Gaya Hidup

Trik Cepat & Mudah Gosok Baju Yang Berlambak, Seterika Dengan Aluminium Foil

Share

Dek kerana baju berlambak-lambak belum digosok, rasa malas ada kalanya timbul dan hasut kita untuk bertangguh.

Manakan tidak, ambil satu masa untuk seterika baju pun sudah beberapa minit. Lainlah kalau masa menggosok itu dapat dijimatkan.

Jom selesaikan masalah

Sebenarnya ada caranya untuk menggosok baju dengan lebih pantas sekali gus dapat menjimatkan masa anda.

Menurut seorang pengguna Facebook, Puan Afnee Baker ada berkongsi tip DIY yang boleh dilakukan orang ramai untuk mendapatkan papan seterika yang superb!

Nak tahu bagaimana, caranya adalah seperti berikut yang menggunakan :

Bahan-bahan

  • Aluminium foil
  • Kain / Sarung seterika
  • Stapler / Double sided tape

*Saiznya bergantung kepada papan seterika (ironing board) masing-masing

Cara-caranya

1. Tetapkan saiz aluminium foil

Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!

2. Balutkan aluminium foil

Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya. Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.

3. Sarungkan dengan kain

Lepas dibalut dengan aluminium foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada. Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Menurut Puan Afnee, kain yang digunakannya ini cuma kain lebihan buat cadar semasa beliau di hostel dulu. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!

4. Siap

Itu saja langkahnya. Sekarang bersedialah untuk anda melihat kesan magikalnya!

Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja.

Cuba tengok macam dalam gambar di bawah ini. Wah, hebat bukan? Ini hasilnya. Sekali gosok saja, kedutan di kedua-dua belah permukaan akan hilang!

Semoga perkongsian daripada Puan Afnee Baker ini bermanfaat untuk orang ramai.

Sumber : Puan Afnee Baker

IKLAN