Tip Guna ‘Google’ Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kerja Pasti Jadi Lebih Mudah

Share

Dalam dunia Internet rasanya nama Google tidak perlu lagi diperkenalkan. Hampir setiap hari apa sahaja maklumat yang kita inginkan pasti akan dapat dicari dengan mudah dengan menggunakan enjin carian Google.

Malah kini perkataan ‘Google’ itu sendiri telah berkembang dalam perbualan seperti satu kata kerja. Tak tahu apa, hanya perlu ‘Google’ sahaja!

Selain memasukkan kata carian yang anda ingin secaterus tahukah anda terdapat beberapa tip penggunaan Google yang lebih mantap dan mampu membantu melancarkan tugasan anda?

Berikut MASKULIN kongsikan 8 tip menggunakan Google yang ramaiorang tak tahu!

1. Anda boleh membuang keputusan carian yang tidak diperlukan hanya dengan menambah simbol tolak (-) di belakang. Sebagai contoh anda ingin lakukan carian perkataan ‘rambut lelaki -2022’. Ini bermakna carian pada tahun 2022 tidak akan dipaparkan.

2. Untuk membuka tab Chrome yang baharu sahaja anda tutup hanya perlu tekan Ctrl + Shift + T. Jadi jika tak sengaja tertutup mana-mana tab anda tidak perlu lagi risau!

3. Dengan menggunakan tanda petik untuk perkataan anda boleh lakukan carian dengan lebih tepat dengan perkataan tersebut. Kesemua keputusan carian mengandungi perkataan tersebut.

4. Penggunaan simbol tilde (~) pula membantu carian anda lebih sinonim dalam setiap keputusan.

5. Jika anda ingin melakukan carian dalam jangka waktu masa tertentu boleh digunakan dengan menambah dua noktah atau ‘two periods’.

Contoh: filem 2010..2019

Rujuk keputusan carian menerusi gambar di bawah.

6. Untuk mencari keputusan caruan berdasarkan jenis fail anda boleh menambah perkataan filetype dan jenis fail yang ingin dicari.

Contoh; Blackpink filetype:pdf

7. Dapatkan keputusan carian untuk lokasi tertentu dengan menggunakan cara berikut. Masukkan kata carian dan tambah lokasi yang anda ingikan.

Contoh: Blackpink location: London

8. Manakala tip terakhir ini pula anda untuk anda melakukan browsing dengan lebih selamat atau dalam erti kata lain didak akan dijejak berdasarkan history. Ketika menggunakan Chrome anda perlu tekan Ctrl + Shift + N.

Ia juga dikenali sebagai ‘incognito mode’.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda melayari dunia digital dengan menggunakan Google dengan lebih baik.

IKLAN