Aktiviti berlari ini semakin mendapat sambutan dan popular di negara kita. Ramai yang mula menjinakkan diri dengan larian. Terdapat banyak faktor menjadikan larian anda semakin baik dan efisien, antaranya bernafas dengan betul.
Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya apakah jenis dan teknik bernafas yang betul dan boleh dipraktikan di dalam larian anda. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh menjejaskan prestasi anda sendiri.
Ini dia 4 teknik bernafas saat berlari yang boleh anda praktikkan.
Ads
Bernafas dengan hidung dan mulut
Berlari memang memerlukan oksigen yang banyak untuk masuk ke dalam badan. Teknik bernafas menggunakan hidung dan hembuskan melalui mulut sangat digalakan. Ini kerana apabila anda menggunakan teknik nafas melalui hidung sahaja akan mengecilkan saluran penafasan anda. Sekiranya anda bernafas melalui kedua-dua bahagian ia akan lebih lancar dan akan menambahkan lagi stamina anda.
Tiga langkah, Tarik Dan Hembuskan Nafas
Apabila berlari, pastikan anda berlari tiga langkah anda mengambil nafas dan tiga langkah lagi menghembuskan nafas. Jika anda ingin menambah kelajuan, pastikan anda mengambil dua langkah menarik nafas dan selangkah menghembus nafas. Teknik ini sangat membantu untuk anda menjaga penafasan dan tempo larian anda.
Ads
Gunakan nafas perut kecuali memecut
Ads
Sekiranya anda berlari perlahan, jangan gunakan teknik nafas dalam atau melalui dada. Gunakan teknik nafas perut atau ‘Diafragma’ untuk memberi udara masuk terus ke tubuh dan membolehkan anda berlari lebih banyak pusingan.
Keadaan postur badan semasa anda berlari sangat penting bagi melancarkan penafasan anda. Patikan badan tidak terlalu membongkok kerana ia akan mengecilkan postur dada. Luruskan badan anda dan bukakan dada dengan baik barulah anda boleh bernafas dengan betul dan lebih lancar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan alasan untuk dapatkan perut berotot sebab anda boleh buat sofa workout di rumah dengan selesa.
Sambil santai-santai berehat di ruang tamu, buat je sofa workout kerana ia mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Jika konsisten melakukan sofa workout ini, bukan sahaja anda boleh buang lemak di perut, malah anda juga boleh menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat.
Tak perlu sebarang peralatan khusus atau ke gym, jadikan sofa workouts ini sebagai alternatif untuk anda bersenam dan mengeluarkan peluh.
Ini 9 cara anda boleh lakukan sofa workouts di rumah sambil bersantai-santai di ruang tamu.
Tak perlu nak tunggu hujung minggu untuk buat sofa workouts ini. Boleh buat di waktu malam ketika anda sedang menonton tv. Jika anda ikut senaman ini langkah demi langkah secara konsisten, tidak mustahil anda mampu buang lemak di perut dan miliki perut rata yang anda idam-idamkan selama ini.
KLIMS Run 2026 bakal menjadi antara acara larian bandar yang paling unik di Kuala Lumpur apabila ia menggabungkan gaya hidup aktif, komuniti dan masa depan mobiliti dalam satu pengalaman menarik.
Menjelang penganjuran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memperkenalkan satu acara baharu yang cukup menarik perhatian komuniti gaya hidup aktif iaitu KLIMS Run 2026.
Acara larian sulung ini bakal berlangsung pada 17 Mei 2026 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menjadi aktiviti pembuka tirai kepada pameran mobiliti terbesar negara itu.
Bukan sekadar acara larian biasa, acara ini tampil dengan konsep yang menggabungkan kecergasan, komuniti dan masa depan mobiliti selari dengan tema “Beyond Mobility”.
KLIMS Run 2026 dianjurkan sebagai sebahagian daripada program KL Car Free Morning yang cukup popular di pusat bandar Kuala Lumpur.
Dengan jalan raya yang ditutup kepada kenderaan pada waktu pagi, peserta berpeluang menikmati pengalaman larian yang unik di tengah ibu kota tanpa gangguan trafik.
Keadaan ini memberikan suasana berlari yang lebih selamat, santai dan menyeronokkan, terutama bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur pada waktu pagi.
Acara ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif sambil meningkatkan kesedaran tentang mobiliti lestari dan masa depan pengangkutan.
Antara objektif utama penganjuran acara ini termasuk:
• Menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat
• Menghubungkan komuniti melalui aktiviti fizikal
• Menyokong konsep mobiliti lestari
• Mewujudkan keterlibatan awam menjelang KLIMS 2026
Bagi mereka yang ingin menyertai KLIMS Run 2026, berikut merupakan butiran penting yang perlu diketahui oleh peserta.
Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad) Masa pelepasan: 7.00 pagi Lokasi: Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut
Peserta boleh memilih antara dua kategori jarak larian iaitu:
Pendaftaran dibuka secara dalam talian melalui laman web rasmi acara sehingga 26 April 2026.
Setiap peserta yang berdaftar akan menerima beberapa barangan rasmi acara termasuk:
• Baju rasmi acara
• Race bib
• Pingat penamat
KLIMS Run 2026 dilihat sebagai langkah simbolik menuju penganjuran Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 yang bakal berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Sebagai acara automotif terbesar di Malaysia, KLIMS menjadi platform penting untuk mempamerkan inovasi terkini dalam industri mobiliti.
Antara teknologi dan perkembangan yang dijangka menjadi tumpuan di KLIMS 2026 termasuk:
• Teknologi kenderaan elektrik
• Sumber tenaga alternatif
• Sistem mobiliti pintar
• Teknologi automotif generasi baharu
Acara ini dijangka menghimpunkan pelbagai pengeluar automotif, pemain industri, jenama global serta peminat teknologi mobiliti dari seluruh rantau.
Salah satu keunikan KLIMS Run 2026 ialah ia bukan sekadar acara sukan, tetapi juga sebahagian daripada naratif besar tentang perubahan dunia mobiliti.
KLIMS kini tampil dengan identiti baharu sebagai Kuala Lumpur International Mobility Show, mencerminkan perubahan besar dalam landskap industri automotif global.
Selain kenderaan bermotor, pameran ini turut memberi perhatian kepada bentuk mobiliti yang lebih luas seperti basikal, skuter, mobiliti mikro serta teknologi pengecasan EV.
Pendekatan ini menunjukkan bahawa masa depan pengangkutan tidak lagi terhad kepada kereta semata-mata, tetapi merangkumi ekosistem mobiliti yang lebih pintar, efisien dan lestari.
Dengan penganjuran KLIMS Run 2026 sebagai pembuka tirai, KLIMS 2026 dijangka menjadi antara acara mobiliti dan automotif paling dinanti di Malaysia tahun ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai berpendapat, tidur pada waktu tengah hari kurang beri manfaat tatkala ketika itu adalah waktu ‘produktif’. Namun tahukah anda, tidur sebentar pada waktu tengah hari (sekadar 15-30 minit) dipercayai dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran pada waktu petang?.
Kebanyakan kita apabila bangun sahaja dari day napping, kepala rasa pening tapi selepas dalam 8 hingga10 minit kemudian, perubahan ketara akan dialami dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Ini punya kaitan rapat dengan rembesan hormon dalam tubuh manusia.
Pada waktu tengah hari, hormon kortisol menurun ke paras terendah mengakibatkan badan kita rasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk. Oleh itu, kita perlu tidur sekejap supaya badan kembali aktif dan dapat bekerja seperti biasa.
Antara manfaat lain
1) Mengurangkan tekanan di tempat kerja mahupun belajar.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.