Gaya Hidup

Wanita Ajar Buat Tempat Letak Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut, Baru Tak Bersepah!

Share

Selain kanak-kanak, kereta Hot Wheels juga menjadi koleksi kegemaran lelaki dewasa. Namun masalah mula timbul bila koleksi anda semakin banyak sehinggakan nak menyimpan pun susah.

Bagi mengelakkan kereta Hot Wheels anda bersepah, ada cara mudah untuk anda menyimpannya. Kini anda boleh buat sendiri tempat letak kereta Hot Wheels hanya menggunakan rak kasut.

Kalau nak tahu cara membuatnya, jom ikuti perkongsian MeerSha Sapian ini.

Rak Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut

Rak kereta hot wheels guna rak kasut. Tak lekat kat dinding lagi? Ni saya sertakan cara-cara nak buat.

Bahan-bahannya simple je.

  • Rak kasut kayu, saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat Tesco. DIY pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
  • Cable tie

Cara-caranya:

1. Double kan rak tu. Susun bagi sama rata tapi rak ni tak sama rata pulak potongan dia.

2. Pastu ikat guna cable tie. Kalau nak skru pun boleh je.

3. Susun sampai habis rak yang ada. Ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah. Saya buat memanjang ke bawah tapi mesti double kan tau. Kalau tak, tak muat nak letak kereta.

4. Ketat-ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih-lebih.

5. Dah siap. Drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.

IKLAN