Wajib Ada Dalam Koleksi Pakaian Lelaki, Ini 5 Jenis Baju Mampu Serlahkan Gaya Kasual Anda!

Share

Sesetengah lelaki bila usia mencecah 30-an dan mula ada anak, kadangkala sudah mula mengabaikan gaya mereka.

Apa yang dipakai tidak banyak berubah setiap hari. Sampaikan penampilan itu nampak sama sahaja. Walhal lelaki dan gaya sepatutnya tidak boleh berpisah sampai bila-bila.

Penampilan itu perlu dijaga bukan hanya untuk nampak lebih segak dan kemas tetapi untuk kepuasan diri sendiri juga.

Salah satu jenis pakaian yang penting ialah baju. Dan bila berbicara tentang baju ia tidak semestinya tertumpu pada kemeja sahaja.

Foto kredit: Samir Hussein/WireImage

Tahukah anda tidak kiralah pada usia berapa sekali pun, t-shirt merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki . Ia menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.

Walaupun kerap memakai t-shirt mesti anda tak tahu, t-shirt sebenarnya mempunyai pelbagai jenis untuk keperluan yang berbeza-beza.

Namun begitu sebagai sebagai lelaki versatil yang pentingkan penampilan anda tidak semestinya hanya memakai t-shirt sahaja.

Memadai anda memiliki sekurang-kurangnya lima jenis t-shirt untuk disimpan dalam almari pakaian sebab t-shirt-shirt ini antara yang kerap anda gunakan.

 

Undershirt

T-shirt jenis ini ramai yang tidak ambil peduli. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas anda menyarungkan undershirt.

Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh askar Rom dan China. Namun zaman itu pemakaian undershirttidak berapa popular berbanding sekarang. Pada  zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.

T-shirt Polos

Jika anda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, t-shirt polos amat sesuai untuk anda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. T-shirt ini menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.

Jenis t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos dan padankan ia dengan jaket. Anda boleh memilih warna-warna basic seperti hitam, putih, navy atau kelabu.

Ketika memakainya, pastikan t-shirt ini fit dengan badan anda. Anda juga boleh memilih variasi t-shirt seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.

BACA: Lelaki Kena Tahu 5 Trik Pakai Baju Kemeja Ini Kalau Nak Nampak Smart & Kemas!

T-shirt Polo

T-shirt jenis ini boleh membuatkan penampilan anda nampak versatil. Siapa sangka t-shirt Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.

T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.

T-shirt Henley

T-shirt Henley hampir sama dengan t-shirt polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan anda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.

Pemakaian t-shirt jenis ini dijamin membuatkan penampilan anda lebih manly. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan anda lebih ‘seksi’.

Sweatshirt

Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada t-shirt biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga anda tak rasa panas. T-shirt jenis ini membuatkan penampilan anda lebih kasual dengan gaya sporty. Agar anda nampak smart ketika menggayakan sweatshirt, pilihlah warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy atau kelabu.

Semoga perkongsian tip ini mampu membangkitkan gaya penampilan anda menjadi lebih menarik!

Jangan lupa untuk subscribe YouTube & TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik.

IKLAN