Pasti ramai yang menggemari gaya fesyen dari penyanyi The Weeknd ini. Bukan hanya bersifat santai, dan streetwear, malah elemen suai padannya sentiasa on-point! dan tampak mewah biarpun bersahaja. Kali ini, The Weeknd mengumumkan kolaborasi nya bersama jenama gergasi H&M menerusi lama Instagram nya.
Kolaborasi kali kedua ini lebih eksklusif kerana The Weeknd yang mencurah idea sepenuhnya dan memilih 18 helaian untuk dilancarkan dan dipamerkan di H&M. Ia termasuklah bomber jacket, Hoodie, Parka, Sweater dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi laman sesawangnya, hm.com, dari 28 September ini. Selain itu, jangan lupa singgah dan mendapatkan koleksi eksklusif ini dari stor pilihan:
H&M Lot 10, Avenue K, One Utama, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Sunway Velocity, KL Festival Mall, IOI City Mall, KLIA 2, AEON Shah Alam, Aman Central, Gurney Paragon Mall, 1stAvenue, Jonker Building, Hatten Square, AEON Desa Terbau, Johor Bahru City Square, AEON Kota Bahru, KK Times Square and The Spring.
Kebiasaannya, penyanyi akan merasa bangga mendengar lagu dendangan sendiri di corong-corong radio, namun tidak bagi Dwen yang terkenal di era 80an dahulu.
Ujarnya di dalam laporan Harian Metro, Dwen akan memperlahankan radio setiap kali lagu dendangannya diputarkan di radio.
Bagaimanapun, Dwen atau nama sebenarnya Ridzwan menafikan yang di merasa malu, sebaliknya hanya tidak gemar mendengarnya sahaja.
Bukan itu sahaja, Dwen juga enggan menerima sebarang tawaran menyanyi lagi kerana beranggapan era kegemilangannya sudah tamat.
Malah, dia juga lebih selesa memperkenalkan dirinya dengan nama sebenarnya Ridzwan berbanding nama pentasnya Dwen.
Dwen memberitahu salah satu faktornya ialah pembabitannya dalam tabligh.
Dia kini lebih selasa merendah diri dan menumpukan kerjaya sebagai tenaga pengajar di sebuah kelab taekwondo tempatan.
“Kalau boleh tak nak orang kenal sebab kalau jalan keluar senang sahaja. Senang cerita, saya dah tak berminat untuk meneruskan kerjaya nyanyian walaupun masih boleh menyanyi dengan baik.
Dwen juga memaklumkan yang dia enggan dikenali sebagai penyanyi lagi kerana akur era kegemilangannya sebagai penyanyi sudah berakhir.
“Penyanyi ini ada zamannya untuk menyinar dan begitu juga saya. Tapi, zaman itu juga pasti akan berakhir. Saya sudah tak berada di zaman itu, jadi lupakan sahaja.
“Mungkin ada artis lama yang masih berminat untuk teruskan, tapi tak mengapa sebab itu adalah cara dia. Kalau saya memang sudah tak berminat, itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, Dwen terkenal menerusi lagu Satu Penantian dan Suatu Waktu Dahulu.
Dwen yang berasal dari Brunei mengambil keputusan bersara dalam dunia nyanyian pada 1996 walaupun namanya berada di puncak kejayaan ketika itu.
“Tiada isu terasa hati atau merajuk dengan industri atau sesiapa. Cuma saya senang dengan cara seperti ini. Kalau hendak bersembang dengan orang ramai pun tiada halangan.
Mengikut perancangannya, Dwen hanya mahu menghabiskan kontraknya sebagai tenaga pengajar taekwando pada tahun ini dan pulang ke Brunei selepas itu untuk terus menetap di sana.
“Pelajar-pelajar tak kenal saya sebagai penyanyi tapi ibu bapa mereka kenal saya. Tapi saya cakap dengan mereka, ibu bapa kamu salah orang,” selorohnya.
Di antara topik yang hangat diperkatakan setiap hari di laman media sosial pada ketika ini ialah bagaimana negara kita sedang dilanda cuaca yang sangat panas. Walaupun di sesetengah ada turunnya hujan namun rata-rata cuaca seharian terasa sangat panas.
Kejadian strok haba pula menjadi ancaman terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan juga kanak-kanak. Laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes berkaitan cuaca panas di terima di seluruh negara sehingga semalam.
Lebih membimbangkan cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga bulan Ogos tahun hadapan. Sebagai langkah pencegahan dari berlakunya perkara tidak diingini terhadap ahli keluarga kita perlu bijak mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan rasa panas ini terutamanya di dalam rumah.
Selain menggunakan penghawa dingin, ada beberapa tip yang boleh kita amal dan guna bagi menyejukkan ruang dalaman rumah. Bertikut MASKULIN kongsi 10 cara bagaimana untuk menyejukkan suhu di dalam rumah ketika cuaca panas.
