Ads

Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif

Pemergian penyanyi berasal dari England ini pada tahun 2016 begitu diratapi bukan sahaja oleh peminatnya malah pengamal muzik di seluruh dunia.

David Bowie yang merupakan seorang ikon muzik terkenal dengan imej glam merupakan antara salah seorang penyanyi dan pemuzik paling berengaruh dalam industri muzik moden dunia.

Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif
Antara ikon terpenting dalam industri muzik moden di dunia, David Bowie.

Malah pengaruhnya masih dirasai hingga ke hari ini dengan seleksi lagu-lagunya sentiasa menghiasi filem atau drama TV bersiri popular. Sebagai sebuah jenama kasut yang terkenal dengan sub-culture, Vans kini muncul memperkenalkan koleksi kasut ekslusif David Bowie.

SENARAI KOLEKSI

Sebelum ini Vans turut melakukan kolaborasi sama dengan Led Zeppelin, Pink Floyd dan Metallica. Untuk koleksi istimewa Vans x David Bowie ini, Vans menampilkan model popularnya seperti Slip On 47 V DX, Era, Old Skool dan Sk8-Hi.

Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif

Ads

Menariknya setiap model mewakili albyum atau alter-ego berbeza yang pernah ditampilkan oleh David Bowie sepanjang kariernya yang cukup gemilang. Antara era David Bowie yang diabadikan ke dalam rekaan kasut keluaran istimewa ini ialah era glam, great David Bowie terutamanya album self-titled keluaran 1969, ‘Hunky Dory’ (1973), ‘Aladdin Sane’ (1973) dan ‘Diamond Dogs’ (1974).

BACA: 10 Tip Berguna Anda Boleh Rujuk Sebelum Beli Kasut Running

Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif

Ads

Dengan rekaan yang pastinya cukup sinonim dengan David Bowie, keluaran edisi khas kin9 pastinya akan menjadi rebutan peminat Vans dan juga penyanyi legenda ini.

Buat masa kini Vans Malaysia masih belum mengumumkan tarikh sebenar bilakah ia akan dikeluarkan di Malaysia. Akan tetapai pihak mereka sudah mengeluarkan teaser di laman Facebook mereka.

Ads

Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif Vans Raikan Legenda Muzik, David Bowie Dengan Koleksi Sneakers Eksklusif

SASARAN RESELLER?

MASKULIN jangkakan sneakers ini akan sold out dalam sekelip mata. Jadi bagi anda yang pasang angan-angan ingin miliki koleksi kasut ini bersedialah untuk ‘berkhemah’ di luar butik Vans yang terpilih ya.

Dan semoga ia tak akan jadi sasaran reseller yang inguin menjualnya pada harga tidak masuk akal seperti yang pernah berlaku kepada koleksi skaters legend Malaysia, Vans Pa’din Musa suatu ketika dahulu.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads

Penting Tahu! Lindungi Jantung Anda Dari Serangan Ketika 2 Waktu Kritikal...

Dua waktu yang anda perlu jaga-jaga kerana risiko serangan jantung yang bahaya.