Tip Berjoging Supaya Tak Mengah Untuk Beginner

Share

Ramai yang suka lakukan aktiviti berjoging. Selain bagus untuk meningkatkan kualiti minda dan terhindar dari penyakit berbahaya, ia juga boleh mengurangkan depresi.

Dengan berjoging boleh menguatkan otot dan tulang pelari. Ia juga merupakan antara aktiviti sukan yang dapat memberi manfaat hampir ke seluruh badan.

Jika anda baharu sahaja memulakan aktiviti ini, penjagaan kaki adalah penting, selain menjaga makan dan stamina. Pilihlah kasut yang betul dan mempunyai fungsi terhadap larian anda.

Di sini MASKULIN kongsikan tip dari Kementeriaan Kesihatan Malaysia berkenaan joging untuk beginner!

1. Buat regangan badan sebelum & selepas selama 5-10 minit.


2. Pakai kasut yang sesuai untuk berlari dengan selesa dan mengurangkan risiko kecederaan.


.

3. Sebagai permulaan, lari 3km secara santai dahulu.

4. Jangan lupa, lakukan senaman bebanan juga ye!

IKLAN