Image by standret on Freepik

Makin lama makin berat pula rasa kereta yang dipandu. Senasi itu pasti anda rasai dan ia merupakan petanda yang harus anda berikan perhatian dengan segera.

Bagi yang tidak mahu fikir panjang dan mempunyai banyak wang mungkin akan terus dibawa ke bengkel untuk dibaiki.

Tapi awas, jangan pula anda tertipu apabila ada bengkel yang terus mengatakan kereta perlu dibaiki secara overhaul di mana ia memakan kos lebih tinggi.

Apabila kereta terasa berat semasa dipandu ia sebenarnya mungkin menjadi indikasi kepada beberapa jenis kerosakan. Berikut MASKULIN kongsi beberapa punca yang boleh menjadi penyebabnya.

TIMING ENJIN LARI

Timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Lakukan semula pelarasan timing enjin kereta semula.

IKLAN

ENAPAN KARBON

Terdapat enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin dalam jumlah yang banyak. Jadi sebaiknya ada cuci karbon setiap dua tahun sekali.

8 Punca Kereta Terasa Berat Ketika Dipandu, Salah Satunya Timing Enjin Lari
Image by standret on Freepik

PENAPIS PETROL TERSUMBAT

Apabila penapis minyak petrol tersumbat ia akan menyebabkan minyak tidak dapat mengalir dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak). Setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

SPARK PLUG

Antara salah satu punca ialah palam pencucuh atau spark plug yang jangka hayatnya sudah melebihi 30,000 km atau setahun sekali.

IKLAN

TEPET TELAH ‘LARI’

Tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal. Jadi lakukan pelarasan tepet setiap satu tahun enam bulan jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh atau dua tahun sekali bagi penggunaan biasa.

PENAPIS ANGIN PENUH HABUK

Penapis angin atau air filter yang dipenuhi dengan habuk atau debu juga boleh menjadi punca kereta terasa berat ketika dipandu. Jadi lakukan servis dengan mencuci atau tukar kepada yang baru jika ia sudah tidak boleh digunakan lagi.

BEARING RODA ROSAK

Bearing pada roda atau tayar mungkin boleh rosak selepas usia kereta mencecah 8 hingga 10 tahun. Bunyi bising seperti berdengung kuat akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km/j ke atas.

IKLAN

BREK CAKERA TERSANGKUT

Brek cakera atau disc brake kereta tersangkut akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa dan diservis. Ia biasanya berlaku kejadian piston brek melekat di mana ia tidak melepaskan semula disc brake selepas brek ditekan.

Pandu kereta perlahan-lahan dengan gunakan gear 1 atau gear 2. Dan anda mungkin boleh mendengar bunyi brek cakera tersangkut atau bergesel. Jadi tukar minyak brek setiap tiga atau empat tahun. Manakala brek pad pula tukarlah bila perlu.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI