Walaupun bermasalah, namun artis perlu diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan sebelum disenarai hitam pihak produksi dan stesen TV, demikian pendapat pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Memetik laporan Harian Metro, Zizan Razak berkata pihak produksi juga perlu mengambil kira beberapa perkara seperti bakat, berapa jumlah pengikut artis itu di media sosial dan rating drama atau filem dilakonkannya.
“Sebelum tindakan diambil, pihak produksi juga perlu berbincang lebih lanjut dan bertanya masalah sebenar dihadapi artis terbabit, sebelum buat sebarang keputusan,” kata Zizan.
Pernah Ada Masalah Disiplin Dahulu
Zizan sendiri mengakui pernah dikaitkan dengan isu disiplin pada pembabitan awalnya dalam industri seni tanah air dulu.
“Saya pun pernah ada isu dan dikaitkan dengan itu dan ini termasuk masalah disiplin juga dulu dan bukannya terus bagus dalam industri seni seperti sekarang.
“Namun, selepas lama berlakon kita akan fikir bidang lakonan adalah satu tanggungjawab dan perlu bekerja dalam kumpulan kerana bukan kita sahaja ada di lokasi penggambaran sebaliknya ada kru produksi, tukang buat air, DOP (pengarah fotografi) dan sebagainya.
Ads
“Setiap hari, proses itu akan mematangkan diri kita sebagai pelakon di lokasi.
“Kita juga perlu beri peluang kepada artis baru untuk bekerjasama dalam drama atau filem dan menegur dengan tujuan untuk mendidik mereka kerana bakat seni adalah anugerah dari Tuhan,” katanya.
Pada masa sama, kata Zizan, artis yang berpengalaman atau artis lama perlu menegur artis baru yang sombong atau ada masalah ‘attitude’ (sikap) sekali gus untuk mendidik mereka.
Ads
“Ada artis baru yang ada masalah ‘attitude’ kerana mereka tidak tahu cara bekerja sebenar dalam industri seni.
Apabila sudah memasuki bidang seni, barulah artis baharu tahu cara bekerja seorang pelakon, kata Zizan.
Tambahnya, artis lama juga berhak menegur mereka menjadi artis yang lebih baik.
Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan bekerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan. Atas sebab itu, anda harus ikuti cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun seperti berikut:
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Asma adalah penyakit yang biasa. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa terkena penyakit ini. Antara ubat yang kerap digunakan ialah INHALER. Adakah anda betul-betul kenal inhaler yang anda gunakan? Ramai juga yang tak tahu teknik betul gunakan inhaler, jadi hasilnya nanti kawalan asma tidak efektif.
JENIS JENIS INHALER
Untuk mudah faham, terdapat dua jenis inhaler sahaja dalam pasaran:
1) MDI ( Metered Dose Inhaler), juga dipanggil Evohaler.
2) Dry Powder Inhaler / Breath Activated Inhaler.
OK, MDI Inhaler / Evohaler, ubat asmanya menggunakan prinsip ‘pressurized gas’ .Untuk guna, kita perlu tekan barulah gas keluar.
Sebab yang keluar ialah gas yang telah dimampatkan, maka koordinasi masa guna MDI Inhaler adalah amat penting. Tak betul cara pakai, gas akan banyak terbazir keluar dari mulut ( dan tak sampai ke paru-paru).
Sebab perlukan koordinasi yang betul, maka kanak-kanak bawah usia 12 tahun selalunya tak boleh gunakan MDI Inhaler dengan betul. Mereka perlukan alat yang dipanggil ‘spacer’. Spacer akan dicocok pada hujung MDI Inhaler, dan kanak-kanak akan menyedut gas menerusi spacer ini.
Manakala utk Dry Powder Inhaler / Breath Activated Inhaler, ia menggunakan ubat dalam bentuk serbuk kering. Ianya lebih mudah di gunakan, tak perlu nak tekan .Tak perlu koordinasi yg rumit utk gunakan ia. Jadi macam mana nak guna? Kita sedut ubat serbuk ini dengan menarik nafas dalam dalam. Muncung bibir perlu di letak pada alat Dry Powder Inhaler, dan kita sedut ke dalam nafas kuat-kuat untuk menarik keluar ubat serbuk kering itu.
==============================================
Ok, Inhaler samada jenis MDI / Evohaler ATAU Dry Powder Inhlaer ini, perlu digunakan pada waktu yang betul. Tang ini ramai patient asma terkeliru, dan ada salah pakai.
Senang cerita, Inhaler digunakan dalam 2 CARA:
1) Guna bila perlu / Inhaler Penyelamat /Inhaler Pelega
2) Guna setiap hari / Inhaler Mencegah
================================================
Inhaler dalam kategori (1), iaitu sebagai Penyelamat atau Pelega, di gunakan hanya bila perlu. Iaitu bila kena attack asma. Bila anda rasa sesak nafas. Jangan di guna setiap hari. Tujuan inhaler ini ialah utk cepat melegakan rasa sesak nafas. Bila kena attack asma, saluran paru paru menyempit. Ubat dlm inhaler penyelamat ini, cepat membuka saluran udara yg sempit.
Utk mudah faham, DI MALAYSIA ini, semua inhaler dalam kategori ( 1) ini, penutup nya ialah berwarna BIRU. Ingat warna ini. Inhaler yg warna BIRU, guna hanya bila perlu sahaja.
Nama yg biasa patient faham utk inhaler jenis ini antara nya:
VENTOLIN INHALER / ASTHALIN INHALER / SALBUTAMOL INHALER. — ini semua inhaler yg sama. Guna bila perlu. Penutupnya BIRU.
————————————————————–
Inhaler dalam kategori ( 2), iaitu Inhaler Mencegah, digunakan SETIAP HARI. Bukan semua patient asma akan dapat ubat inhaler jenis ini.Hanya patient yg agak teruk sikit asma nya akan dibekalkan dengan ubat inhaler kategori ini, supaya asmanya lebih terkawal. Somacam mana nak tahu anda perlukan inhlaler jenis ini,antaranya ialah:
– Anda perlu guna Inhaler Bila Perlu / Penyelamat LEBIH dari sekali sehari
– Atau, hampir setiap malam anda perlu bergantung kepada Inhaler. Bila Perlu / Penyelamat, iaitu hampir setiap malam anda ada attack asma.
Di Malaysia, inhaler yang jenis mencegah / penyelamat ini ada banyak jenis. Maksud banyak jenis itu ialah:
– Banyak jenis warna penutup Inhalernya.
– Banyak jenis rupa botol inhalernya.
Untuk mudah faham, kalau doktor anda bagi inhaler yang mana penutupnya BUKAN WARNA BIRU, ianya perlu di gunakan setiap hari. Tak kira lah bentuk inhaler nya macam mana, macam botol lonjong yg biasa anda tengok,atau bentuk disc /cengkerang. Asalkan BUKAN WARNA BIRU, ianya selalunya perlu di ambil setiap hari.
Warna apa yang ada?
Antara nya Oren, Hijau, Coklat, Ungu, Merah.
INHALER MENCEGAH INI ADA STEROID. TAPI JANGAN RISAU DULU. KUANTITI STEROIDNYA ADALAH KECIL, DAN IANYA DI MASUKKAN KE DALAM PARU-PARU TANPA PERLU DI TELAN ( TAK DISERAP DALAM DARAH). JADI SECARA UMUMNYA, PENGGUNAAN INHALER MENCEGAH YANG ADA STEROID INI ADALAH SELAMAT, MALAHAN AMAT DIPERLUKAN BAGI MEREKA YG AGAK TERUK SIMPTOM ASMANYA.
Berapa lama perlu di gunakan hari hari? Ini bergantung kepada asma anda, umur anda,dan jikalau anda ada penyakit2 lain. Namun secara general, selalunya anda perlu guna inhaler mencegah ini setiap hari selama 3 ke 6 bulan, bergantung. Doktor anda akan tentukan dos yg sesuai utk anda.Ikut arahan doktor.
