Pernah terfikir untuk tukar baskial dari road bike ke mountain bike? Sabar, kalau road bike memerlukan anda memikirkan tentang tayar namun berbeza untuk mountain bike, ia memerlukan dan lebih fokus pada teknikal.
MASKULIN bawakan video buat anda bersama Aliff Satar dan Coach Fadzlee untuk menunjukan dan mengajar tentang MTB yang mungkin anda terlepas pandang.
Ads
“Hey guys, pagi ni Alif masuk kelas berbasikal bukit ye! Biasanya Alif kayuh ni main belasah je ikut macam mana selama ni kayuh road bike tapi Kali ni ada PRO Trainer Fadzlee, seorang racer dan coach untuk ajar alif apa beza riding a road bike dan MTB! Sama-sama kita masuk kelas MOUNTAIN BIKING!” tulisnya di Youtube
Jadi anda nak tahu apa khasiat jus timun ini? Jom baca entri di bawah yang MASKULIN sediakan untuk para pembaca :
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semakin hari semakin menipis. Semakin hari semakin gusar hati anda!
Masalah rambut yang menjadi semakin jarang dan bakal menjadi botak merupakan fenomena yang menghantui golongan lelaki sejak sekian lama.
Siapa kata wanita saja yang sayangkan rambut mereka? Dalam diam ramai lelaki rasa cukup kecewa bila perkara ini berlaku. Mungkin anda berteka-teki apakah sebab utama rambut gugur.
Usah gundah dan gulana. Ini 5 penyebab utama mengapa rambut anda yang pernah bersinar bak mentari pagi menjadi semakin suram.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel atau akar rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Emosi yang tak sihat akan menggangu fizikal kita. Dan inilah antara kesannya. Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Di pasaran sekarang terdapat pelbagi jenis produk rambut. Dan tahukah anda jika menggunakan produk mempunyai bahan kimia ia juga menjadi salah satu faktor melambatkan pertumbuhan rambut. Apabila melakukan bleaching, rebonding, atau mengerinting, ia boleh menyebabkan rambut rosak dan mati.
Rehatlah dengan secukupnya! Bila anda kurang tidur badan juga akan menjadi lemah. Selok-eloknya tidurlah di antara tujuh hingga lapan jam sehari. Rehat yang cukup menggalakkan sel-sel rambut aktif ketika tidur.
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut. Jadi bila adan ingin mengambil ubat rujuklah dengan doktor terlebih dahulu. Ambil tahu kesan sampingannya sama ada ia boleh menjejaskan rambut atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah mengalami masalah sakit dada tak sebelum ni? Pernah rasa badan tak sedap tak kebelakangan ni? Mungkin anda mengalami masalah berat badan ataupun keletihan akibat terlalu kerap bekerja, namun tahukah anda jika anda makan dengan betul dan menjaga kesihatan anda, sakit-sakit ini akan sukar singgah ke dalam hidup anda walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian.
Jantung merupakan kompenen penting dalam kehidupan seseorang. Jika ia berhenti dan tidak berfungsi bermakna anda sudah tiada lagi dalam dunia ini. Risiko penyakit jantung dan masalah jantung lain dapat dikurangkan dengan membuat perubahan gaya hidup. Diet anda, misalnya, mempunyai kesan yang luar biasa terhadap kesihatan jantung anda. Untuk pengetahuan anda Di Malaysia saja, penyakit jantung merupakan sakit paling trending dalam kalangan rakyat tak kira tua ataupun muda.
Walaupun kebanyakan orang tahu bahawa berdebar-debar jantung, kesakitan dada, dan tekanan darah tinggi adalah tanda-tanda bahawa jantung anda dalam masalah, ada tanda-tanda lain yang lebih halus yang dapat memberi isyarat bahawa jantung anda dalam bahaya.
Batuk
Batuk ni sebenarnya perkara normal dalam kehidupan, namun jika batuk tidak henti dan melampau bermakna ada sesuatu tak kena dengan jantung anda. Sekiranya anda mengalami batuk yang melampau dan tidak kebah dalam tempoh beberapa minggu, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. Kegagalan jantung kongestif boleh menyebabkan pembentukan cecair di dalam paru-paru, menyebabkan batuk tidak akan berhenti.
Kemurungan
Mengejutkan apabila 350 juta orang di seluruh dunia mengalami kemurungan. Ada cara untuk menahan depresi, atau sekurang-kurangnya membantu mengurusnya, tetapi tiada penawar sebenar untuk penyakit ini. Apabila anda kemurungan jantung anda akan berdebar jauh lebih laju dari paras normal. Ini bermakna kesihatan jantung anda tidak normal, dan ia akan lebih parah jika anda kerap mengalami depresi. Jadi, bertenang dan jangan stress stress ye.
Pening
Arrhythmia, irama jantung yang tidak normal, boleh menyebabkan aliran darah yang ganjil dan tidak teratur ke otak. Sama seperti jika anda berdiri terlalu cepat, darah yang tergesa-gesa ke kepala dapat menyebabkan rasa pening yang membingungkan yang bahkan menyebabkan anda menjadi lemah.
Kurang selera makan
Mual atau kekurangan selera makan adalah tanda jelas bahawa ada sesuatu yang tak kena pada badan anda. Salah satu masalah kesihatan yang boleh terjadi adalah keadaan jantung anda. Jika keengganan terhadap makanan berterusan, tanya doktor anda untuk menilai apa yang sedang berlaku. Semakin cepat anda tahu keadaan anda, makin cepat anda dapat elak dari sakit yang lebih teruk.
Sakit leher dan sakit pada rahang
Anda mungkin berfikir bahawa sakit dada adalah tanda pertama masalah jantung, tetapi itu tidak selalu benar. Kesakitan yang tidak dapat dijelaskan di leher atau rahang adalah tanda yang berpotensi, masalah jantung yang berlaku apabila organnya tidak mempunyai oksigen dalam darah. Wanita lebih cenderung untuk memperlihatkan gejala-gejala atipikal ini berbanding lelaki, tetapi jika anda mengalami kesakitan pada lebih daripada satu kali, sudah tiba masanya untuk berjumpa dengan doktor anda.
Kaki Bengkak
Kami tidak bercakap tentang bengkak normal akibat kaki anda panas atau anda terlanggar meja. Jenis bengkak yang menandakan kegagalan jantung adalah melampau dan sering menyebabkan garisan kelihatan dari kaki yang bukan berpunca daripada kasut anda. Bengkak disebabkan oleh pembentukan darah di urat anda apabila mereka tidak mengalir dengan betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang