Tak kira lelaki atau wanita, pemilihan warna rambut ash grey ini semakin menjadi kegemaran masyarakat, terutama mereka yang mementingkan penampilan dan gaya terkini.
Malah, warna ini juga sesuai untuk kulit orang Asia.
Jimin BTS dalam warna rambut Ash Grey
Walaupun warna kelabu asa ini tampak biasa, tetapi ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan gaya elegan tersebut dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah, kos pewarnaan mengikut panjang rambut boleh mencecah hingga RM1,000.
Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, boleh cuba beberapa tip daripada pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal.
Ads
1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.
2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.
Ads
3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.
4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.
Ads
5. Warna ash grey ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.
6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak beberapa tahun sudah jenama outdoor popular global, Timberland telah mula memperkenalkan produk serta menjalankan kempen mesra alam sekitar menerusi produknya.
Komitmen yang diberikan oleh Timberland dengan penggunaan material kitar semula dan mesra alam juga menjadi bukti dedikasi mereka terhadap kelestarian dunia. Begitu juga untuk koleksi terbaru mereka yang diperkenalkan sempena Fall/Winter 2021.
Untuk koleksi kali ini. Timberland menampilkan koleksi yang digelar mereka sebagai ‘eco-ready’. Material yang digunakan bukan sahaja ringan malah menyediakan kepelbagaian fungsi.
Lebih menarik lagi, ia menggunakan bahan dari proses kitar semula dan ia diambil daripada sumber yang dipercayai dan berkredibiliti.
Walaupun jenamanya lebih sinonim dengan aktviti outdoor, namun koleksi ini cukup sesuai buat pengembaran dunia ‘hutan konkrit’ yang mementingkan pakaian selesa.
Seleksi pakaian dan kasut yang ditawarkan menerusi koleksi ini turut tampil dengan rekaan yang lebih moden dan menggunakan warna lebih terang dan berani, sinonim dengan lanskap urban.
Koleksi FW2021 dari Timberland ini juga merupakan sebagai salah satu sokongan kepada objektif jenamanya yang ingin memberikan impak positif dalam kempen ‘Nature by 2030’. Antara teknologi mesra alam yang diketengahkan ialah ReBOTL yang dihasilkan daripada 50 peratus plastik kitar semula.
Manakala penggunaan kulit pada kasut pula datang daripada material yang diberikan rating silver oleh Leather Working Group. Ia di atas penggunaan efisien air, tenaga dan hasil buangan minima dalam penghasilannya.
Ortholite pula digunakan pada insole kasut untuk memberikan keselesaan berpanjangn bagi penggunaan kesual serta harian.
Di antara pakaian yang menarik menerusi koleksi ini ialah Re-Comfort EK+ Overshirt With Refibra Fabric, Eco Ready Softech Coach Jacket dan DWR Workwear Coach Jacket. Koleksi kasut pula menyaksikan sulhoutte Supaway Fabric Oxford, Supaway Leather Chukka dan Supaway Fabric Oxford.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon. Jika calon memakai jaket berwarna coklat, putih atau warna-warna fesyen seperti merah, biru, hijau dan sebagainya boleh menyebabkan calon kelihatan tidak serius seolah-olah hendak menghadiri majlis. Etikanya disini dikecualikan jika calon memang hendak menghadiri temuduga dalam bidang kreatif umumnya dan fashion designer, atau fashion stylish khasnya . Ia memang sangat digalakkan untuk berpenampilan sedemikian.
Pemilihan potongan gaya jaket juga perlu diambil berat kerana terdapat jaket yang berwarna gelap tetapi potongannya tidak sesuai untuk ke pejabat. Jaket tersebut hanya sesuai digunakan untuk acara kasual yang tidak memerlukan calon untuk kelihatan serius.
Fabrik juga memainkan peranan dalam pemilihan jaket. Terdapat fabrik jaket hanya sesuai digayakan untuk kelihatan kasual. Selalunya, material yang digunakan daripada material kain lembut seperti cotton, polyster dan sebagainya dan tida mempunyai lapisan seperti jaket khas untuk ke pejabat iaitu lapisan untuk menahan daripada kesejukan pendingin udara. Namun, jaket adalah pilihan untuk ke temuduga. Jika calon tidak memiliki jaket cukup sekadar berkemeja dan bertali leher, calon sudah boleh kelihatan hebat.
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon.
Potongan kemeja perlu sesuai denga potongan badan calon. Potongan kemeja hedaklah tidak terlalu besar atau kecil apabila dipakai oleh calon. Ini kerana calon akan kelihatan selekeh jika kemeja terlalu besar atau kelihatan sendat dan sempit seperti bungkusan nangka jika calon memakai baju yang kecil daripada potongan badan sebenar calon. Paling dikhuatiri, calon akan mendapat persepsi negatif daripada penemuduga bahawa anda tidak bersedia untuk hadir ke temuduga tersebut.
Warna kemeja juga hendaklah warna yang lembut dan cerah serta tidak bercorak (plain) agar mudah disesuaikan dengan tali leher yang akan dipakai. Warna yang disarankan adalah seperti biru laut/ muda dan putih untuk mudah mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga. Mereka juga manusia biasa yang boleh terganggu emosinya dengan pelbagai sebab.
Terdapat 3 jenis potongan seluar dalam pasaran. Ada yang double pleat, single pleat dan flat front (tiada lipatan lisu) . Potongan seluar double pleat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak lebar. Manakala single pleat untuk mereka yang mempunyai bahagian perut yang sederhana dan kecil. Mereka juga boleh memakai seluar flat front tetapi ianya lebih sesuai digayakan dalam acara kasual.
