Nak beli kereta tapi bajet tak cukup untuk yang baru dari showroom? Dua pilihan yang biasa orang akan pertimbangkan iaitu kereta recond atau kereta second hand.
Tapi, apa beza dua ni sebenarnya? Mana yang lebih berbaloi dari segi kondisi, harga dan jangka panjang? Jom kita tambah ilmu supaya kau tak tersilap langkah bila dah sampai bilik pameran.
Apa Itu Kereta Recond?
“Recond” = Reconditioned.
Biasanya kereta import (Jepun, UK, etc.) yang dibawa masuk ke Malaysia dalam keadaan used, tapi dah dibaik pulih (reconditioned) sebelum dijual.
Walaupun pernah digunakan, kebanyakannya dalam keadaan macam baru dari luaran, dalaman sampai mileage rendah.
Antara jenama popular: Toyota Alphard, Vellfire, Honda Stepwgn, BMW X-series (JDM/UK spec).
Kelebihan:
✅ Rekaan & spesifikasi ‘rare’ (model tak masuk Malaysia secara rasmi) ✅ Mileage selalunya rendah ✅ Teknologi dan features lebih canggih ✅ Lebih jimat dari beli “baru terus”
Ads
Risiko:
❌ Susah nak sahkan sejarah kereta (betul ke mileage rendah?) ❌ Ada kes penipuan – potong sambung, ubah suai, etc. ❌ Kos servis dan alat ganti mungkin mahal (bukan spec tempatan)
Apa Itu Kereta Second Hand?
Kereta tempatan atau import yang telah digunakan di Malaysia dan dijual semula oleh pemilik asal atau dealer.
Contoh: Myvi 2019, Civic 2016, Hilux 2012 – kereta biasa yang pernah pakai jalan kita.
Kelebihan:
✅ Senang nak semak sejarah (boleh minta rekod servis, semak nombor enjin) ✅ Harga lebih murah ✅ Alat ganti senang dapat & murah ✅ Banyak pilihan di pasaran
Ads
Risiko:
❌ Mungkin mileage tinggi ❌ Mungkin pernah eksiden / banjir ❌ Kalau beli dari owner yang tak jaga – kos baik pulih boleh jadi ngeri
So, Mana Lagi Berbaloi?
Situasi
Pilihan
Nak kereta rare, gaya import, condition cun
Recond
Bajet ketat, nak kereta selamat & kos servis rendah
Second hand
Nak kereta cepat untuk guna harian
Second hand
Minat kereta JDM/UK spec tapi tak kisah risiko sikit
Recond
Tip Maskulin Sebelum Beli:
Check dulu dengan JPJ/Puspakom – sahkan status kereta.
Gunakan servis semakan seperti MyCarInfo atau CARSOME untuk tengok sejarah kereta.
Jangan malas test drive. Dengar bunyi pelik? Walk away.
Simpan bajet untuk repair lepas beli. Jangan guna semua bajet untuk bayar deposit je.
Kereta ni bukan sekadar pengangkutan tapi juga lambang gaya hidup, tanggungjawab dan juga identiti. Jadi pilih bijak, bukan ikut emosi. Sama ada recond atau second hand, yang penting kau tahu apa kau cari… dan kau tahu apa risiko yang kau sanggup tanggung.
Menunggang motosikal untuk berjalan dalam jarak yang jauh sangat membosankan kecuali kita selitkan perjalanan tersebut dengan menyanyi.
Jangan pula anda tidak tahu bahawa menyanyi adalah satu terapi yang bukan sahaja menyegarkan malah memberikan semangat untuk berjalan jauh.
Selain menyanyi, anda juga boleh berzikir kerana menerusinya, anda pun dapat pahala dan perjalanan anda insya’Allah diberkati.
3 sebab kena mulut perlu berbunyi
1. Teman jiwa
Semasa menunggang motosikal secara berseorangan, siapa lagi yang ada kecuali diri kita sendiri. Maka, tidak salah untuk menyanyi bagi meneman jiwa kita yang kesunyian.
