Bab penjagaan betul rambut perlu diberikan perhatian khusus agar ia sentiasa sihat dan nampak menarik. Ingat, rambut merupakan antara aspek penting penampilan anda kerana ia merupakan antara anggota badan yang menjadi fokus komunikasi secara langsung.
MASKULIN kongsikan beberapa tip penjagaan rambut yang boleh anda amalkan.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
Ads
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN
Ads
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ads
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk dijaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah. Jangan hanya wajah sahaja yang nampak cerah tapi kulit tangan kusam.
Tidak perlu produk mahal, seorang wanita bernama Eina Shukry berkongsi rahsianya miliki kulit tangan dan kaki cerah dalam masa singkat hanya menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline. Ingin cuba? jom ikuti perkongsiannya.
Boleh guna pada seluruh badan
Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.
Amalkan dalam masa sebulan
Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Polish setiap malam & inilah hasilnya
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Cara pakai
Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
Nota tambahan
1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.
Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kelemumur boleh menyerang kulit kepala semua golongan tak kira lelaki mahupun wanita. Kelemumur adalah keadaan dimana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.
Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan diatas kulit kepala boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.
Jika ia tumbuh sikit-sikit rasanya okay lagi, tapi kalau dah berkeping-keping tu, euww tengok pun geli. Bila kelemumur terlalu banyak, kadangkala ia boleh dilihat gugur pada baju. Ada juga individu yang malu apabila ditegur.
Jadi, apa yang korang boleh buat untuk merawat masalah kelemumur ini? Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti-kelemumur. Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik-sisik kelemumur perlahan-lahan dengan sikat atau berus rambut.
Berikut adalah jenis-jenis syampu yang disyorkan oleh Public Health Malaysia untuk merawat masalah kelemumur.
1. Syampu berasaskan Tar
Neutrogena T/Gel
Memperlahankan kematian sel kulit kepala
2. Pyrithione Zink Shampoo
Derma Zink
Anti-bakteria dan anti-kulat
3. Syampu Selenium Sulfide
Salsun Blue, Head & Shoulder Intensif
Mengandungi anti-kulat
4. Syampu dengan Salicylic Acid
Neutrogena T/Sal, Baker’s P&S
Untuk membuang sisik kelemumur
5. Syampu dengan Ketoconazole
Bagi korang yang mempunyai masalah kelemumur, bolehlah cuba untuk mencari syampu-syampu seperti yang dinyatakan diatas. Namun, sekiranya penggunaan syampu tidak berkesan, dapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada doktor pakar.
Memang sakit hatikalau kita dah bayar beratus ringgit tapi apa yang dapat rupanya perfume tiruan!
Sebenarnya sudah ramai yang jadi mangsa penipuan penjualan perfume tiruan. Alasan biasa yang kita dengar ialah ‘perfume reject kilang’. Lalu dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran.
Apatah lagi produk tiruan kini semakin hari semakin nak menyamai rekaan yang asli. Jadi janganlah anda jadi mangsa membeli perfume tiruan dengan harga original!
MASKULIN ingin kongsi 9 cara macam mana nak kenal pasti minyak wangi tiruan di bawah!
Periksa Kotak & Bungkusan
Pertama sekali adan harus perinksa bagaimana minyak wangi tersebut dibungkus. Bungkusan kotak original biasanya lebih kemas berbanding dengan yang tiruan. Walaupun tak berapa ketara, namun jika anda perhatikan betul-betul, pasti anda dapat lihat perbezaannya.
Seal Yang Kemas
Sekiranya seal pada pembungkus plastik kelihatan tidak kemas dengan ada lebihan gam yang ketara dan sebagainya, maka secara sah itu adalah minyak wangi yang yang bukan original!
Papan Kertas
Kotak minyak wangi original diperbuat daripada bahan-bahan kertas yang berkualiti. Ia bertujuan untuk melindung botol minyak wangi itu daripada sebarang kerosakan. Di dalamnya terdapat sekeping papan kertas yang meletakkan botol kekal pada tempatnya. Ia sepatutnya berwarna putih dan bukannya kelabu.
Kadangkala rekaan kotak minyak wangi palsu memang seakan sama. Akan tetapi jika anda perhatikannya betul-betul, pasti akan perasan bahawa kekemasan pada tulisan di kotaknya agak berbeza dengan yang asli. Corak di kotak palsu tidak kemas dan sedikit serabut. Anda juga boleh periksa maklumat yang tertera pada kotak itu dan bandingkan dengan yangh original dengan carian di Internet.
Rekaan Botol
Ini merupakan perbezaan yang yang paling mudah untuk dikesan terutamanya di kalangamereka yang peminat minyak wangi sejati.
Warna Perfume
Pola warna pada minyak wangi original kelihatan sedikit pucat berbanding dengan yang palsu. Kebiasaannya minyak wangi palsu lebih terang daripada yang asli. Ini disebabkan kebanyakan minyak wangi palsu menggunakan banyak pewarna.
Penutup Botol
Penutup botol minyak wangi yang original adalah mempunyai garis simetri tanpa sebarang cacat cela. Beza jauh dengan yang palsu.
Nombor Siri
Anda juga boleh semak nombor sirinya. Ia sepatutnya tertera dengan jelas pada bahagian bawah botol dan bukannya digam. Selain itu, nombor siri pada botol minyak wangi ini haruslah serupa dengan nombor yang tertertera pada kotaknya.
Botol
Akhir sekali anda juga boleh periksa dengan melihat keadaan pada botol minyak wangi itu. Produk original memiliki bentuk botol yang sempurna dan rata tanpa sebarang cacat-cela. Sekiranya anda perasan ada yang tak kena dan syak bahawa ia produk palsu tukarkan pembelian anda dengan yang baru ataupun anda boleh laporkan sahaja kepada pihak berkuasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.