Fesyen

Uniqlo Tampilkan “Street Fighter” & “Tekken” Pada Kemeja-T Terbaharu

Share

Jenama pakaian digemari ramai Uniqlo mengumumkan koleksi baharu kemeja-T grafik yang bakal dilancarkan, menampilkan rekaan yang diilhamkan dari permainan ikonik Street Fighter dan Tekken.

Pakaian ini akan mula memasuki pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2024, dengan tiga rekaan dari koleksi Street Fighter dan tiga dari Tekken.

Street Fighter

Rekaan Round 1 menampilkan watak legenda Ryu di bahagian hadapan, manakala bahagian belakang pula watak itu dalam bentuk logo

Logo ikonik untuk Street Fighter II yang paling terkenal dalam siri permainan ini menghiasi bahagian hadapan kemeja T rekaan Round 2. Di bahagian belakang pula menampilkan lukisan tangan istimewa pencipta permainan ini.

Bagi rekaan Round 3, ia diilhamkan dari Street Fighter 6, siri paling terbaharu permainan ini yang dilancarkan pada Jun 2023. Bahagian hadapannya menampilkan watak utama baharunya, Luke.

Tekken

Rekaan Round 1 menampilkan watak utama dari permainan TEKKEN yang pertama dalam reka bentuk jarum kecil di bahagian hadapan, dan ilustrasi kumpulan yang menunjukkan watak tersembunyi permainan di bahagian belakang.

Round 2 pula menampilkan watak kegemaran peminat King yang muncul di tengah-tengah logo Tekken 2, salah satu permainan paling popular dalam siri ini.

Logo siri permainan keluaran baharu 2024, Tekken 8 dicop pada bahagian hadapan baju Round 3, dengan tajuk untuk permainan lain dalam siri ini dibarisi di bahagian belakang.

IKLAN