Tanyalah man-mana orang yang memandu kereta atau apa jua kenderaan apakah yang paling ditakuti mereka ketika berada di atas jalan raya?
MASKULIN percaya rata-rata tidak mahu diri mereka terlibat dengan apa jua bentuk kemalangan. Selain kecuaian pemandu terdapat faktor kegagalan fungsi kenderaan itu sendiri yang boleh menjadi penyebab utama kemalangan jalan raya.
Lebih menakutkan ia juga boleh menjadi punca kepada kemalangan maut. Di antara punca kemalangan yang serius adalah disebabkan oleh kegagalan sistem brek kenderaan untuk berfungsi ketika sedang meluncur di atas jalan raya.
Jadi apakah perkara yang harus anda lakukan apabila berdepan situasi brek gagal berfungsi ketika sedang memandu?
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI!
Pertama sekali anda harus mengelak dari melakukan beberapa perkara MASKULIN nyatakan di bawah. Memberhentikan kereta tanpa menggunakan brek memerlukan daya tumpuan serta ketenangan yang luar biasa terutamanya memastikan kereta selamat dari terlibat kemalangan.
Ads
1. JANGAN PANIK – Beberapa saat selepas anda mendapati brek tidak berfungsi amat penting bagi memastikan bukan sahaja keselamatan anda tetapi pengguna jalan raya lain. Jadi anda harus bertenang dan tidak panik!
3. JANGAN TUKAR GEAR MENGEJUT – Apabila ingin menurunkan gear anda tidak seharusnya melakukannya dengan tergesa-gesa seperti dari gear 4 kepada gear 1. Ini boleh menyebabkan kereta hilang kawalan.
3. JANGAN MATIKAN KERETA – Ini juga boleh menjadi punca kereta terbabas disebabkan ‘skidding’. Ia juga akan menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan anda hilang kawalan secara total.
4. GUNAKAN HANDBRAKE DENGAN BIJAK – Jangan tergesa-gesa tarik handbrake dengan kuat. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake dengan tenang. Penggunaan agresif boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan juga terbabas.
3. Turunkan gear dengan ‘slow and steady’. Jika kereta anda ada fungsi cruise control, matikannya dengan segera.
4. Tekan brek sekuat mungkin. Ini kerana kebanyakan sistem brek kereta sekarang mempunyai system dual braking yang secara bebas mengawal brek hadapan dan belakang. Namun ia tidak akan berfungsi jika kedua-duanya telah rosak sepenuhnya.
Ads
5. Gunakan handbrake secara berhati-hati. Penggunaan handbrake tidak akan memberhentikan kereta anda secara langsung namun ia mampu memperlahankan kereta. Pastikan kereta sentiasa terkawal ketika menggunakan handbrake.
6. Guna divider. Jika anda memandu di lebuh raya dan sedang berada dalam kelajuan yang agak tinggi anda boleh menggunakan divider atau rails untuk memperlahankan kereta. Dalam keadaan terdesak ia boleh membantu anda memperlahankan kenderaan.
7. Kawal kereta ke kawasan selamat. Bila kereta sudah meluncur semakin perlahan carilah lokasi sesuai untuk anda berhentikan kenderaan. Elak berhenti di tengah-tengah jalan yang boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna lain.
Semoga kita semua terus dilindungi dan memandulah dengan selamat. Jom subscribe YouTube MASKULIN dan Telegram untuk update terkini!
Setiap kereta memiliki fungsi istimewa yang boleh digunakan pada waktu kecemasan termasuklah dari kategori kereta jenis auto.
Misalnya jika kereta auto anda tiba-tiba baterinya lemah atau ‘kong’, bagaimana hendak recharge akan menjadi seribu satu persoalan.
Jika kereta manual, bolehlah turunkan hand break dan tolak ke tepi tetapi kereta auto ini bagaimana pula caranya? Tak akan lah nak biarkan sahaja.
Jawapannya adalah pada butang shift lock itu.
Butang tersebut membolehkan anda menolak kereta anda walaupun kereta anda adalah kereta auto!
Butang shift lock itu memang dicipta untuk Keselamatan pemandu.
Ini adalah perkongsian yang baik kerana butang shift lock itu memang dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan untuk pemandu.