Warna yang disarankan juga gelap berpadanan dengan jaket yang digayakan. Fabrik seluar juga bukan daripada jeans, potongan khakis atau kudroi. Ia merupakan potongan dan fabrik yang tidak sesuai digayakan semasa dalam temuduga kerana lbih bersifat acara kasual tidak bersifat korporat mahupun professional.
Warna stokin dan kasut perlu berpadanan dengan seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut hendaklah potongan gaya professional bukan gaya untuk majlis makan malam atau untuk acara santai.
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja. Untuk kelihatan lebih hebat dan mempunyai karisma padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna merah. Penampilan calon bukan sahaja hebat malah warna tersebut sendiri akan memberi efek kepada calon untuk lebih semangat dan bertenaga dalam sesi temuduga.
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja.
6.Jam Tangan
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon lelaki ialah memakai jam tangan berupa sport yang tidak sesuai digayakan dengan pakaian yang digayakan. Sport watch hanya sesuai digayakan dengan pakaian acara santai atau kasual. Jika digayakan bersama st ia boleh mengurangkan kredebiliti profesional dan korporat. Bukankah seperti ada yang tidak kena pada penampilan itu?
SUMBER :TIP INTERVIEW
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju Melayu bukan sekadar pakaian tradisional. Ia adalah simbol identiti, kematangan dan keyakinan seorang lelaki.
Dalam beberapa minggu lagi, kita akan meraikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Jadi mulai sekarang pasti ramai di antara anda yang akan mencari baju Melayu untuk dipakai di pagi Raya.
Seperti lazimnya, setiap kali musim perayaan atau majlis rasmi menjelma, pemilihan warna menjadi perkara paling utama yang difikirkan.
Ada yang memilih berdasarkan trend semasa, ada juga yang sekadar ikut warna kegemaran.
Namun hakikatnya, tidak semua warna sesuai untuk semua orang. Warna yang tepat boleh menyerlahkan penampilan, membuatkan wajah tampak lebih segar dan tubuh kelihatan lebih seimbang.
Sebaliknya, pilihan yang kurang tepat boleh membuatkan kulit nampak kusam atau bentuk badan kelihatan lebih besar.
Berikut lima tip penting untuk membantu anda memilih warna Baju Melayu yang benar benar sesuai dengan bentuk badan dan warna kulit.
Langkah pertama sebelum memilih warna ialah memahami tona kulit sendiri. Secara asasnya, tona kulit boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu cerah, sawo matang dan gelap. Rujuk panduan mudah di bawah untuk memilih warna yang paling menyerlahkan penampilan anda.
Pemilihan warna yang tepat akan memberikan kontras yang seimbang pada wajah dan membuatkan penampilan kelihatan lebih segar serta berkarisma.
Jika anda mempunyai tubuh yang lebih berisi, pemilihan warna memainkan peranan besar dalam mencipta ilusi visual. Warna gelap seperti hitam, navy, hijau gelap dan maroon mampu memberi kesan visual yang lebih langsing dan kemas.
Ini kerana warna gelap menyerap cahaya dan mengurangkan bayang bayang yang menonjolkan bentuk badan. Padankan dengan samping yang tidak terlalu sarat corak untuk memastikan keseluruhan penampilan kekal seimbang.
Sebaliknya, jika anda bertubuh kurus dan ingin kelihatan sedikit berisi, warna cerah atau sederhana seperti biru muda, kelabu lembut atau hijau pastel boleh membantu memberi dimensi pada tubuh.
Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia juga refleksi karakter. Lelaki yang berkeyakinan tinggi biasanya tidak takut memilih warna bold seperti merah hati atau ungu gelap. Manakala mereka yang lebih minimalis mungkin cenderung kepada warna klasik seperti putih gading, navy atau kelabu arang.
Apa yang penting, pilih warna yang membuatkan anda rasa selesa dan yakin. Keyakinan itu sendiri adalah aksesori paling kuat dalam apa jua gaya.
Majlis siang hari biasanya lebih sesuai dengan warna cerah atau sederhana seperti biru lembut, hijau sage atau krim. Warna ini kelihatan segar di bawah cahaya matahari dan memberi aura yang lebih santai.
Untuk majlis malam atau acara formal, warna yang lebih dalam dan mewah seperti hitam, navy pekat, hijau zamrud atau merah wain memberikan sentuhan elegan dan maskulin.
Pemilihan warna yang sesuai dengan suasana menunjukkan anda seorang yang peka terhadap perincian dan tahu membawa diri.
Warna Baju Melayu tidak boleh dipilih secara berasingan. Ia perlu dilihat bersama samping, butang baju dan kasut.
Jika Baju Melayu anda sudah berwarna terang, pilih samping dengan tona lebih gelap atau corak sederhana supaya tidak kelihatan terlalu sarat. Jika baju berwarna gelap, samping dengan sedikit elemen keemasan atau motif tradisional boleh menaikkan lagi seri keseluruhan gaya.
Butang baju dan kasut juga perlu selari dengan tona warna. Perincian kecil ini memberi impak besar terhadap keseluruhan imej anda.
Memilih warna Baju Melayu bukan sekadar ikut trend atau warna popular setiap tahun. Ia tentang memahami diri sendiri, dari tona kulit hingga bentuk badan, serta bagaimana warna tertentu boleh meningkatkan penampilan.
Apabila pilihan dibuat dengan tepat, Baju Melayu bukan sahaja membuatkan anda nampak segak, tetapi juga lebih yakin dan berkarisma. Dalam apa jua majlis, gaya yang paling menyerlah bukanlah yang paling mahal atau paling terang, tetapi yang paling sesuai dengan diri anda.
Akhirnya, lelaki yang benar benar bergaya ialah lelaki yang tahu apa yang sesuai untuk dirinya dan berani memakainya dengan penuh keyakinan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.