Wanita Cepat Moody Bila Lapar, Lelaki Pula Senyap Tapi Emosi Lebih “Ganas”

Share

Ramai antara kita pernah berdepan dengan situasi ini: wanita tiba-tiba berubah mood, cepat marah atau jadi murung bila perut kosong. Fenomena ini selalu dianggap normal, malah ada yang menggelarnya “hangry” gabungan hungry (lapar) dan angry (marah). Tetapi tahukah anda, lelaki juga mengalami emosi yang sama ketika lapar, cuma bezanya cara mereka menunjukkannya berbeza?

Menurut Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli, lapar boleh menyebabkan emosi manusia terganggu tanpa mengira jantina. Kajian dari National Library of Medicine mendapati lelaki lebih aktif pada kawasan frontotemporal dan paralimbik otak ketika lapar – bahagian yang berkait rapat dengan emosi dan keinginan. Maksudnya, emosi lelaki sebenarnya lebih “mengganas” ketika lapar, cuma mereka jarang menunjukkannya secara terbuka.

Kenapa Wanita Cepat Moody?

Wanita mempunyai kitaran hormon bulanan dan kawalan gula darah yang lebih sensitif. Ini menjadikan mereka lebih cepat bertukar mood apabila perut kosong. Keadaan ini menyebabkan mereka boleh berubah daripada ceria kepada moody hanya dalam sekelip mata. Kekurangan glukosa dalam darah bukan sahaja buat badan lemah, malah menjadikan otak kurang bertenaga dan mudah emosi.

Lelaki Pula Senyap, Tapi…

Lelaki sering dilihat lebih “cool” bila lapar. Mereka mungkin diam atau kelihatan masih tenang, tetapi sebenarnya emosi dalamannya lebih bergelora. Sistem otak menghantar signal bahawa ia mahukan makanan, dan bila keinginan itu tidak dipenuhi, ia tetap menjejaskan kestabilan emosi. Bezanya, lelaki memilih untuk memendam atau mengalihkan perhatian, berbanding wanita yang cepat menunjukkan ekspresi.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Boleh Sampai Menangis

Jangan anggap isu lapar ini remeh. Dalam kes ekstrem, ia boleh buat seseorang menangis atau melepaskan emosi secara melampau. Contoh mudah, pelakon Reen Rahim pernah tular kerana menangis ketika bercuti di luar negara gara-gara tiada makanan di bilik hotel. Ini menunjukkan bagaimana lapar benar-benar boleh menggugat kestabilan emosi manusia.

Tip Untuk Lelaki: Kawal Emosi & Fikir Rasional

  1. Sediakan snek ringkas – Kekacang, buah atau protein bar boleh jadi penyelamat ketika terperangkap dalam situasi tak sempat makan.

  2. Minum air kosong – Kadangkala rasa lapar itu datang daripada dehidrasi. Air boleh membantu menenangkan sistem badan.

  3. Kenal pasti signal lapar – Jangan tunggu sampai mood hilang kawalan. Bila mula rasa lemau, cepat-cepat isi perut.

  4. Elak buat keputusan penting – Jika perut kosong, emosi tak stabil. Tunggu selepas makan untuk berbincang perkara serius.

Kesimpulannya, lapar memang mempengaruhi emosi – baik lelaki mahupun wanita. Bezanya, wanita lebih cepat moody kerana hormon dan gula darah sensitif, manakala lelaki nampak senyap tapi emosi dalaman lebih “panas”. Jadi, sebagai lelaki Maskulin, belajar kawal minda dan badan anda. Ingat, bukan semua masalah datang daripada orang sekeliling, kadang-kadang ia cuma datang daripada… perut kosong!

Published by
Nana