Isu perbandingan antara rumah sewa vs beli rumah dengan kadar sewa RM1,000 sebulan atau ansuran beli rumah RM1,500 kini kembali tular di media sosial.
Ramai berdebat mengenai pilihan yang paling bijak dalam keadaan ekonomi sekarang ada yang percaya beli rumah lebih berbaloi kerana membina aset, manakala yang lain berpendapat sewa lebih selamat dan fleksibel.
Bagi golongan muda dan pasangan baru berkahwin, menyewa rumah dengan kadar RM1,000 sebulan dianggap pilihan praktikal.
Ia tidak memerlukan modal besar selain deposit dua hingga tiga bulan sewa, dan tidak membebankan dari segi jangka panjang.
Kelebihan utama menyewa ialah fleksibiliti. Anda boleh berpindah bila-bila masa tanpa risau beban hutang.
Jika berpindah tempat kerja atau mahu cuba kawasan baru, penyewa bebas membuat keputusan.
Tambahan pula, kos penyelenggaraan seperti pembaikan besar biasanya ditanggung oleh pemilik rumah.
Namun, kelemahan utama ialah tiada pembinaan aset. Selepas 10 tahun menyewa, anda mungkin telah membayar RM120,000 tetapi rumah itu tetap bukan milik anda.
Malah, kadar sewa boleh meningkat mengikut pasaran atau keputusan pemilik rumah.
Dalam konteks rumah sewa vs beli rumah, ini sering menjadi alasan ramai memilih membeli.
Membeli rumah dengan ansuran RM1,500 sebulan pula dianggap pelaburan jangka panjang.
Walaupun bayaran bulanan lebih tinggi daripada sewa, sebahagian besar daripadanya digunakan untuk membayar pinjaman dan membina ekuiti rumah.
Kelebihan membeli rumah ialah kestabilan dan pemilikan aset.
Anda tidak perlu risau tuan rumah naikkan sewa atau arah keluar. Rumah juga boleh diwariskan, disewakan untuk pendapatan pasif, atau dijual apabila nilainya meningkat.
Dalam konteks pelaburan jangka panjang, rumah sewa vs beli rumah menunjukkan kelebihan nyata kepada pemilik.
Namun, pembelian rumah memerlukan komitmen kewangan besar termasuk deposit 10%, yuran guaman, duti setem, dan kos penyelenggaraan tahunan.
Jika pendapatan tidak stabil, ansuran RM1,500 boleh menjadi beban berat.
Secara matematik, menyewa RM1,000 sebulan selama 10 tahun bermaksud RM120,000 dibayar tanpa pemilikan.
Membeli rumah pula dengan ansuran RM1,500 bermaksud RM180,000 dalam tempoh sama tetapi anda mempunyai rumah bernilai ratusan ribu ringgit yang boleh dijadikan aset masa depan.
Bezanya hanyalah RM500 sebulan, tetapi keputusan bergantung kepada keupayaan kewangan masing-masing.
Jika belum kukuh dari segi kewangan, menyewa mungkin lebih selamat.
Namun jika pendapatan stabil dan mahu kekal di satu tempat, membeli jauh lebih berbaloi dalam perbandingan rumah sewa vs beli rumah.
Tiada jawapan tepat untuk semua orang. Jika anda masih muda, baru bekerja atau belum pasti lokasi tetap, menyewa rumah lebih fleksibel.
Tetapi jika anda sudah stabil dan mahu membina kehidupan jangka panjang, membeli rumah memberi kelebihan aset dan kestabilan.
Akhirnya, keputusan ini bergantung pada matlamat hidup, pendapatan, dan tahap kesediaan kewangan.
Jangan ikut trend semata-mata buat pilihan berdasarkan kemampuan. Dalam dilema rumah sewa vs beli rumah, yang penting ialah keseimbangan antara fleksibiliti dan pelaburan masa depan.
Rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi simbol pelaburan dan perancangan masa depan.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.