Tip Pakai Minyak Wangi Di Lokasi Paling Sesuai Agar Tahan Lama & Lebih Kuat

Share

MASKULIN perhatikan ramai jugha lelaki yang seolah-olah mengabaikan perkara ini pada diri mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa lelaki yang berbau harum merupakan antara karakteristik lelaki seksi di mata wanita?

Dengan sedikit semburan dan haruman di badan anda mampu memberikan persepsi pertama yang sangat baik terutamanya di mata wanita. Ingat, karakter lelaki MASKULIN bukan hanya pada fizikal dan otot ‘sado’ sahaja.

BACA: 9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Namun tahukah anda bahawa terdapat cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi agar ia lebih tahan lama dan berbau lebih sedap?

Jangan main sembur saja kerana ia mungkin merugikan wang anda. Iyalah, harga minyak wangi pun bukanlah murah.

Jadi di bahagian manakah perlu kita semburkan minyak wangi pada badan? Badan kita mempunyai lokasi yang mempunyai denyutan nadi di mana ia berdenyut dekat dengan permukaan kulit. Di kawasan nadi inilah badan kita banyak mengeluarkan haba. Dan jika minyak wangi disembur di kawasan ini, ia pasti berbau lebih kuat.

Rujuk gambarajah di bawah untuk ketahui lokasi poin denyutan nadi sesuai untuk semburan minyak wangi;

Lokasi denyutan nadi:

  • Belakang telinga
  • Bawah leher
  • Dada
  • Bahagian dalam siku
  • Pergelangan tangan
  • Belakang lutut

TIP UNTUK MELAKUKAN SEMBURAN

  • Spray minyak wangi terus ke bahagian kulit, bukan di pakaian
  • Mulakan dengan 1/2 atau 1 semburan. Anda boleh tambah semburan kemudian
  • Semburkan pada bahagian kulit yangh paling lembab
  • Jangan gosokkan minyak wangi di atas kulit

Selamat mencuba!

IKLAN