Anda pasti pernah dengar kes tentang bagaimana seorang lelaki yang masih muda dan mempunyai fizikal normal meinggal dunia kerana terkena serangan jantung.

Atau bagaimana seorang yang dilihat sihat tiba-tiba didapati menghidapi penyakit kencing manis kronik.

Ya, perkara-perkara begitu memang pernah terjadi dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi bagaimanakah kita boleh elak daripada ia berlaku?

Untuk mengelak beberapa simptom dan penyakit memang banyak caranya namun salah satu langkah awal ialah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Sebagai lelaki terdapat 5 jenis pemeriksaan kesihatan yang WAJIB anda lakukan dari semasa ke semasa.

TEKANAN DARAH

5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan PERLU Anda Buat, Salah Satunya Kondisi Alat Kelamin

IKLAN

Jangan fikir usia muda anda boleh bebas sepenuhnya dari masalah darah tinggi. Situasi sekeliling boleh menjadi punca tekanan darah meningkat atau dia juga boleh turun tanpa disedari. Jika tekanan darah korang bermasalah risau pula penyakit lain yang singgah. Serangan angin ahmar, pitam, serangan jantung atau kerosakan salur darah antara penyakit berangkai yang perlu boleh anda elak.

MATA

5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan PERLU Anda Buat, Salah Satunya Kondisi Alat Kelamin

Menurut tinjauan di Amerika Syarikat, kira-kira 45 juta rakyatynya mengalami masalah mata akibat proses penuaan. Daripada jumlah itu hanya satu pertiga menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Pemeriksaan mata boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali. Jadi tak salah jika anda buat pemeriksaan mata. Iangat pemeriksaan ini bukan hanya memeriksa anda rabun atau tidak tetapi mengesan penyakit mata yang merbahaya juga.

IKLAN

BACA: Tahukah Anda Dengan 40 Tekan Tubi Sehari Mampu Jauhi Risiko Penyakit Jantung!

KENCING MANIS

5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan PERLU Anda Buat, Salah Satunya Kondisi Alat Kelamin

Antara musuh utama lelaki ialah diabetes atau kencing manis. Ini kerana ia boleh menjejaskan secara langsung kualiti hidup lelaki seperti turunnya nafsu seks atau mati pucuk. Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan atau lahir dari keluarga penghidap kencing manis, ujian ini perlu dilakukan dengan lebih awal.

IKLAN

KADAR KOLESTROL

5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan PERLU Anda Buat, Salah Satunya Kondisi Alat Kelamin

Sebaiknya mulakan pemeriksaan kadar kolestrol seawal umur 20 tahun. Dan setiap antara dua hingga lima tahun untuk pemeriksaan berkala, bergantung kepada paras normal. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density Lipoprotein (LDL). HDL merupakan kolesterol baik yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok, manakala kolesterol LDL adalah kolesterol jahat yang menyumbang kepada sakit jantung.

ALAT SULIT

5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan PERLU Anda Buat, Salah Satunya Kondisi Alat Kelamin

Ya, MASKULIN akui ini merupakan antara subjek taboo bagi ramai lelaki. Ini kerana ia boleh mencabar ego anda sebagau lelaki. Tapi tahukah anda bahawa kanser prostat merupakan antara pembunuh utama lelaki? 90 peratus pesakit kanser ini boleh disembuhkan sekiranya dapat dikesan daripada awal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mengesan sebarang benjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran alat sulit. Jika ada tanda-tanda macam tu, cepat-cepat jumpa doktor!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI