
Memasuki bulan Ramadan, pastinya solat tarawih antara yang menjadi tumpuan umat Islam untuk mengejar pahala tambahan selain daripada berpuasa di siang hari.
Ada yang buat 8 rakaat dan ada yang buat 20 rakaat. Berapa rakaat pun yang anda mampu lakukan, sekiranya ikhlas demi memburu pahala insya’Allah akan ada ganjarannya.
![[VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid 7 [VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/cd1cda61-832f-4963-861f-4c9ff81323f6-10_13_450963.jpeg)
Itu kalau jadi jemaahnya. Bagaimana pula kalau kita yang jadi imamnya? Tidakkah akan ada hadiah istimewa daripada Allah yang kita tidak tahu?
Insya’Allah, yakin pasti ada
Baru-baru ini dalam media sosial, tular video yang dikongsikan secara live oleh Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam.
Video berkenaan memaparkan seorang remaja berusia 13 tahun, Faris Farhan mengimamkan satu solat tarawih di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang.
Ada yang menitiskan air mata
Menerusi video yang dikongsikan itu, ramai netizen mengatakan rasa meremang kerana bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan terlalu syahdu.
Selain itu, ramai juga yang memuji Faris kerana mampu menggalas tanggungjawab besar sebagai imam pada usia yang sangat muda.
![[VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid 9 [VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/1-10_24_574378.jpg)
![[VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid 10 [VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/2-10_39_972950.jpg)
![[VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid 11 [VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/3-10_57_363229.jpg)
Kredit : Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

![[VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid 8 [VIDEO] Merdunya Suara Adik 13 Tahun Ini Jadi Imam Solat Tarawih Di Masjid](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/untitled-design-10_48_181759.png)
