Gaya Hidup

Tip Tukar Kepala Paip Shower Masih Menitis Walaupun Ditutup Sehabis Ketat

Share

“Abang kenapa tak tukar-tukar lagi kepala paip dalam bilik mandi tu, asyik menitik saja!”

Mungkin itulah senarionya apabila kepala paip mandi atau stop cork shower di bilik air rumah anda sudah bocor dan menitik. Walhal ia sudah ditutup dengan ketat menggunakan kudrat jantan anda.

Bukan sahaja anda sakit kepala mendengar bebelan isteri malah air yang menitik akibat kebocoran itu juga boleh merugikan dan dalam pada masa yang sama membuatkan lantai bilik air basah setiap masa.

Nak tukar kepala paip show yang melekat di dinding ini bukanlah senang seperti nak tukar kepala paip di sinki. Kena guna cara yang teliti. Tapi usah risau, MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian yang sangat berguna dari saudara Salleh Tumari.

Perkongsian tersebut menunjukkan bagaimana dia menukar stop cork shower dengan hanya lapan langkah sahaja. Ikuti perkongsian beliau di bawah!

————————————-

8 LANGKAH TUKAR STOP CORK SHOWER

Saya nak share cara saya tukar stop cork untuk shower di bilik air saya. Bila tutup stop cork, air masih keluar di shower. Boleh penuh air 1 baldi.

1. Cabut kepala stop cork dengan locking pliers dan adjustable wrench spanner

2. Buat ruang lubang di keliling stop cork dengan drill

3. Korek simen dalam mozek dengan besi dan tukul


4. Bila locking pliers boleh grip stop cork

5. Buka stop cork ikut arah lawan jam

6. Cari stop cork baru yang boleh masuk dengan PEMBUKA PLUG MOTO

7. Ikat stop cork mengikut arah jam

8. Tutup lubang dengan WHITE CEMENT

SELAMAT MECUBA!

Anda juga boleh ikuti tutorial beliau menerusi video di bawah ya!

Kredit: Salleh Tumari

IKLAN