2. Elak mengantuk
Ia membantu mata dan otak anda untuk fokus ketika berada di jalan raya. Namun jika mata sudah benar-benar berat, berhenti dan berehatlah buat seketika.
3. Hilangkan stress
Menyanyi semasa berada di atas motosikal boleh menghilangkan stress. Ini kerana anda mungkin menjerit atau menyanyi sekuat-kuat hati dan perasaan lega akan muncul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Motosikal merupakan kenderaan yang amat penting di tengah Bandar. Ia selalu digunakan warga kota untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang boleh melambatkan perjalanan dari rumah ke pejabat.
Selain itu, ia juga membantu orang Bandar untuk menjimatkan kos petrol bulanan. Namun, ramai orang mengambil mudah urusan penyelenggaraan atau servis yang sepatutnya dilakukan apabila mencecah jarak perbatuan sebanyak 1500-4000KM.
Penunggang motosikal harus tahu bahawa setiap pengeluar mencadangkan tempoh selamat untuk menukar minyak enjin apabila mencapai jarak perbatuan 1500-4000KM. Jika melebihi jarak tersebut, motosikal anda perlu segera ditukarkan minyak enjin baharu.
Kesan pengabaian tukar minyak adalah:
Masa yang sama anda tiada pilihan lain melainkan tukar sahaja minyak enjin motosikal mengikut kitaran yang sepatutnya. Pastikan untuk menggunakan minyak enjin yang berkualiti tinggi, sama ada mengikut gred yang ditetapkan atau direkomenkan oleh pengeluar.
Akhir sekali, hati-hati dengan minyak enjin tiruan di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saban tahun BMW Motorrad Malaysia sentiasa mengetengahkan seleksi model motosikal mewah yang cukup mengangumkan. Terbaru, mereka telah menampilkan motosikal BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Lebih menarik kedua-duanya hadir secara eksklusif sebagai “First Edition”, sekali gus meluaskan lagi portfolionya bagi pasaran tempatan menerusi jentera terkini yang dirumus untuk perjalanan jauh.
“Sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua ahli baharu dalam keluarga BMW R 18 yang membariskan jentera kruiser serba ikonik.
“BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu merupakan pendamping yang sempurna bagi perjalanan jauh, ia bukan sahaja menawan, malah turut membekalkan keselesaan dan tunggangan berprestasi tinggi di atas jalan raya.
“Memandangkan sempadan antara negeri telah dibuka semula, digandingkan pula dengan ketibaan jentera kruiser baharu ini – ayuh kita terus jadikan Hidup Sebuah Pengembaraan dalam normal baharu, pastinya tanpa membelakangkan keselamatan,” jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.
BMW R 18 Transcontinental First Edition
Kedua-dua model terbaru ini menggandingkan kuasa “Big Boxer” yang mengagumkan dengan konsep casis serba klasik berdasarkan model-model terdahulu, termasuk aneka kelengkapan eksklusif, serta reka bentuk yang memukau.
BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu mempersembahkan reka bentuk lebih panjang dengan bentuk seperti titisan air memberikan dinamika elegan. Ia juga menampilkan elemen-elemen yang bergaya seperti bingkai gulung berkembar, aci universal dengan saduran nikel berglos serta perumah klasik bagi kotak gear gandar belakang, membayangkan jentera “Big Boxers” BMW terdahulu yang bertaraf ikonik.
BMW R 18 Bagger First Edition
Pada bahagian hadapan BMW R 18 Bagger menampilkan fairing lebih rendah dengan sat lebih langsing. Manakala BMW R 18 Bagger pula membawa persona gaya ‘bagger’ yang tipikal.
Varian “First Edition” menghiasi BMW R 18 Bagger dengan roda berkontras dalam warna hitam, manakala BMW R 18 Transcontinental didatangkan dengan roda berkontras dalam warna kelabu perak, di samping angkup brek bersadur krom di hadapan.
FUNGSI INTEGRASI TERBAIK
Hadir dengan Headlight Pro, kedua-dua model menampilkan tafsiran teknologi pencahayaan LED serba klasik yang dapat dilihat pada lampu hadapan, ia turut membawakan fungsi pencahayaan waktu siang.
