Anda perlu meletakkan 100% komitmen untuk kurus dalam masa 75 hari. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai yang berjaya membuktikannya.
Cuma kesungguhan masa yang menentukan hasilnya yang anda perolehi. Anda yang boleh turunkan berat badan dalam masa sebulan, dua bulan, tiga bulan maha enam bulan pun ada.
Sudah berapa banyak tip yang anda baca? Dan sudah berapa kali anda mulakan misi untuk kuruskan badan?
Jika anda masih selesa dengan cara yang lama, ayuh bangkit kali ini untuk teguhkan niat mahu kurus dalam masa 60 hari.
Bukannya hendak kurus kerana mahu kelihatan kacak semata-mata malah apa yang Maskulin ingin tekankan kepada anda adalah betapa pentingnya menjaga kesihatan diri.
1. Set minda untuk kurus
Kalau anda buat keputusan untuk mahu kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, pastikan hari ini juga anda sudah nekad mahu melakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu hadapan.
Tetapi biasanya selepas bulan Ramadan, ada yang berkata, “Takkan tak nak makan juadah hari raya, setahun sekali kot.” Maka dengan ini, anda memang sukar untuk kurus sampai bila-bila.
2. Pelajari ilmu tentang kalori
Kalori sebenarnya lebih banyak terbakar semasa anda tidur. Mesti ramai yang tak tahu tentang fakta ini kan? Sebenarnya kalau nak kurus, memang mudah sahaja. Caranya, ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari.
Ads
Misalnya anda perlukan 1300 kcal sehari, pastikan jangan makan sehingga lebih 2500 kcal untuk hari tersebut. Kalau kurang daripada 1000 kcal pula, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Apa-apa pun, pengambilannya adalah bergantung kepada tubuh badan seseorang.
3. Makan dalam kuantiti yang kecil
Makan dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan perut anda terkejut. Tetapi yang untungnya, anda boleh makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap satu pinggan yang penuh dengan makanan.
Anda boleh simpan biskut di tempat yang mudah anda capai jika perlu namun perlu dipastikan biskut itu mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. Elakkan makan pada waktu malam
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal.
Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
Ads
5. Elakkan makanan dan minuman yang bergula
Tak semestinya anda perlu menunggu waktu tua dan menghidap kencing manis atau diabetes, baru anda nak elakkan makanan dan minuman yang bergula. Kesedaran ini sebenarnya penting untuk semua peringkat umur.
Jadi, jauhi minuman yang bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain secara kerap. Minum air masak itu adalah lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, pasti anda tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat itu wajib dibuang!
6. Tukar makanan kepada yang rendah lemak
Kalau pergi Giant atau Tesco, selepas ini tolong lihat apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan. Kalau anda seseorang yang teliti, anda pasti akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak yang dipamerkan pada pek tersebut.
Berbalik pada ilmu asas, pelajari tentang pengambilan kalori. Begitu juga dengan pengambilan lemak. Pastikan selepas ini anda lebih berjaga-jaga. Kalau terbiasa makan nasi penuh, kali ini paksa diri untuk makan nasi separuh pula.
7. Banyakkan makan buah
Ads
Jangan kata Malaysia tiada buah-buahan yang lazat dan berkhasiat. Tahukah anda, buah-buah tropikal ini harganya sangat mahal di negara asing. Berbalik kepada cara untuk kurus secara efektif, makanlah buah-buahan tempatan.
Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang misalnya ada banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan juga membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. Banyakkan minum air masak
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. Banyakkan berjalan dan berjoging
Kalau tak sempat pergi ke gym pun tak mengapa. Yang penting, anda kena selalu bergerak. Kalau selalu berjoging, lagi bagus. Sesekali kalau asyik naik lif sahaja, apa kata tukar rutin kepada naik tangga pula?
Lebih menyihatkan badan dan boleh mengeluarkan peluh. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu memperbaiki peredaran darah malah dapat membuang lemak dan menaikkan stamina.
10. Beri komitmen 100% tujuan asal mahu kurus
Kembali ke tip yang pertama iaitu set minda. Tiada gunanya selepas anda set minda untuk kurus tetapi anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Rasa malas itu sakit penyakit. Anda kena paksa diri anda untuk konsisten dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, anda perlu ingat tak ada gunanya kalau anda ‘exercise’ selama seminggu tetapi selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda ras amacam nak putus asa kerana berat badan tak turun-turun? Walhal segala rejim diet dan senaman telah dilakukan mengikut masa dan kesesuaian.
