Di Malaysia mungkin nama Tesla agak jarang diperkatakan dan dilihat mengaum di atas jalan raya. Jenama automotif yang selari sinonim dengan billionair yang juga CEO Tesla iaitu Elon Musk.
Ia kini telah diangkat sebagai jenama automotif paling berharga di dunia. Sekali gus telah memintas kedudukan Toyota yang merupakan pengeluar kenderaan terbesar di Jepun.
Dalam tempoh 10 tahun sahaja Tesla telah berubah dari menjadi pengeluar kecil kenderaan elektri dan tenaga bersih kepada kuasa besar dalam industri automotif global.
Ads
Dengan nilai pasarannya yang mencecah USD208 billion ia mengatasi Toyota yang mencatat nilai USD202.74 billion.
Walaupun syarikat diterajui Elon Musk ini dianggap newbie namun dengan populariti serta pengaruh jenama yang dibawa Tesla ia menjadikannya sebagai jenama ulung dalam industri ini.
Ads
Ads
Antara kelebihan mereka pastinya imej jenamanya yang sering dilihat sebagai syarikat teknologi berbanding pengeluar kenderaan kerana teknologi terkini serba hebat yang dibawa mereka. Berdepan pandemik Covid-19, Tesla berdepan sedikit kesukaran namun ia tidak menjejaskan kedudukan jenama mereka di pasaran kompetitif.
Malah menurut laporan nilai pasaran Tesla dijangka akan terus meningkat naik dalam masa yang terdekat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak terciptanya kenderaan dua roda yang dipacu enjin bergelar motosikal, kita telah menyaksikan segala macam evolusi teknologi diperkenalkan. Pada masa kini, pelbagai jenis, bentuk dan kategori motosikal dihasilkan bagi memenuhi keinginan dan kezaman penunggang dan pencintanya.
Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa motosikal kini bukan hanya berfungsi sebagai kenderaan yang membawa kita dari poin ‘A’ ke poin ‘B’. Tetapi ia lebih daripada itu! Motosikal kini menjadi salah satu instrumen untuk kita merasai dan mengekspresikan diri.
Renjatan adrenalin ketika melakukan tunggangan motosikal hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang melalui sendiri pengalaman tersebut. Disebabkan itulah, motosikal kini bukan sahaja mempunyai kualiti terbaik tetapi mampu beraksi lasak dalam pelbagai kondisi jalan menjadi pilihan.
BMW Motorrad yang mempunyai pengalaman serta sejarah yang cukup kaya dalam penghasilan motosikal premium turut membariskan ciptaannya yang cukup mantap. Pengenalan BMW R 1250 GS/GS Adventure ditonjolkan sebagai sebuah jentera sempurna buat mereka yang inginkan pengalaman tungangan luar biasa sama ada di jalan raya atau secara ‘off-road’.
Dari sudut sejarahnya, Model BMW GS bukanlah calang-calang model motosikal. Bahkan ia mempunyai yang unggul dan kaya dengan 40 tahun evolusi penghasilan yang menggabungkan versataliti dan ciri tunggangan yang unik. Pelbagai perubahan dan kemajuan kejuruteraan dilakukan selama ini terserlah dengan ketelitian terbaik ditampilkan menerusi BMW GS versi terbaru ini.
Inovasi rekaan sofistikated yang diterjemahkan menerusi BMW GS ini menjadikan ia sebagai penanda aras terunggul di pasaran sekarang. Dua varian diperkenalkan iaitu R 1250 GS/GS Adventure bukan sahaja dijangka memenuhi kehendak pengguna tetapi mampu memberikan jangkaan yang luar biasa.
Jentera sensasi dari BMW Motorrad ini dijana dan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254 cc dengan menghasilkan 136 kuasa kuda pada 7.750 rpm dan 143 nm pada 6,250 rpm. Dalam erti kata lain, ia menjana satu angka yang cukup mantap bagi sebuah motosikal yang turut tampil dengan lampu hadapan adaptif baharu hadir dengan fungsi berpangsi.
