Tinggalkan Karier Model Untuk Jadi Tukang Kebun, Lelaki Kacak & Sado Ni Jatuh Cinta Dengan Landskap Di Jepun

Share

Kerana terlalu meminati landskap, seorang lelaki dan juga model kacak yang berasal dari Sweden ini, Jakob Sebastian Björk yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia glamour nya dan menjadi tukang kebun di Jepun. Impian itu bermula setelah Jakob yang juga seorang ahli bina badan jatuh cinta dengan negara matahari terbit ini dan turut memohon menjadi warganegara tetap Jepun.

 

 

Turut Mendapat ‘Nama Jepun’

Kerana begitu meminati landskap di Jepun, Jakob turut mendalami ilmu menghias gubahan pokok-pokok sehingga dikenali sebagai ‘Tatsumasa Murasame’ di mana nama itu telah diberi oleh ‘guru’ nya sendiri.

Melihatkan rupa parasnya yang kacak serta badan yang sasa, Jakob kini begitu terkenal sebagai tukang kebun yang kacak di Jepun!

Bukan itu sahaja, meskipun tidak lagi menetap di Sweden, minatnya terdahulu dalam seni bina badan tetap diteruskan dan turut mencipta nama di negara impian nya itu.

Sumber : Nextshark.com

IKLAN