Menjawab persoalan anda mungkin ia berkaitan dengan metabolisme anda yang rendah. Metabolisme pada hari ini berfungsi sebagai keberkesanan anda untuk mendapatkan tenaga berlebihan untuk membakar lemak dengan lebih banyak.
Cara ini diguna pakai untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Saiz, jantina, genetik, dan umur kita semua memainkan peranan dalam kadar metabolik kita, tetapi ada cara untuk kita mengawalnya.
Berikut adalah 6 cara yang terbukti secara saintifik untuk meningkatkan metabolisme.
Tingkatkan senaman mingguan anda
Badan akan cepat bosan jika anda melakukan rutin senaman yang sama setiap hari. Jika minggu ini anda hanya jogging 2 km, tingkatkan jumlah perjalanan jogging anda ke 3 km pada minggu berikutnya. Ini dapat membantu meningkatkan metabolisme anda dan boleh membakar kalori dengan lebih banyak.
Lebihkan Protein
Untuk meningkatkan metabolisme dengan lebih cepat, pastikan anda mengambil protein secukupnya. Protein boleh meningkatkan 15 ke 30 peratus metabolisme anda. Dari segi diet, pengambilan protein secukupnya dapat mengawal nafsu makan anda. Jadi, anda tak akan mudah rasa lapar. Perlu ingat! Jangan ambil protein secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan buah pinggang dan hempedu anda.
Sebelum anda memanaskan badan, mulakan dengan pemanasan lidah. Makanan pedas seperti sambal, cili padi, boleh menaikkan metabolisme anda. Jadi, kalau setiap pagi anda nak makan nasi lemak pun di benarkan, dengan syarat, lebihkan sambal dan telur yang bertindak sebagai protein. Kalau anda bukan sejenis makan pedas, anda boleh lebihkan rempah-ratus seperti halia, kulit kayu kanis, kunyit, buah pala dalam masakan anda.
Sarapan Pagi
Sarapan pagi merupakan makanan yang paling penting dalam jadual harian makanan anda. Apabila anda bangun pagi, anda akan bangun dengan metabolisme anda sekali. Kajian menunjukkan apabila seseorang menjangkau waktu sarapan pagi, ia boleh mengakibatkan masalah obesiti. Ini akan menjadikan metabolisme anda menurun. Tak perlu breakfast like a King pun, anda boleh makan sebiji Epal atau oat sebelum anda ke pejabat.
Snack secara bijak
Anda pasti tahu diet memerlukan anda makan 6 kali sehari, namun kuantiti tidaklah diambil secara berlebihan. Snek membantu anda agar anda tidak berasa lapar diantara makan utama. Pilih snek anda secara bijak. Bekalkan buah-buahan seperti oren ataupun yogurt di dalam bag anda. Kacang-kacang juga merupakan snek yang mudah dibawa serta mempunyai serat yang boleh menaikkan metabolisme anda.
Green tea
Teh dari negara jepun ini sangat bagus. Ia bertindak bukan sahaja untuk menaikkan metabolisme anda, malah dia akan mempercepatkan proses perlawasan anda disamping boleh mengelakkan anda dari penyakit-penyakit kronik. Anda tak perlu energy drink yang advance tu, green tea ini sudah memadai. Tambahan pula green tea ni murah. Satu uncang boleh buat 2-3 cawan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penting untuk anda buat senaman kuatkan kaki sebelum memulakan apa jua senaman. Selain terbukti dapat meningkatkan prestasi larian, senaman kuatkan kaki ini juga dapat mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam.
Masa yang paling sesuai untuk anda buat senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat. Ini penting untuk memanaskan otot sebelum anda memulakan sebarang senaman.
Ini 5 senaman kuatkan kaki yang anda kena buat.
1. CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan senaman ini 5 kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
Imbangkan badan menggunakan kaki kanan dan angkat kaki kiri lurus ke depan.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kiri tidak melepasi kaki kanan.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kanan.
INFO: Ulang 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
Berdiri tegak dan tolak kaki kanan 45 darjah di belakang kaki kiri.
Tangan diletakkan rapat di dada.
Rendahkan badan sebaik mungkin.
Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
Selang-selikan dengan kaki sebelah.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
Imbangkan badan menggunakan kaki kanan dan angkat kaki kiri ke belakang. Pastikan ia selari dengan tubuh.
Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kiri.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik.
Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
LANGKAH 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 2 : Bent Over-Row
Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 3 : Seated Row
Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang, ketika ini hembus nafas.
Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan, ketika ini tarik nafas.
Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 4 : Lat Pulldown (Front)
Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
Kepakkan belakang badan.
Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama; 12 kali ulangan bagi set kedua; 10 kali ulangan pada set ketiga.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.