Bukan dipasang hanya untuk halakan angin pada wajah sahaja. Kipas angin boleh di pasang di beberapa lokasi dan ruang dalam rumah bagi meningkatkan tahap kitaran udara dan membantu menurunkan suhu.
Tutup tirai atau langsir di tingkap untuk elak sinar matahari masuk secara langsung ke dalam rumah yang sekali gus boleh memanaskan suhu di dalamnya.
Letakkan kain basah di depan kipas untuk menghasilkan efek dingin di saat udara melalui kain yang basah.
Matikan atau kurangkan penggunaan peralatan elektronik seperti oven, dapur gas dan lampu yang memproduksi panas.
Pastikan rumah anda memiliki asas penebat yang baik terutamanya di bahagian atap. Ini bagi memastikan bahang panas tidak meresap mudah masuk ke ruang dalam rumah.
Lekatkan penutup tingkap reflektif di luar rumah untuk memantulkan sinar matahari dan mengurangkan bahang panas yang masuk.
Anda boleh letakkan pokok hiasan hidup di dalam rumah untuk membantu menurunkan suhu dan meningkatkan kualiti udara.
Gunakan penghawa dingin dengan bijak dan atur suhu yang nyaman. Kurangkan penggunaannya ketika tidak diperlukan untuk mengelakkan penggunaan tenaga berlebihan.
Buka jendela ketika waktu malam atau ketika suhu luar lebih rendah untuk mengalirkan udara segar ke dalam rumah.
Nampak macam remeh tapi sebenarnya berkesan. Untuk lebih baik gunakan lampu yang kurang menggunakan tenaga. Ini sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan rasa panas yang di dalam ruang rumah.
Semoga dengan menggunakan beberapa tip ini anda mampu mengurangkan suhu panas di dalam rumah. Semoga ia mambantu!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin itulah istilah yang sering kita dengar apabila diungkapkan oleh pasangan yang sedang bahagia bercinta. Biasalah awal perkenalan segalanya manis belaka.
Tapi bila berdepan dugaan dan cabaran itulah masanya kita boleh lihat ‘belang’ dan perangai sebenar masing-masing. Ada juga yang mula menunjukan sifat panas baran dan mudah marah bila tak puas hati.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Adelaide, Australia apabila dia mendakwa dilanggar oleh teman wanitanya dengan kereta selepas dituduh memakan sekeping kentang gorengnya.
Memetik laporan dari Daily Mail, wanita bernama Charlotte Harrison berdepan dakwaan melakukan kekerasan dan membahayakan nyawa dengan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan terhadap teman lelakinya, Matthew Finn.
Mahkamah Majistret Adelaide dilaporkan mendengar dakwaan bagaimana Matthew berdepan serangan itu akibat tidak meminta kentang gorengnya terlebih dahulu.
Kejadian yang berlaku pada 26 Februari lalu menyaksikan bagaimana Matthew mengambil kentang goreng dari hidangan ayam dan salad ketika berada di dalam kereta teman wanitanya.
“Saya ingatkan dia sudah habis makan, jadi saya fikir tak perlulah saya minta,” jelasnya kepada berita tempatan 9News di luar mahkamah.
“Saya akmbil kentang goreng itu dan dia kemudiannya memberhentikan kereta dan arahkan saya keluar”.
Charlotte bagaimanapun menafikan dakwaan yang dilakukan oleh teman lelakinya di mahmakah. Jelasnya, dia hanya memandu untuk mencari teman lelakinta di Melbourne Street kerana Matthew dikatakan tidak sihat.
Ketika sedang melakukan pusingan ‘U’ dia mengatakan tidak sengaja terpijak pedal minyak dan terus menuju ke trafik bertentangan.
Menurut peguam mewakili Charlotte, dari rakaman CCTV mungkin membuatkan ia kelihatan seperti ada percubaan untuk membahayakan nyawa pengadu.
Bagaimanapun, Matthew percaya dia cuba melanggarnya.
Terdapat adegan dramatik sejurus sebelum Harrison dan Finn berada di mahkamah, dengan wanita itu secara mendadak memecat peguamnya yang diupahnya, secara ringkas mewakili dirinya, dan kemudian memanggil peguam cara bertugas untuk mendapatkan bantuan guaman.
Peguam yang bertugas berhujah dia telah ‘mematuhi polis’, ‘tidak melarikan diri dari tempat kejadian’, dan sepatutnya berhak diikat jamin.
Wanita berusia 42 tahun itu kini berdepan perintah tahanan rumah sehingga Jumaat, di mana dia akan menyelesaikan permohonan ikat jaminnya.
Semoga kejadian seperti ini dijadikan pengajaran untuk kita semua terutamanya yang ada pasangan. Bertolak-ansurlah dalam apa jua situasi.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.