Tip Pilih Saiz Baju Melayu Dengan Betul, Barulah Bila Pakai Rasa Ngam & Sedap Bergerak

Share

Hari ini kita telah masuk hari ke-19 dalam bulan Ramadan menandakan 19 hari juga kita telah berpuasa. Ini bermakna kita ada lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri.

MASKULIN yakin ramai di antara anda sekarang sedang berkira-kira untuk membeli baju raya terutamanya Baju Melayu. Rasanya tidak sah untuk seorang lelaki tampil segak dengan Baju Melayu lengkap digayakan dengan samping.

Di pasaran sekarang terdapat banyak jenama dan jenis bahan kain yang digunakan. Setiap satunya dipasarkan dengan kelebihan tertentu seperti kai tidak panas dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Namun tahukah sebenarnya untuk mendapatkan keselesaan maksima memakai Baju Melayu adalah dengan memilih saiz yang betul. Dengan segala macam jenis potongan yang ada sekarang mungkin boleh buat anda keliru.

Untuk memilih saiz Baju Melayu yang anda perlu mengetahui ukuran bahagian badan yang berbeza seperti ukuran dada, pinggang, dan panjang tangan.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah mudah untuk membantu anda memilih saiz Baju Melayu yang betul:

Ukuran Dada

Anda perlu mengukur bahagian dada di bawah ketiak. Ukur keliling dada anda dengan meteran kain dan pastikan ia selesa tetapi tidak terlalu longgar.

Ukuran Pinggang

Bagi bahagian pinggang pula anda harus mengukur di bahagian terkecil. Ukur keliling pinggang anda dengan meteran kain dan pastikan ia selesa tetapi tidak terlalu longgar.

Foto: Armaan

Panjang Lengan

Anda perlu mengukur dari bahagian tengah belakang leher hingga ke tangan anda. Pastikan untuk mengukur dari bahagian belakang baju anda.

Rujuk Carta Saiz

Setiap jenama Baju Melayu di pasaran mempunyai carta saiz yang berbeza. Rujuk carta saiz untuk jenama baju yang anda minati dan gunakan ukuran badan anda untuk memilih saiz yang betul.

Cuba Saiz Berbeza

Sekiranya anda tidak pasti dengan saiz yang betul, cuba beberapa saiz yang berbeza dan pilih yang terbaik.

Saiz Seluar

Kebiasaannya untuk Baju Melayu ready-to-wear akan hadir dengan seluar menggunakan getah di sebahagian keliling pinggang. Jadi untuk seluar anda usah risau kerana ukurannya tidak begitu rumit.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat membeli-belah baju raya!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan Baju Melayu yang berkualiti seperti foto di atas di sini ya!

IKLAN