
TUMI menyambut ulang tahun ke-50 dengan penuh gaya menerusi koleksi Fall 2025 yang diinspirasikan oleh New York City.
Koleksi ini bukan sekadar seleksi beg baharu, tapi sebuah penghormatan kepada evolusi jenama global ini, yang telah lima dekad mendefinisikan inovasi dan prestasi dalam dunia travel dan gaya hidup.
Setiap rekaan kali ini membawa semangat warga kota yang bergerak pantas, kreatif dan dinamik mereka yang sentiasa mahu ke depan.
Antara sorotan utama koleksi ini ialah cetakan grafik dikenali sebagai Poster Print gaya visual menyerupai poster koyak di jalanan kota yang penuh lapisan maksud.
Motif ini menghiasi pilihan dalam koleksi Alpha, Alpha Bravo dan Voyageur, menambah elemen bold dan seni jalanan ke dalam rekaan yang sememangnya maskulin.
Koleksi Alpha Bravo tampil dengan warna asas baharu iaitu Navy Coated Canvas, interpretasi moden kepada rona hitam klasik yang ikonik.
Warna musiman lain seperti Pavement dan Electric Blue membawa vibe kota metropolitan terus ke dalam beg anda.
Model-model seperti Surveillance Flap Backpack dan Roadstead Messenger direka untuk lelaki aktif yang mahukan rekaan tahan lasak, tapi tetap bergaya.
Rangkaian mewah Arrivé, diinspirasikan dunia automotif, tampil dengan kemasan gentian karbon dan magnetic zipper garages yang kedap dan senyap.
Pilihan seperti Arrivé Large Backpack serta Hannover Slim Brief jelas ditujukan kepada lelaki profesional yang tak mahu berkompromi antara fungsi dan prestij.
Sementara itu, koleksi Harrison memperkenal gaya baharu Griffen Flap Backpack serta warna unik Burnished Wine Ombre, gradasi mewah yang menyerlahkan tekstur kulit whole-grain dengan sangat halus.
Walaupun TUMI sinonim dengan gaya lelaki, koleksi wanita turut tidak kurang hebat.
Voyageur Just In Case® kembali dengan corak graffiti spray paint yang lebih berani, hadir dalam tiga saiz baharu dan warna seperti Mink, TUMI Red dan Wine.
Koleksi Olas pula menampilkan siluet minimalis dengan bentuk lembut, manakala Agent menggabungkan kulit ringan dan kemasan logam elegan untuk penampilan yang refined dan versatile.
Rangkaian ikonik 19 Degree kembali dalam warna-warna yang mencerminkan suasana taman bandar iaitu Wine, Pavement dan Moonrock.
Sama ada dalam versi Lite atau Polycarbonate, setiap unit membawa garisan kontur TUMI yang ikonik, sesuai untuk yang menghargai gaya dan kepraktisan.
Satu kejutan dalam koleksi Fall 2025 ialah kemunculan 19 Degree Aluminum Bar Set, set gaya hidup premium lengkap untuk mencipta koktel mewah, termasuk kad resepi dan bekas aluminium berkontur.
BACA LAGI : 10 Seleksi Baju Polo Paling Menarik Pilihan MASKULIN
Sebagai pelengkap sambutan ulang tahun ke-50, TUMI menampilkan warna ikonik TUMI Red Pantone dalam koleksi khas bukan sekadar warna, tetapi lambang semangat jenama ini sejak 1975.
Ia menyatukan elemen masa lalu dan masa depan, dalam satu nada merah yang berani dan berpengaruh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.