Dalam dunia yang semakin global dan pelbagai, penguasaan lebih daripada satu bahasa bukan sahaja menjadi kelebihan, tetapi juga membuka pintu kepada peluang yang lebih luas. Apatah lagi jika bahasa yang dikuasai bukan bahasa pertuturan asal atau mother tongue seseorang. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh penyanyi berbakat, Zubir Khan, atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali.
Zubir sebelum ini pernah mencipta fenomena yang cukup luar biasa menerusi lagu Tamil bertajuk Yennode Macha. Dia berjaya menambat hati ramai peminat, terutamanya daripada kaum India di Malaysia.
Keunikan dan kepetahan beliau dalam berbahasa Tamil membuktikan bahawa seni boleh menjadi alat perpaduan yang ampuh.
Melihat sumbangannya dalam menyatukan masyarakat melalui muzik, tidak hairanlah apabila Zubir diangkat menerima Anugerah Ikon Perpaduan baru-baru ini.
Penghormatan tersebut merupakan satu pengiktirafan berprestij yang diakui sendiri oleh Zubir sebagai sesuatu yang di luar jangkaannya.
“Anugerah Ikon Perpaduan salah satu perkara yang saya tidak pernah jangka akan dapat dan rasa anugerah itu pun kerana lagu Yennode Macha.
“Kerana lagu tersebut digunakan pada Hari Kebangsaan tahun lalu, dan ramai yang mendengarnya tanpa mengira bangsa. Jadi, secara tidak langsung, lagu itu mampu menyatukan rakyat Malaysia,” jelasnya dalam satu temu bual bersama SinarPlus.
Sebagai anak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum, Zubir merasakan keistimewaan itu membantunya diterima dengan baik oleh masyarakat India di Malaysia.
“Saya pula seorang budak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum. Mungkin sebab itu mereka rasa saya layak menerima Anugerah Ikon Perpaduan,” ujarnya sambil tersenyum.
Tanggungjawab di Sebalik Penghormatan
Walaupun bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima, Zubir mengakui bahawa gelaran ini membawa tanggungjawab yang besar. Beliau bertekad untuk terus membawa mesej perpaduan melalui karya seninya.
“Bukan senang sebenarnya, sebab menerima anugerah ini bukan seperti mendapatkan sijil selepas tamat belajar, tetapi ia satu pengiktirafan yang dipilih.
Ads
“Jadi, apabila menerimanya, saya sedar ada tanggungjawab besar yang perlu digalas. Saya fikir selepas ini, saya harus lebih mendekati masyarakat pelbagai kaum. Namun, bagi saya, itu bukan satu masalah,” katanya lagi.
Baru-baru ini, insiden melibatkan tiga penyampai Era FM telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, dan sebagai artis yang sentiasa menitikberatkan perpaduan, Zubir Khan turut memberikan pandangannya.
“Saya bukan tak nak bersuara, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin niat mereka lain, tapi bila sampai ke media sosial, maksudnya jadi berbeza.
“Netizen pula fikir penyampai berkenaan cuba mengejek Tuhan mereka, dan dari situlah timbulnya salah faham,” jelasnya.
Menurut Zubir, perkara yang paling penting adalah berlapang dada dan belajar daripada kesilapan. Beliau percaya bahawa apabila seseorang sudah memohon maaf dengan ikhlas, maka pihak yang terlibat perlu membuka hati untuk memaafkan.
“Kalau kita buat salah, kita minta maaf. Kalau orang itu baik hati, dia maafkan kita. Jadi, itu sahaja,” katanya dengan tenang.
Dengan pengiktirafan yang diterima, Zubir berharap agar dapat terus berkarya dan menyampaikan mesej positif melalui muziknya.
Dunia hiburan memerlukan lebih ramai figura sepertinya – seorang artis yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga membawa misi dan nilai yang lebih besar untuk masyarakat.
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. Hal ini selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, memetik Astro Awani.
Malah, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengesahkan pelantikan ini menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook rasmi Badan Kehakiman Malaysia.
Foto : Bernama
Pelantikan ini dibuat atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, seperti yang diperuntukkan dalam Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkembangan yang sama, Sultan Ibrahim turut memperkenankan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan serta Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, bagi menggantikan penyandang yang akan bersara. Ini adalah langkah strategik untuk memastikan barisan kepimpinan tertinggi badan kehakiman sentiasa segar, progresif dan berdaya tahan menghadapi cabaran semasa.
