Tip Cuci Topi Besbola Atau Cap Agar Kualiti Fabrik Terjaga & Kekal Bentuk Asal

Share

Dalam dunia fesyen lelaki, topi besbol telah melonjak daripada aksesori sukan semata-mata kepada lambang gaya yang wajib ada.

Jika wanita mempunyai pelbagai jenis aksesori kepala untuk dieksplorasi, lelaki pula cenderung kepada pilihan yang lebih ringkas, dan di sinilah topi besbol menyerlah sebagai pilihan utama.

Ia bukan sahaja menjadi sinonim dengan gaya harian yang versatil, tetapi juga penyelamat fesyen dalam pelbagai situasi.

Melangkaui fungsi asalnya sebagai pelindung daripada sinaran matahari atau ‘penyelamat’ buat mereka yang berdepan masalah rambut, topi besbol kini berevolusi.

Ia kini menjadi medium ekspresi fesyen yang berani, mencerminkan personaliti dan melengkapkan apa jua penampilan, daripada kasual hingga ke smart-kasual. Memilih topi besbol yang tepat bukan lagi hanya tentang fungsi, tetapi tentang membuat kenyataan gaya.

Image by Freepik

Harga topi yang berkualiti juga tidaklah murah. Jadi sangat penting untuk anda sebagai penggunanya menjaga topi dengan baik. Selain aspek kebersihan menjaga bentuk topi juga sangat penting!

Berikut 10 cara bagaimana anda boleh ikuti untuk cuci dan jaga topi dengan baik!

JAGA BENTUK TOPI

Hindari meremas atau melipat topi dengan kasar. Jika perlu menyimpannya, letakkan di atas permukaan datar agar bentuknya tetap terjaga.

CUCI TANGAN

Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh topi untuk menghindari anda memindahkan kotoran ke arah permukaan topi.

BUANGKAN DEBU

Goyangkan topi secara pwrlahan-lahan untuk hilangkan debu dan kotoran ringan yang menempel di permukaannya.

Image by Freepik

SAPU DENGAN LEMBUT

Gunakan berus gigi lembut atau berbulu halus untuk membersihkan kotoran ringan atau pada topi

BERSIHKAN TANGAN

Sebelum melakukan cucian pada topi, pastikan anda bersihkan tangan terlebih dahulu.

CUCI SECARA MANUAL

Jika topi anda sangat kotor dan berbau, rendamkannya di dalam air suam dengan sedikit sabun lembut. Gunakan span atau kain lembut untuk membersihkan topi dengan lembut. Ingat, jangan gosok terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan material atau rekaan jahitan pada topi.

BILAS DAN BERSIH

Pastikan semua sabun dihilangkan dengan menyiram topi dengan air bersih.

BACA: Petarung MMA Dakwa Tindakannya Hanya Untuk Mempertahankan Diri

JANGAN PERAH

Bagi proses pengeringan pertama sekali anda harus ingat ialah jangan sesekali memerah atau meramas topi. Dan jangan juga gunakan mesin oengering untuk mengeringkannya. Biarkan topi kering secara semula jadi dengan meletakkannya di atas permukaan datar. Elakkan juga jemur secara terus di bawah sinaran matahari.

Image by wayhomestudio on Freepik

JANGAN GUNA PEMUTIH

Hindari menggunakan pemutih atau bahan kimia keras lain kerana ia boleh merosakkan warna dan material pada topi.

SIMPAN DENGAN BAIK

Simpan topi di tempat yang kering dan terlindung dari kelembaban untuk mencegah pertumbuhan kulat dan bau yang kurang enak.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim