
Tiada lagi nama CR7, Beckham & Cantona pada jersi MU selepas kelab memperkenalkan polisi baharu berkaitan hak imej dan pelesenan. Bagi peminat tegar Manchester United terutamanya lelaki yang membesar bersama kehebatan lagenda-lagenda ini berita ini sememangnya satu tamparan emosi.
Sempena pelancaran jersi musim 2025/26, Megastore rasmi kelab di Old Trafford mula memperkenalkan satu polisi baharu yang melarang cetakan nama pemain legenda pada jersi yang dijual. Ini termasuk tiga ikon besar kelab: Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Eric Cantona.
Menurut kenyataan rasmi daripada kelab dan laporan media seperti Sports Ration, perubahan ini berlaku kerana isu hak milik intelektual dan pelesenan. Tiga lagenda ini memiliki hak eksklusif terhadap nama dan imej mereka dan tanpa kebenaran rasmi daripada mereka, kelab tidak lagi dibenarkan mencetak nama tersebut pada sebarang jersi terkini, termasuk rekaan semusim lalu.
Dengan kata lain, hak komersial mengatasi sentimentaliti peminat.
Manchester United turut mengesahkan bahawa hanya nama pemain dalam skuad semasa sahaja dibenarkan untuk dicetak pada jersi baharu. Ini bermakna, jika anda masih ingin memakai nama CR7 atau Beckham di belakang jersi, anda perlu cari alternatif sama ada beli jersi lama atau cetak sendiri melalui vendor tidak rasmi.
Lebih mengejutkan, kelab juga tidak membenarkan cetakan nama lama ke atas rekaan jersi terdahulu, walaupun jersi tersebut masih dalam stok.
Seorang penyokong, @Smnllyd5, berkongsi di X:
“Bawa anak saya untuk beli jersi baharu tempoh hari. Tak tahu pula kelab dah tak benarkan percetakan nama Cantona, Beckham atau Ronaldo pada jersi.”
Ramai yang turut menyuarakan rasa kecewa, namun dalam masa sama faham bahawa dunia bola sepak hari ini bukan sekadar tentang sukan—ia tentang undang-undang, pelesenan dan nilai jenama.
Walaupun tiada lagi nama CR7, Beckham & Cantona pada jersi MU secara rasmi, ini bukan noktah kepada legasi mereka. Lelaki hebat tidak perlukan nama di belakang jersi untuk diingati. Yang penting, attitude di luar padang
, gaya hidup yang konsisten, dan semangat juang yang tak pernah pudar.Teruskan menyokong dengan penuh bangga. Kerana lelaki MASKULIN tak mudah dilupakan—sama seperti lagenda Old Trafford.
BACA LAGI : Kenapa Jersi Bola Sepak Kini Lebih Ketat? Ini Sebabnya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.