Timberland Perkenalkan Koleksi FW2021 Menampilkan Pakaian & Kasut Lebih Mesra Alam

Share

Sejak beberapa tahun sudah jenama outdoor popular global, Timberland telah mula memperkenalkan produk serta menjalankan kempen mesra alam sekitar menerusi produknya.

Komitmen yang diberikan oleh Timberland dengan penggunaan material kitar semula dan mesra alam juga menjadi bukti dedikasi mereka terhadap kelestarian dunia. Begitu juga untuk koleksi terbaru mereka yang diperkenalkan sempena Fall/Winter 2021.

Untuk koleksi kali ini. Timberland menampilkan koleksi yang digelar mereka sebagai ‘eco-ready’. Material yang digunakan bukan sahaja ringan malah menyediakan kepelbagaian fungsi.

Lebih menarik lagi, ia menggunakan bahan dari proses kitar semula dan ia diambil daripada sumber yang dipercayai dan berkredibiliti.

Walaupun jenamanya lebih sinonim dengan aktviti outdoor, namun koleksi ini cukup sesuai buat pengembaran dunia ‘hutan konkrit’ yang mementingkan pakaian selesa.

Seleksi pakaian dan kasut yang ditawarkan menerusi koleksi ini turut tampil dengan rekaan yang lebih moden dan menggunakan warna lebih terang dan berani, sinonim dengan lanskap urban.

Koleksi FW2021 dari Timberland ini juga merupakan sebagai salah satu sokongan kepada objektif jenamanya yang ingin memberikan impak positif dalam kempen ‘Nature by 2030’. Antara teknologi mesra alam yang diketengahkan ialah ReBOTL yang dihasilkan daripada 50 peratus plastik kitar semula.

Manakala penggunaan kulit pada kasut pula datang daripada material yang diberikan rating silver oleh Leather Working Group. Ia di atas penggunaan efisien air, tenaga dan hasil buangan minima dalam penghasilannya.

Ortholite pula digunakan pada insole kasut untuk memberikan keselesaan berpanjangn bagi penggunaan kesual serta harian.

Di antara pakaian yang menarik menerusi koleksi ini ialah Re-Comfort EK+ Overshirt With Refibra Fabric, Eco Ready Softech Coach Jacket dan DWR Workwear Coach Jacket. Koleksi kasut pula menyaksikan sulhoutte Supaway Fabric Oxford, Supaway Leather Chukka dan Supaway Fabric Oxford.

IKLAN