Gaya Hidup

Turun Berdakwah Di Lorong Hitam, Ebit Lew Digelar ‘The Real Of Ustaz Adam’

Share

Mengakhiri saat-saat Ramadan yang bakal berlalu pergi, pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew menggerakkan misi berdakwah di lorong hitam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ebit Lew turun padang bertemu dengan golongan transgender dengan niat, semoga semua yang terlibat kembali ke jalan Allah S.W.T

Bertemu dengan banyak kisah

Kongsi Ebit Lew menerusi laman Instagramnya, ada yang mengaku berkerja dalam dunia gelap itu untuk membiayai anak-anaknya yang belajar di Mesir.

Ada juga yang menangis kerana bertemu cahaya keimanan biarpun masyarakat umum jijik dan menyisihkan mereka tanpa sebarang penyelesaian.

Digelar ‘The Real of Ustaz Adam’

Menariknya tentang perjuangan dan keberanian Ebit Lew ini, wargamaya berpendapat pendakwah terkenal ini adalah ‘The Real of Ustaz Adam’.

Ustaz Adam adalah sebuah watak yang diwujudkan menerusi drama bersiri Nur & Nur 2 di mana Ustaz Adam sering ke lorong hitam untuk berdakwah.

Semoga Allah balas jasa

Dalam masa sama, pengikut Ebit Lew turut menzahirkan rasa syukur kerana masih ada insan yang penyayang dan cuba menyelamatkan saudara yang tersasar.

“Semoga Allah balas jasa Ebit Lew dan semoga golongan mak nyah atau pondan tergerak hati untuk kembali ke fitrah asal,” tulis Ariana Zahir menerusi ruang komen.

IKLAN