Telur ayam kampung memang sinonim dengan lelaki sebagai penambah tenaga batin. Namun manfaatnya bukan hanya itu, telur ayam kampung juga sebenarnya memiliki banyak khasiat lain untuk kesihatan tubuh badan.
Apabila sebut telur ayam kampung, kebiasaannya orang akan makan bersama madu asli. Selain inginkan khasiat daripada madu tersebut, ia juga boleh dijadikan sebagai penghilang rasa hanyir apabila anda mengambil telur ayam kampung mentah.
Namun menurut kajian yang dilakukan oleh Saintis, Dr Suri Roowi, madu sebaiknya tidak dimakan bersama makanan yang bersumberkan protein seperti telur. Kenapa?
Untuk mengetahui jawapannya dan mendedahkan anda dengan cara betul makan telur ayam kampung, apa kata anda ikuti perkongsian Zaharinah Hussin, Founder produk Dr Vee Formula yang juga isteri kepada Dr Suri Roowi.
Semoga dengan cara betul makan telur ayam kampung ini akan memberi anda lebih manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Skuad muda bola tampar lelaki negara mengharapkan tuah di laman sendiri untuk menamatkan penantian 16 tahun tanpa pingat di Sukan Sea 29 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Tidak meletakkan sasaran warna pingat anak didik Tay Yue Siong kini dilihat memiliki potensi cerah meraih pingat berdasarkan kualiti dimiliki barisan pemainnya berbanding dua tahun lalu di Singapura.
Sudah pasti tanggungjawab utama skuad Yeu Siong adalah untuk mencipta sejarah baharu di hadapan penyokong sendiri kali ini.
Ujar Yue Siong, barisan kali ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pasukan kendaliannya dalam Sukan Sea Singapura dua tahun lalu, jadi sasaran mahu memastikan pingat bukan sekadar angan-angan kosong.
“Masih berbaki tempoh dua bulan untuk membuat persiapan sebelum menjelang Sukan Sea, kali ini pasukan kebanyakan dibarisi pemain baharu dan hanya tinggal empat pemain yang beraksi di Singapura dua tahun lalu.
“Dengan barisan pemain muda yang memberikan komitmen sepenuhnya, saya percaya misi meraih pingat tanpa mengira warna mampu dicapai,” katanya dalam sidang media program Kita Juara , baru-baru ini yang turut disertai kapten pasukan Sim Jian Qin dan Khairol Shazrime Shamsaimon.
Jian Qin (kiri) dan Khairol Shazrime tekad membuktikan kemampuan meraih pungutan pingat di laman sendiri pada temasya Sukan Sea 29.
Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat adalah pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur dengan merangkul pingat perak setelah tewas kepada Thailand dalam aksi final.
Skuad negara akan mengharungi Kejohanan Pra Sukan Sea membabitkan sembilan pasukan kelab dan negara Asia Tenggara bermula pada 19 Julai dan mahu menjadikannya sebagai platform untuk menghadapi kejohanan sebenar pada Ogos nanti.
Selepas Kejohanan Pra Sukan SEA, pasukan kebangsaan akan ke Taiwan selama dua minggu sebelum memuktamadkan senarai akhir 12 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan sasaran pingat.
Mengulas cabaran yang bakal dihadapi, Yeu Siong menjelaskan pasukan Thailand merupakan pilihan untuk meraih pingat emas selepas muncul juara tiga kali berturut-turut dalam temasya tersebut.
Setakat ini senarai 15 pemain dikemukakan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi hanya 12 akan membawa cabaran. Senarai akhir akan dimaklumkan selepas balik dari Taiwan nanti. Secara keseluruhan saya berpuas hari dengan 15 pemain sedia ada,” ujarnya.
Pada Sukan Sea 2015 di Singapura skuad bola tampar lelaki negara meraih tempat ketujuh daripada lapan negara yang mengambil bahagian.
Pernahkah anda mengikuti mana-mana jenis diet tapi kesannya tak berjaya diperolehi seperti yang diharap?
Dan pernahkah anda pertimbangkan bahawa diet yang anda amalkan itu mungkin tak sesuai dengan anda?
Kebanyakan pelan diet yang anda ikuti mungkin gagal disebabkan ia mengajar anda makan dalam kuantiti sedikit. Dalam hal ini maknanya anda harus komposisi bahan makanan. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda sering lapar, malahan berat badan juga enggan turun.
Jadi, caranya ialah dengan makan seberapa banyak anda ingini tetapi masih tetap mengawal atau mengurangkan kalori makanan tersebut. Untuk dapat hasil yang baik, anda boleh mengambil sumber fiber dalam menu harian. Apabila melebihkan pengambilan fiber maka kalori yang diambil turut berkurang. Dengan ini, peratusan anda untuk kurus lebih tinggi.
Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Semua hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.
Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.
Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya
Mampu menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).
Fiber juga tidak mengandungi gula tepu yang menjadi penyebab kepada masalah diabetes. Hal ini kerana kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa overload.
Diet fiber juga mampu membantu mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, dan keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.
Makan banyak makanan mengandungi fiber
Makan fiber sebagai pembuka hidangan
Stabilkan makan fiber
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut : ◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung. ◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok Ketiga” ?
Ini mungkin istilah baru bagi kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
‘Asap ketiga’ dapat melekat selama berhari-hari pada permukaan benda-benda tersebut, sungguhpun ruang tersebut telah dibersihkan atau dianginkan dengan membuka kipas atau jendela. Terdapat beberapa kajian mengenai berapa lamakah ‘asap ketiga’ berada dalam sesuatu ruang:
Risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga adalah sama seperti perokok tegar. Sesuatu yang ingin ditegaskan di sini ialah bahaya yang bakal dihadapi oleh KANAK-KANAK akibat menghidu ‘asap ketiga’ ini. Antara masalah kesihatan yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak adalah seperti : Penyakit paru-paru, jangkitan telinga, kematian mengejut pada bayi (SIDS), masalah pembelajaran, alahan dan kanser (leukimia, kanser kalenjar, kanser paru-paru
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara — Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka .
Dan yang paling utama, jika anda seorang perokok, BERHENTILAH MEROKOK ! Demi kesihatan anda, demi kesihatan keluarga anda !
Ingatlah !! Anda tetap MERACUNI keluarga anda walaupun :
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.