Kini semakin banyak kenderaan memasang lampu putih HID. Selain nampak ‘lawa’ dan gah, lampu putih HID juga mampu memberikan cahaya yang lebih terang dan jelas ketika anda memandu.
Namun sedarkah anda bahawa lampu jenis ini boleh memberi gangguan kepada pengguna jalan raya lain?
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, penggunaan lampu putih HID ini sebenarnya berbahaya dan boleh menyebabkan risiko kemalangan terutamanya pada waktu hujan.
Ads
Ingat! Jangan pentingkan diri sendiri kerana ada pemandu lain yang bersama anda menggunakan jalan raya.
ANDA TIDAK SENDIRIAN DI JALAN RAYA
Perhatian kepada pemandu dengan lampu putih terang. Walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.
Ads
Penggunaan lampu putih HID sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain.
Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan maut.
Ads
LEBIH BERBAHAYA KETIKA WAKTU HUJAN
Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu.
Kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia dan penggunaan lampu putih HID ternyata menyuluh jalan pintas ke liang lahad bagi pemandu lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia permotoran, MotoGP dan Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) adalah dua daripada siri perlumbaan motosikal yang paling terkenal.
Walaupun kedua-duanya menampilkan perlumbaan motosikal berkelajuan tinggi, terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua kejohanan ini. Ia sama ada dari segi motosikal, format perlumbaan dan juga peraturan.
Mungkin ramai di antara anda tidak tahu dan menganggap kedua-duanya sama sahaja. Anda sebenarnya silap kerana MotoGP dan WSBK ada perbezaan yang ketara.
Berikut MASKULIN kongsikan apakah perbezaan utama di antara dua siri perlumbaan motosikal paling popular di dunia.
Secara umumnya, MotoGP dianggap sebagai puncak teknologi perlumbaan motosikal di dunia. Motosikal yang digunakan adalah merupakan – bermaksud ia direka khusus untuk perlumbaan dan tidak tersedia untuk dibeli oleh orang awam.
Ia dibina dengan teknologi terkini dan bahan-bahan terbaik, menjadikan motosikal ini amat ringan dan kuat. Manakala motosikal WSBK pula adalah berdasarkan model yang diproduksi dan boleh dibeli dan serta digunakan oleh orang ramai.
Walaupun motosikal ini diubahsuai secara besar-besaran untuk perlumbaan, mereka masih mempunyai banyak komponen yang sama dengan motosikal jalanan biasa.
MotoGP biasanya mengadakan satu perlumbaan utama pada hari Ahad dengan beberapa sesi latihan dan satu sesi kelayakan pada hari-hari sebelumnya.
WSBK pula hadir dengan format sedikit berbeza, di mana terdapat dua perlumbaan utama: satu pada hari Sabtu dan satu lagi pada hari Ahad, serta satu perlumbaan pendek yang dikenali sebagai ‘Superpole Race’ pada hari Ahad pagi.
Ini memberi penonton lebih banyak aksi dan peluang kepada pelumba untuk mengumpul mata.
Siri MotoGP dikawal selia oleh Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) dengan peraturan yang sangat ketat.
Ini termasuklah spesifikasi teknikal yang teliti tentang apa yang dibenarkan dalam hal reka bentuk motosikal, bahan bakar dan elektronik.
Pada sisi lain, WSBK lebih fleksibel dalam beberapa aspeknya. Sebagai contoh ia membolehkan penggunaan beberapa teknologi yang mungkin tidak dibenarkan dalam MotoGP, seperti sistem suspensi elektronik.
Ini menjadikan WSBK lebih dekat dengan pengalaman memandu motosikal jalanan.
Pembalap di MotoGP sering kali dianggap sebagai elit dalam dunia permotoran motosikal, dengan beberapa pembalap yang paling berbakat dari seluruh dunia berlumba dalam kejohanan ini.
Sebaliknya, WSBK juga mempunyai pembalap yang sangat berbakat, tetapi sering kali mereka adalah pembalap yang bergerak dari kejohanan kebangsaan atau yang ingin menunjukkan kemampuan mereka untuk melangkah ke MotoGP.
Kerana MotoGP menggunakan motosikal prototaip, kos untuk mengembangkan dan penyelenggaraan motosikal ini sangat tinggi.
Ini juga menjadikan kejohanan ini sebagai medan uji untuk teknologi baru dalam bidang motosikal.
WSBK pula, walaupun masih mahal, ia adalah lebih murah berbanding dengan MotoGP kerana menggunakan motosikal berdasarkan produksi yang lebih dekat dengan apa yang digunakan oleh pengguna biasa.
Walaupun kedua-dua MotoGP dan WSBK menawarkan aksi perlumbaan yang mendebarkan, ia sebenarnya berbeza dari segi jenis motosikal digunakan, format dan tahap teknologi.
Bagi MASKULIN kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri dan pastinya peminat motosikal sebenar akan mengikuti perkembangan kedua-duanya sekali!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk pelbagai content menarik seperti video di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ducati Diavel 1260 memberi nafas baharu dengan membuat kejutan pada pencinta motor apabila ia membawa versi S pada orang ramai. Ia merupakan generasi kedua dari ducati, pertama pada tahun 2011 dan kini ia kembali lagi dengan 90% bahagian motor adalah baharu dan 10% enjin carry forward atau sama dengan enjin yang lama.
Untuk aksesori tambahan pula, ia didatangkan dengan Ducati Quick Sifter yang akan menukar gear tapa kehilangan kuasa mahu pun pecutan. Malah Lampu Nyaalaan Siang atau Daytime Running Light juga di sediakan.
KUASA YANG DINAMIK
Diavel-1260-S-MY19-03-Gallery-906×510.
