
Foto : The Rakyat Post
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, media sosial dipenuhi video dan gambar minuman hijau pekat yang dikenali sebagai matcha.
Daripada latte di kafe hipster sehinggalah campuran smoothie dan pencuci mulut, matcha kini menjadi trend di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Tapi persoalannya, adakah matcha benar-benar baik untuk kesihatan, atau sekadar hype?
Matcha ialah serbuk teh hijau halus yang berasal dari Jepun.
Berbeza dengan teh hijau biasa yang direndam, matcha dibuat dengan mengisar daun teh hijau berkualiti tinggi hingga menjadi serbuk, lalu dibancuh terus ke dalam air atau susu.
Ini bermakna kita meminum keseluruhan daun, bukan sekadar ekstraknya.
@klskyclinic Geng HEALING suka matcha sebab katanya “bagi calm”. Tapi… kenapa? Sebenarnya dalam matcha ada satu kompaun unik yang jarang orang tahu L-theanine. Ini bukan bahan asing, tapi sejenis asid amino semulajadi yang ada dalam daun teh, dan sangat tinggi dalam matcha. 🧠 Kajian tunjuk L-theanine bantu: ✔️ Tingkatkan gelombang alpha dalam otak, ini gelombang orang yang fokus tapi tenang ✔️ Kurangkan tekanan mental tanpa sebabkan rasa mengantuk ✔️ Seimbangkan kesan kafein — jadi anda rasa alert, tapi bukan gelisah Dan sebab matcha ni datang dari daun teh yang dikisar halus (bukan rendaman), kita dapat lebih banyak L-theanine berbanding teh hijau biasa. Kalau anda jenis yang mudah stres waktu kerja, cepat burn out, tapi nak elak minuman manis tinggi gula, matcha adalah alternatif yang bijak. Yang penting: cari matcha yang berkualiti ceremonial grade, bukan sekadar warna hijau cantik. #matcha #greentea #antioxidant #klskyclinic #drshashikumar ♬ original sound – theklskyclinic
Matcha mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, terutamanya catechin yang membantu melawan radikal bebas dan melindungi sel daripada kerosakan.
Matcha mengandungi kafein, tetapi lebih perlahan dilepaskan berbanding kopi.
Ia juga mengandungi L-theanine, asid amino yang membantu menenangkan minda sambil mengekalkan fokus.
Sesetengah kajian menunjukkan catechin dalam matcha dapat membantu mempercepat pembakaran kalori dan menyokong penurunan berat badan jika diambil bersama gaya hidup sihat.
Warna hijau matcha yang pekat datang daripada klorofil, yang dipercayai membantu proses detoksifikasi badan.
Walaupun matcha terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti meningkatkan fokus, memberi tenaga berpanjangan dan kaya dengan antioksidan, ia bukanlah minuman ajaib yang boleh diminum tanpa had.
Seperti mana-mana makanan atau minuman lain, matcha juga mempunyai risiko tertentu jika diambil secara berlebihan.
Pertama, matcha masih mengandungi kafein, walaupun jumlahnya lebih rendah berbanding kopi.
Kafein dalam jumlah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah seperti berdebar-debar, sukar tidur, sakit kepala atau ketidakselesaan pada perut.
Kedua, kualiti serbuk matcha sangat penting. Matcha yang berkualiti tinggi, biasanya dikenali sebagai ceremonial grade, dibuat daripada daun teh hijau yang dipetik dengan teliti dan digiling halus.
Sebaliknya, matcha murah atau berkualiti rendah mungkin mengandungi bahan tambahan dan berpotensi mempunyai kandungan plumbum yang lebih tinggi akibat pencemaran tanah.
BACA LAGI : Makan Lebih 9 Ulas Durian Boleh Gemuk? Ini Fakta Ramai Tak Tahu!
Ini bukan sahaja menjejaskan rasa, malah boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan jika diambil secara kerap.
Akhir sekali, perhatikan kandungan gula. Banyak minuman matcha yang dijual di kafe, terutamanya matcha latte, mengandungi gula dalam jumlah yang tinggi untuk menambah rasa manis dan mengurangkan rasa pahit matcha.
Walaupun ia membuatkan minuman lebih sedap, kandungan gula berlebihan boleh menjejaskan manfaat kesihatan matcha dan meningkatkan risiko masalah seperti kenaikan berat badan atau kencing manis.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.