28 JULAI – HARI BERSEJARAH
Majlis rasmi penyampaian watikah pelantikan serta istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan serta sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara. Tarikh ini bakal mencipta sejarah baharu dalam landskap kehakiman Malaysia.
Seorang lelaki dari China telah mencetuskan perhatian dunia apabila beliau berbasikal selama tujuh bulan dari negaranya ke Arab Saudi dengan tujuan untuk bertemu dengan idola sepak bolanya, Cristiano Ronaldo.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Gong, 24, dari wilayah Anhui di timur China, memulakan perjalanan dari rumahnya pada 18 Mac lalu.
Dia berbasikal ke utara Beijing sebelum pergi jauh ke barat, kemudian memasuki Kazakhstan dari Xinjiang, dan melewati enam negara lain termasuk Georgia, Iran dan Qatar, sebelum tiba di Riyadh, Arab Saudi yang menjadi tempat pemain bola sepak kegemarannya itu berpangkalan pada 10 Oktober lalu.
Lelaki Berbasikal Tujuh Bulan Dari China Ke Arab Saudi
Bagaimanapun, Ronaldo pada masa itu berada di Eropah untuk satu perlawanan, tetapi kakitangan di Al Nassr FC berjanji untuk mengatur pertemuan selama satu minit dengan idolanya itu.
Pada 19 Oktober, seorang lagi peminat Ronaldo dari China, yang digelar Apple, melayan Gong untuk menonton perlawanan antara Al Nassr dan Al Shabab, di mana Ronaldo turut bermain.
Keesokannya iaitu pada 20 Oktober, Gong bertemu Ronaldo di hadapan Kelab Bola Sepak Al Nassr sekali gus merealisasikan impiannya sejak kecil.
Teruja dapat bertentang mata dengan idola
Dalam pertemuan selama satu minit, Gong menganggap ia seperti satu mimpi apabila Ronaldo berjabat tangan, memeluknya, dan menandatangani jersi Al Nassr nombor 7, dan sepanduk yang menulis nama rakan Gong dan ayat, “Apa yang saya impikan adalah cinta sejati dan kebebasan”
Dia memuat naik video pertemuan mereka di laman sosial dengan kapsyen “Saya sudah bertemu wira saya”.
Menurut Gong, idea untuk berbasikal ke Arab Saudi tercetus selepas Ronaldo membatalkan lawatannya ke China kerana kecederaan pada Februari lalu.
Secara keseluruhannya, Gong mengayuh basikal sejauh 13,000 kilometer (km) untuk bertemu bintang kesayangannya itu. Sebagai persediaan, Gong membawa dua bank kuasa 60,000mAh, sebuah khemah, peralatan memasak, pakaian dan beberapa barangan keperluan.
Di sesetengah negara, Gong hanya makan roti kerana harga makanan yang mahal dan dia menggunakan aplikasi terjemahan untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.
Ungkapan ‘tuntulah ilmu sampai ke negeri China’ sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat kita. Ia merupakan satu simbolik dan kata semangat buat sesiapa sahaja untuk menuntut ilmu selagi nyawa dikandung badan. Itulah yang dilakukan oleh penyanyi popular, Tomok.
Penyanyi yang mula mencipta nama pada zaman remajanya bersama kumpulan New Boyz ini berkongsi berita gembira di laman media sosialnya bahawa dia akan menyambung pelajaran lagi.
Difahamkan sebelum ini Tomok juga telah berjaya menggngam ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada lima tahun dahulu.
Dan berita terbaru yang dikongsikan olehnya pada kali ini benar-benar memberikan inspirasi khususnya buat peminat dan pengikutnya di laman media sosial.
Dalam satu perkongsian yang dihantar menerusi laman Instagram, Tomok berkongsi tangkap layar surat tawaran ke program siswazah dalam jurusan Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dalam satu kapsyen ringkas dia berkata, “Perjalanan baru buat saya selepas UUM. Semoga dipermudahkan, Amin!”
Ternyata pada usia 41 tahun, memiliki isteri dan tiga orang anak, Tomok masih mempunyai semangat cukup tinggi untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi.
Ini sekali gus juga memberikan lembaran baharu dalam perjalanan akademiknya selepas menamatkan pengajian dalam bidnang Penguruan Industri Kreatif pada tahun 2020.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Tomok. Semoga menjadi inspirasi terutamanya kepada golongan muda di negara kita!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.