Harga pasaran RM 139,900.00 tidak termasuk insurans. Diavel 1260 S memenggunakan kuasa Testasttretta DVT 1260 dengan pemasangan injap Desmodromic, dan unit V-twin 1,262 cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 159 hp pada 9,500 rpm dan 129 Nm tork pada 7,500 rpm, dihantar ke roda belakang menggunakan sistem rantai melalui kotak gear enam kelajuan serta klac jenis slipper.
Ia menawarkan “prestasi sebuah maxi-naked, yang digabungkan bersama ergonomik muscle cruiser. Bagi kedudukan menunggag pula, ia lebih menegak kerana peletak kaki ditarik ke belakang sedikit berbanding kedudukan pada XDiavel. Tinggi tempat duduk boleh dianggap rendah iaitu 780 mm, manakala beratnya pula adalah 244 kg, dan yang menariknya ia menggunakan tayar belakang selebar 240 mm (rim berdiameter 17 inci dan 8.0 inci lebar).
Mod penunggangannya cukup menakjubkan, terutamanya mod ‘Sport’, yang mana telah membuatkan motosikal ini terasa seperti sebuah motosikal lumba sejati. Anda ada pilihan tiga mod iaitu Sport, Touring, dan Urban. Ia disertakan sekali dengan pelbagai bantuan seperti ABS, Kawalan Cengkaman, Ducati Wheelie Control, Cornering ABS, Ducati Power Launch sebuah sistem hands-free yang mengoperasikan penghidup enjin tanpa kunci dan menyambungkan melalui sebuah aplikasi khas.
LEBIH BERGAYA DAN SEXY
Diavel-1260-S-MY19-06-Gallery-1920×1080.
Diavel 1260 S ini masih mengekalkan fungsi-fungsi lama tetapi bentuk yang baharu lebih bergaya dan mengambarkan kejantanan buat si penunggang. Dengan bahu yang luas dan lebar membuatkan si penunggang merasakan sexy. Malah sit atau tempat duduknya dengan jarak roda lebih panjang memberikan perbezaan yang ketara terutamanya pada selekoh yang Panjang. Ia juga lebih stabil ketika membelok kerana keadaan tayar yang lebar dan luas.
Walaupun ia agak berat berbanding dengan motosikal yang lain, tetapi oleh kerana ia rendah dan mudah dipandu, ia tiada masalah. Pelana pada motosikal Diavel yang baharu ini lebih tinggi sedikit berbanding dengan design lama membolehkan si penuggang ke hadapan dan ke belakang sidikit. Malah bentuk nya juga lebih panjang dan langsing dengan roda belakang 240mm.
Malah enjinnya juga di bawa ke belakang sedikit, jadi dia tidak berat di bahagian depan dan akan stabilkan atau centre gravity yang lebih baik. Bukan itu sahaja, malah jika dahulu motor ini mempunyai fungsi split radiator, tetapi kini ia bercantum menjadai satu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi pemilik kereta di antara kerosakan yang boleh membuatkan mereka mengeluh ialah pemampat penghawa dingin atau compressor aircond. Apa tidaknya kos membaik pulih komponen tersebut sememangnya terkenal agak tinggi.
Lebih malang jika kerosakan berlaku pada tengah bulan tatkala poket anda pun sudah semakin kering. Kerosakan compressor ini pula tidak boleh ditangguh dan perlu dibaiki segera, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara kita seperti sekarang.
Mahu tidak mahu kenalah ‘swipe’ kad kredit dahulu atau korek simpanan mana yang ada. Tapi sebenarnya anda boleh mengelak daripada berdepan kerosakan compressor aircond. Malah jika ia diselenggara dengan baik mengikut jadual berkala kerosakan itu tidak akan berlaku.
Namun ada beberapa petanda menunjukkan compressor aircond bakal rosak. Untuk elak daripada wang melayang lebih banyak kenal pasti petanda ini dan baikinya dengan segera!
Salah satu petandanya ialah kandungan gas aircond mula rendah. Jika ada berlaku kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas secara automatik akan berkurangan. Bila ini belaku compressor kereta terpaksa bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Jika dibiar berterusan compressor akan rosak dengan teruk.
Manakala jika kandungan gas terlampau tinggi juga tidak elok. Sekiranya gas disi terlalu banyak ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada compressor. Begitu juga jika anda tertukar jenis gas yang digunakan. Sebaiknya rujuk manual aircond kereta atau pakar aircond sebelum tukar gas.
Jika bahagian coil aircond menjadi sangat kotor ia boleh menjejaskan fungsi sistem aircond untuk beroperasi dengan baik. Perkara ini juga boleh menyebabkan compressor bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Sama seperti manusia, compressor juga tidak akan tahan lama jika dipaksa bekerja terlalu kuat. Ia boleh menjadi terlalu panas dan akhirnya rosak.
Ini antara kerosakan yang paling sukar untuk dikenal pasti. Walapun kerosakannya dianggap minor seperti ada wayar yang terputus namun natijahnya cukup besar sekali. Atau ada fuse yang terbakar lalu menyebabkan kerosakan pada komponen eletkrik. Impaknya boleh menyebabkan compressor juga menjadi rosak.
Bagi mengelak masalah ini lakukanlah pemeriksaan dengan lebih teliti ketika servis aircond secara berkala agar dapat mengesan komponen-komponen yang rosak.
Apabila kurangnya pelincir atau lubricant pada compressor ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan serius.
Walaupun jarang ditukar namun selepas beberapa tahun anda menggunakan kereta, anda haruslah periksa kandungan lubricant pada compressor kereta. Jika ia berkurangan tambahlah dengan segera atau tukar kepada yang baru.
Sayangilah duit anda dan kenali petanda kerosakan yang berlaku pada compressor!
Kredit: thecarpedia.com/
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.