Ini sebab ringsek berbasikal
Foto: wavebreakmedia_micro - www.freepik.com

Tidak dinafikan sepanjang tahun 2020 ini aktiviti berbasikal cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Tidak kiralah sama ada artis, eksekutif muda mahu pun pelajar aktiviti berbasikal ini semakin hari semakin popular.

Trend ini dapat dilihat dengan jumlah basikal yang dapat kita lihat di atas jalan raya. Apatah lagi di waktu hujung minggu di mana ia dilakukan secara berleluasa. MASKULIN sangat menyokong aktiviti yang menyihatkan ini.

Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang menyatakan rasa tidak puas hati atau jengkel dengan beberapa kerat mereka yang berbasikal atas beberapa sebab.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelangan. Mungkin itulah yang boleh kita simpulkan tentang sentimen yang berlaku kepada geng berbasikal sekarang. Tidak semua yang membuat onar. Malah ramai yang melakukan aktiviti berbasikal sambil melakuan aktiviti amal.

Beberapa minggu sudah telah tular di mana ada individu bergambar di atas sebatang pkok di sebuah taman popular. Dan dalam beberapa hari ini pula riuh di dalam media sosial apabila ada geng basikal bergambar di lokasi yang tidak sepatutnya.

Kali ini MASKULIN ingin share bebrapa perkara yang mungkin jadi sebab mengapa makin ramai yang jengkel dengan geng basikal.

IKLAN

HALANG LALUAN

Pengguna basikal ada hak untuk berbasikal di atas jalan raya. Yang tidak dibenarkan adalah mungkin di lebuh raya. Walau bagaimanapun ramai pengguna jalan raya lain merasakan ada sesetengah geng basikal suka berbasikal beramai-ramai sehingga menghalang laluan.

Ini Beberapa Sebab Kenapa Orang Makin ‘Hangin’ Dengan Geng Basikal 
Foto: bearfotos – www.freepik.com

TIDAK IKUT UNDANG-UNDANG JALAN RAYA

Sebagai contoh ada yang berbasikal melawan arus di jalan sehala. Walaupun basikal dianggap kecil tapi sedikit sebanyak ada pengguna jalan raya menganggap ia merbahayakan mereka dan orang lain.

TIDAK GUNA PAKAIAN SESUAI

Menunggang basikal terutamanya di waktu malam mempunyai risiko yang tinggi. Apatah lagi jika tidak memakai pakaian yang sesuai. Kepada geng basikal pakailah pakaian yang berwarna cerah atau mempunyai karakter pantulan. Elakkan pakaian gelap yang boleh membuatkan anda sukar dilihat pengguna motokardi jalan raya.

IKLAN
Ini Beberapa Sebab Kenapa Orang Makin ‘Hangin’ Dengan Geng Basikal 
Foto: prostooleh – www.freepik.com

BACA: Berlari vs Berbasikal, Aktiviti Mana Lebih Sesuai Jadi Rutin Senaman

MASALAH PARKING KERETA

Terdapat sesetengah lokasi yang popular di kalangan penggemar aktiviti berbasikal. Untuk ke lokasi yang ingin dituju pastinya mereka menggunakan kereta membawa membawa basikal bersama.

Masalah timbul apabila terlalu ramai orang yang berkumpul di satu tempat dengan ruang parkir kereta yang sangat terhad. Oleh itu ada yang mengambil jalan mudah meletakkan kenderaan di bahu jalan. Ia boleh menghalang laluan dan menyebabkan kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.

IKLAN

LANGGAR LAMPUR MERAH

Sebenarnya bukan sahaja mereka yang menggunakan motosikal lebih ramai yang suka langgar lampu merah di negara kita. Namun mungkin disebabkan basikal itu lebih perlahan ramai yang anggap ia lebih bahaya. Patuhlah undang-undang jalan raya seperti pengguna kenderaan yang lain.

Apa yang MASKULIN boleh simpulkan, sebenarnya hanya segelintir sahaja yang buat onar apabila melakukan aktiviti berbasikal. Apabila ia menjadi popular maka wujudlah orang yang hanya ikut trend semata dan hanya ingin berkongsidi laman media sosia.

Buat geng basikal sejati dan ‘true’, teruskan aktviti anda yang bukan sahaja menyihatkan tapi boleh memberikan seribu satu kepuasan fizikal dan mental.

Jangan kupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=17s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI