
Pernah terkantoi beli minyak wangi mahal tapi baunya tak tahan lama? Atau lebih parah, baunya jadi pelik bila bercampur dengan peluh?
Anda tidak keseorangan. Realitinya, mencari wangian yang betul-betul ‘kena’ dengan karakter dan kimia badan kita memang satu cabaran.
Kesilapan terbesar? Beli sebab jenama tengah popular. Setiap individu itu unik, jadi strategi memilih juga mesti berbeza. Jangan takut untuk jadi cerewet—ini duit anda. Untuk elak anda buang duit lagi, MASKULIN dah siapkan game plan
dengan tip padu untuk anda.Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
BACA: 10 Perfume Lelaki Bau Paling Tahan Lama Pilihan MASKULIN!
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
BACA: 5 Perfume Patut Elak Di Negara Bercuaca Panas Seperti Malaysia
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.