Vans Bakal Perkenal Kolaborasi ‘Harry Potter’, Mungkin Ini Kasut Raya Anda Nanti!

Share

Beberapa minggu lalu Vans telah mengumumkan tentang sebuah kolaborasi menarik mereka bersama siri novel dan filem popular, ‘Harry Potter’.

Kolaborasi seperti ini bukanlah satu perkara asing bagi jenama kasut skateboard ini kerana mereka juga pernah melakukan perkara sama bersama artis serta jenama lain seperti David Bowie, Metallica, NASA, Supreme dan banyak lagi.

Menerusi foto awal yang dikeluarkan, Vans x Harry Potter menampilkan sebanyak empat rekaan kasut dengan setiap satunya mewakili setiap house berbeza dalam Hogwarts School of Witchcraft.

BACA: Koleksi Limited Edition Adidas Basketball x MARVEL Di Pasaran Bermula Hari Ini!

Setiap rekaan dan warna mewakili empat house berbeza iaitu Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin. Menariknya setiap koleksi menggunakan model kasut Vans berbeza. Sebagai contoh Gryffindor ditampilkan menerusi model Sk-8 Hi dengan warna merah dan emas dipadankan dengan suede

hitam di bahagian atas.
Vans Sk8-Hi ‘Gryffindor’

Manakala Ravenclaw pula tampil dengan model Authentic dengan motif checkerboard berwarna bitu putih. Hufflepuff dengan model Slip-On dan Slytherin pula dengan model kasut Era dengan makeover sisik ular yang mewakii house tersebut.

Vans Authentic ‘Ravenclaw’
Vans Classic Slip-On ‘Hufflepuff’
Vans Era ‘Slytherin’

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dari Vans Malaysia bilakah koleksi ini akan mula dipasarkan. Namun, MASKULIN menjangkakan ia akan berada di pasaran dalam waktu terdekat pada bulan ini.

IKLAN