi dunia lakonan bahkan ada mengeluh ketika mendapat tahu yang Sadiq meneruskan pengajian di sekolah seni
Meskipun tidak pernah mengajar secara langsung, namun seniwati legenda itu tetap menyokong apa sahaja hala tuju kerjaya yang diminati Sadiq.
“Dia sentiasa sokong sahaja apa yang saya buat. Dia sentiasa bagi kata-kata semangat,” jelasnya kepada Maskulin.
Kagum Lihat Disiplin Nenek
Menyaksikan sendiri aktiviti Datuk Sarimah ketika masih aktif melibatkan diri dalam dunia lakonan, Sadiq akui kagum dengan disiplin yang ada pada neneknya itu.
“Perkara yang saya serap terutama sekali ialah disiplin dia lah. Dia punya disiplin sangat-sangat tak boleh nak disangkat, memang saya kagum sangat.
Sehingga ke hari ini, Datuk Sarimah kekal dengan rutin bangun pagi seawal jam 4 pagi dan melakukan senaman untuk menjaga kecergasan diri, demikian perkongsian Sadiq M Jamil.
“Dia sentiasa kekal cergas dan saya rasa benda itu sebenarnya sangat bagus sebagai seorang pelakon,” tambahnya.
Sadiq merupakan antara pelakon yang membintangi X-Change, sebuah drama bersiri sebanyak 10 episod terbitan Astro Shaw.
Drama yang bintangi barisan pelakon wajah baharu seperti Arfie Shah dan Joey Leong ini memaparkan kisah seorang remaja yang terpaksa terlibat dalam aktiviti jenayah keluarga.
Selain itu, ia juga turut dibintangi pelakon senior seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Ardini Angeline Tan dan Steve Yap.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun 50 peratus bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini bersempena dengan Hari Polis ke-213.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.
“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara dalam talian berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac.
“Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my DAN www.rilek.com.my.
“Inisiatif ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban ditanggung oleh masyarakat,” jelasnya.