Lebih menarik, sistem trasmisi dan penggandingnya kini telah dintegrasikan pada komponen perumah enjin yang sekali gus menyaksikan sebuah reka bentuk lebih menjimatkan ruang serta ringan.
Motosikal paling versatil BMW Motorrad ini juga turut dilengkapi dengan mekanisma ‘anti-hopping’ di dalam klacnya serta memiliki teknologi BMW Gear Shift Assistant Pro telah tersedia secara standard.
Fungsi pelbagai mod tunggangan juga memberikan pengalaman yang jauh lebih berbeza menerusi model terbaru ini. Kini ia dilengkapi dengan beberapa mod tunggang berbeza seperti Dynamic, Dynamic Duo, Enduro serta Pro Enduro yang turut kengkap dengan kawalan brek enjin dinamik.
Pengenalan kawalan luncur serta mod terbaru ECO juga memberikan kelebihan tersendiri kerana ia membantu enjin boxer mencapai penggunaan maksimum bahan api, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol. Ia dapat dilakukan dengan sokongan menerusi sistem timing Shiftcam variable valve.
Bagi tunggangan di pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan, kehadiran BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) pula membolehkan fungsi redaman motosikal ini disesuaikan secara otomatik.
BMW Integral ABS pro memberikan kestabilan serta jaminan keselamatan yang jauh lebih tinggi. BMW GS kini turut dilengkapi dengan IMU (Inertial Measurement Unit) enam-paksi yang cukup penting bagi memastikan sistem Integral ABS PRO terbaru berfungsi dengan sempurna berbanding sistem lama ABS Pro.
Sistem Integral ABS akan berfungsi apabila tuas brek digunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang. Dengan pengenalan IMU, Integral ABS dapat membantu berfungsi lebih baik dalam berfungsi lebih baik dan dapat mengesan sebarang kedudukan atau posisi motosikal sama ada di jalan raya atau ‘off-road’.
Dari segi penampilan luara, BMW R 1250 GS/GS Adventure juga tidak kurang hebatnya. Pandangan pertama mata pastinya tertumpu kepada beberapa ciri menarik seperti lampu DRL yang mempunyai bentuk ‘X’, sistem ekzos berwarna krom serta rim yang hadir dengan jejari cross spoke. Buat varian Adventure pula ia datang dengan lampu bantuan serta cagak bagi pannier dan top box.
Untuk mudahkan tunggangan dengan navigasi lebih lancar ia menawarkan sistem paparan klister bersaiz 6.5 inci TFT yang turut menyokong aplikasi BMW Motorrad Connected. Sistem paparan ini juga turut menyokong fungsi main semula pelbagai kandungan media, telefon serta navogasi peta tanpa sebarang sokongan peranti atau alatan luaran.
Ia juga didatangkan lengkap dengan soket 12V serta USB-a 5V bagi memudahkan pengecasan sebarang peranti pintar sama ada ketika berhenti atau bergerak. Lampu hadapannya juga memberikan pandangan visual yang sangat baik. Lampu hadapan LED adaptif yang digunakan padanya mempunyai bentuk lebih bersegi menjadikan ia mampu memberikan pancaran visual lebih luas terutamanya pada sudut tepi.
Pengenalan lampu hadapan seperti ini mampu memberikan pengalaman tunggangan yang lebih meyakinkan serta selamat. Kedua-dua varian R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure kini turut ditawarkan dengan edisi istimewa ’40 Years GS’ dengan warna Balckstorm Metallic dan Yellow. Manakala untuk model standard pula dengan warna Triple Black Style dan Rallye Style.
Lebih istimewa, BMW R 1250 GS/GSA juga akan melakukan kemunculan menerusi program TV automotif paling sensasi, Roda Panas Musim Kedua. Kemunculan pada episod kedua pada 23 Januari 2021 eksklusif di Astro Ria menyaksikan hos, Fizo Omar tampil bersama pemilik motiskal BMW GS, Hazri yang juga merupakan pelajar pakar motosikal BMW, Faizal Sukree.