Lampu hadapan LED utama yang menonjol dengan fungsi lampu rendah dan lampu puncak yang dioptimumkan telah digandingkan dengan indikator membelok LED yang diperbaharui di hadapan.
Indikator membelok LED dengan ciri kefungsian yang terintegrasi di belakang berserta lampu belakang dengan ciri yang sama diintegrasi pada bekas muatan juga membuahkan iras yang mempesonakan. Disediakan secara eksklusif bagi BMW R 18 Transcontinental adalah dua lampu hadapan LED tambahan serta lampu indikator multifungsi.
Di samping itu, teknologi ini juga digunakan untuk memastikan lampu puncak dapat mengekalkan jarak pencahayaan yang tetap dengan mengadaptasi lampu hadapan mengikut jalan raya dan posisi tunggangan, termasuk dalam situasi tunggangan yang dinamik.
Enjin boxer BMW berprestasi tertinggi dengan warisan sejarah dan tork yang mengagumkan.
BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu dikuasakan oleh enjin boxer silinder berkembar yang disejukkan dengan udara/minyak, digelar “Big Boxer”, yang menaik taraf penampilan serta prestasi jentera ini.
Hadir dengan 1802 cc, ia mampu menjana output berjumlah 67 kW (91 kk) pada paras 4,750 rpm, dengan puncak tork bernilai 158 Nm pada paras 3,000 rpm. Kuasa tarikan yang luar biasa, digandingkan dengan jisim tenaga putar yang bersaiz sempurna juga menjamin operasi yang lancar.
Sebagai standard, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu didatangkan dengan mod tunggangan “Rain”, “Roll”, dan “Rock” untuk menunaikan keperluan peribadi seseorang penunggang.
Di samping itu, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) menawarkan taraf keselamatan yang lebih tinggi. Dikawal secara elektronik, MSR mengelakkan kegelinciran pada roda belakang ekoran pendikitan (throttling) atau pertukaran ke gear rendah yang dibuat secara mengejut, meskipun dalam kondisi basah.
Turut dirangkumkan sebagai standard ialah bantuan mengundur, diaktifkan melalui tuil pemilih untuk pengolahan yang mudah, serta Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) untuk memulakan tunggangan di atas curam.
REKAAN KOKPIT
Ruang kokpit telah diberi sentuhan istimewa untuk BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental, ia menampilkan empat instrumen analog bulat serta paparan berwarna TFT 10.25 inci – memadankan penampilan klasik dan ciri kefungsian maksimum dengan sempurna.
Navigasi peta dan keupayaan keterhubungan dibawakan bersama menerusi konsep pengoperasian terintegrasi yang bertahap tinggi – peta navigasi akan dipaparkan di kluster instrumen melalui telefon pintar serta BMW Motorrad Connected App. Bukan itu sahaja, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci dan radio juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian.
Pengalaman bunyi turut dinaik taraf dengan sistem bunyi Marshall Gold Series, ia tampak lebih berbeza dengan gril pelitup pembesar suara berwarna kelabu berserta dengan inskripsi Marshall dalam rona emas.
Bagi BMW R 18 Bagger, ia dilengkapi dengan Marshall Gold Series Stage 1 yang membawakan empat pembesar suara dan seunit penggalak.
Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala yang setiap satunya hadir dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, turut disinambungkan dengan subwufer di bahagian atas hadapan bekas muatan. Penggalak tersebut mempunyai output berjumlah 180 watt.
BMW R 18 Transcontinental pula didatangkan dengan Marshall Gold Series Stage 2, yang meliputi enam pembesar suara dan seunit penggalak. Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, setiap satu disempurnakan dengan subwufer 90 watt di bahagian atas hadapan komponen bekas muatan. Selain itu, terdapat pembesar suara dua hala dengan output berjumlah 25 watt di bahagian sisi hadapan pada penyandar bekas muatan yang terletak di atas. Penggalaknya juga menjana 180 watt.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.