Gaya Hidup

TGV Central i-City Shah Alam Belanja 6 Tayangan Filem Percuma 23 – 31 Mac Ini

Share

Sempena pembukaan cawangan baharu TGV Cinemas di Central i-City, Shah Alam, syarikat pagawam berkenaan bermurah hati untuk membelanja tayangan filem secara percuma kepada orang ramai.

Layan 6 filem menarik

Antara filem yang bakal ditayangkan secara sempurna bermula 23 hingga 31 Mac ini adalah Paskal, Aquaman, How To Train Your Dragon: The Hidden World, Black Panther, Spider Man : Into The Spider Verse serta More Than Blue.

Dalam masa sama, orang ramai juga berpeluang menikmati bertih jagung secara percuma tetapi berdasarkan ‘siapa cepat, dia yang dapat’ dan seorang pelanggan terhad untuk menikmati satu pek kombo sahaja.

Pelanggan juga boleh menebus free movie premiums

dengan memuat naik gambar yang menunjukkan anda berada di lokasi terbaharu TGV di Central i-City, Shah Alam dengan tanda pagar #TGViC serta TGVCinemas lalu tunjukkan kepada petugas TGV.

Miliki 9 dewan pawagam

TGV Central i-City memiliki sembilan dewan pawagam dan konsep terbaharu yang dimilikinya TGV dapat dlihat menerusi dewan Deluxe yang pastinya tidak akan mengecewakan penonton.

TGV bukan sahaja menyediakan tempat duduk baharu yang lebih selesa malah dari segi pemancar digital dan sistem bunyi sekeliling yang ditambah baik menjadikan TGV sebagai sebuah pawagam yang sering memenuhi cita rasa penonton.

IKLAN