Ia selari dengan ‘Spirit of GS’ di mana pemilik ini berkongsi tentang perspektif serta pengalaman menggunakan BMW R 1250 GS.
Jadi menerusi episod Roda Panas yang istimewa ini anda boleh saksikan sendiri individu yang bukan sahaja ada pengalaman sebagai penunggang tetapi impak yang diberikan motosikal ini dalam pengembaraan, persahabatan serta perjalanan yang dilalui.
Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri deruman enjin BMW R 1250 GS menerusi Roda Panas nanti!
Buat pemilik kereta yang usianya telah mencecah lima tahun ke atas pastinya berdepan dengan masalah ini. Selain ia membuatkan kereta tampil nampak lebih usang ia juga mengurangkan fungsi penggunaannya.
Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah lampu hadapan kereta. Kereta yang meningkat usia dan selalu terdedah dengan cahaya matahari atau cuaca panas kebiasaannya lampu hadapan akan menjadi suram dan kekuningan.
Penampilan dengan warna kedam sedikit sebanyak merencatkan penampilan kereta anda. Selain anda kilatkannya semula di pusat spa kereta, tahukah anda masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya melakukan sentalan mudah dengan menggunakan serbuk penaik atau baking soda dan juga buah lemon?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok menerusi hantaran videonya menunjukkan bagaimana dia mengilatkan lampu hadapan kereta dengan kombinasi dua bahan tersebut.
Ikuti cara seperti mana dikongsikan olehnya di bawah.
Pertama sekali anda harus dapatkan baking soda dan sebanyak dua biji buah lemon.
Belah dua lemon tersebut. Kemudian ambil baking soda dan taburkannya di atas permukaan lemon yang dipotong dua tersebut.
Mula sental lemon yang ditabur baking soda itu ke atas permukaan lampu kereta.
Lakukan sehingga anda nampak kesan kekuningan itu mula hilang dan nampak berkilat semula.
Jika hasilnyanya seakan kurang anda boleh tambahkan baking soda dan terus lakukan sentalan.
Selepas disental rata bilaskan dengan menyiram air. Anda akan dapati lampu kereta anda akan tampil berkilat!
Semoga cara mudah yang dikongsikan oleh saudara Ridzuan Zubir ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jika mahu tutorial lebih jelas anda boleh menonton videonya di bawah.
Melihatkan jumlah kepadatan penduduk dan pertambahan jumlah kenderaan di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar keperluan ruang letak kereta semakin diperlukan.
Di lokasi yang sentiasa sibuk terutamanya seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar di seluruh negara mempunyai lokasi curam dan berbukit. Jadi sudah menjadi perkara biasa ruang letak kereta berada di kawasan seperti ini.
Buat anda yang tinggal di kawasan yang banyak lokasi berbukit meletakkan kereta di kawasan curam sudah menjadi perkara biasa. Namun tahukah anda terdapat cara yang betul dan selamat bagaimana untuk parkir kereta di kawasan berbukit atau curam?
Apabila anda meletakkan kereta di kawasan curam musuh utama adalah graviti. Jika anda tidak mengambil langkah pencegahan dan parkir dengan cara betul perkara tidak diingini boleh berlaku.
Bila ia berlaku bukan kereta anda sahaja yang rosak malah boleh melibatkan kecederaan dan kemusnahan kenderaan atau harta benda orang lain. Sebab itulah bagi mengelak perkara ini berlaku anda harus tahu cara-cara meletakkan kereta di kawasan berbukit dengan betul.
Terdapat dua elemen yang sangat penting. Pertama, anda WAJIB menggunakan HANDBRAKE. Dan kedua, PUSINGKAN tayar ke arah yang betul untuk elak kereta berundur ke belakang atau ke depan jika berlaku kerosakan pada handbrake.
Berikut MASKULIN kongsi cara letak kereta di kawasan curam sama ada ke kereta menghadap ke arah naik atau ke bawah.
Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Selain pandu selamat, meletakkan kereta dengan selamat juga sangat penting!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan siri terbaru kami, MASKULIN Xtra!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.