Jika anda meletakkan pada gear P, kereta anda sudah tidak bergerak. Tetapi jika kereta anda ditunda, bagaimana nak alihkan kepada gear N?
Caranya cukup mudah :
-Matikan enjin ketika gear P
-Cabut kunci kereta
-Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan
-Pada masa sama, Tarik tombol gear dari P ke N
-Setelah gear berada di N, barulah anda lepaskan butang shift lock itu
-Lepaskan break tangan dan ia sudah boleh ditolak atau ditunda
Sama juga jika anda sejenis suka double parking. Anda boleh guna teknik ini untuk kurangkan dimaki pemilik kenderaan yang anda block itu.
Oh ye, MASKULIN juga ada terjumpa satu video yang menerangkan fungsi butang ‘Shift Lock’ dengan lebih jelas daripada Thakib Muhaimin, dengar dan tengok lah betapa bagusnya fungsi sebenar Shift Lock ini…
Selain memastikan minyak pelincir untuk enjin ini sentiasa mencukupi, pemeriksaan minyak hitam juga membolehkan kenderaan anda bergerak dengan lancar.
Dalam masa sama anda dapat mengenal pasti dengan lebih awal jika berlaku kebocoran minyak hitam tanpa disedari yang menyebabkan minyak hitam kurang atau pun minyak hitam yang baru ditukar tidak mencukupi atau terlebih.
Cara periksa minyak hitam
1.
Pertama sekalu buka bonet hadapan kereta anda. Tak pasti tuil dekat mana, boleh rujuk buku manual kereta anda.
2.
Kemudian cari dan kenal pasti kedudukan pelaras pemeriksa. Kebiasaannya ia bertangkai dan bersebelahan dengan enjin.
Tarik ke atas dengan perlahan. Biasanya akan dapat rasa ianya akan berpusing. Ikut putaran semasa tarik dengan lembut.
4.
Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin adalah normal.
5.
Berikut adalah contoh aras minyak yang normal. Ulang langkah 3 dan 4 beberapa kali untuk benar-benar pasti paras minyak hitam tersebut.
Sumber Foto: SPANCO
6.
Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula ke tempat asalnya dan pastikan ianya ditutup rapat.
7.
Jika, aras minyak melebihi aras maksimum atau kurang dari aras minimum, dapatkan nasihat dari bengkel berkaitan masalah yang dihadapi untuk memastikan enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Dinasihatkan juga semasa melakukan pemeriksaan ini, kereta haruslah berada dalam keadaan yang mendatar.
Jangan lupa untuk terus menyokong MASKULIN dengan subscribe ke YouTube kami untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu perkara yang cukup meresahkan kita apabila berdepan cuaca panas ialah bahang di dalam kereta yang diletakkan di kawasan terbuka. Kadang-kadang kereta diletakkan tidak sampai setengah jam pun sudah cukup membuatkan kereta jadi berkuap dan sangat panas.
Ada yang guna teknik turunkan tingkap sedikit untuk kurangkan bahang. Namun teknik itu cukup berisiko dan bahaya untuk keselamatan kereta anda. Hendak tidak hendak, terpaksalah ‘blast’ aircond paling kuat ketika mula memasuki kereta.
Tapi tahukah anda terdapat dua cara yang sangat mudah untuk atasi masalah ini? Selepas ini tidak perlu lagilah turunkan tingkap segala bagai seperti itu.
Berikut dua langkah mudah boleh anda lakukan!
Ketika mula memandu, pastikan flap air-cond tertutup agar kereta kekal sejuk
Tujuan flap air-cond ini ditutup agar udara yang ada di dalam kereta berlegar-legar di dalam kereta sahaja, selain mengekalkan udara yang sejuk sepanjang anda memandu
Ketika letak kereta di kawasan terbuka dan panas, pastikan flap air-cond dibuka
Bila anda parking kereta di tempat panas atau tidak berbumbung, bukakan flap air-cond ini. Ia bertujuan agar pengudaraan keluar masuk dan kereta anda rasa kurang panas.
Sebarang peringatan, jangan lupa tutup semula flap air-cond ini agar habuk dari luar tidak masuk ke dalam kereta.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk info dan tip menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.