“Eh.. tadi pagi test macam muat. Kenapa balik rumah petang ni kasut yang kita beli ni tiba-tiba rasa ketat ek?”

Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini? Kalau pernah, ketahuilah bahawa anda sudah terbeli kasut pada waktu yang salah.

4 waktu sesuai beli kasut

Beli Kasut Pun Kena Ada Waktu Sesuai, Jangan Terus Beli!

Ramai orang tidak tahu bahawa ada waktu-waktu tertentu dan sesuai untuk anda membeli kasut.

Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.

IKLAN

Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :

1. Beli kasut pada waktu petang atau malam

Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.

2. Hujung minggu atau cuti umum

Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.

IKLAN

Beli Kasut Pun Kena Ada Waktu Sesuai, Jangan Terus Beli!

3. Musim perayaan

Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.

IKLAN

4. Beli semasa cukup duit

Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.

Semoga bermanfaat!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI