Dalam dunia automotif yang sarat dengan pilihan dan perubahan teknologi pantas, satu model kekal kukuh menawan hati pembeli global, Volvo XC60.
Terkini, SUV bersaiz sederhana ini secara rasmi dinobatkan sebagai kereta Volvo paling laris sepanjang zaman, mengatasi rekod yang sekian lama dipegang oleh ikon klasik, Volvo 240.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, XC60 telah mencatatkan lebih 2.7 juta unit yang terjual di seluruh dunia.
Ia bukan sekadar satu pencapaian jualan, tetapi bukti bagaimana cita rasa dan keperluan pengguna telah berubah. Transisi perubahan daripada estate kepada SUV, daripada kuasa pembakaran dalaman kepada elektrifikasi pintar.
Evolusi Legasi Keselamatan dan Inovasi
Model XC60 bukan sekadar cantik pada reka bentuk atau prestasi pemanduan, malah ia berdiri atas warisan keselamatan yang telah lama dicanai oleh Volvo.
Ads
Dari zaman Volvo 240 dengan teknologi Side-Impact Protection System (SIPS) dan Child Booster Cushion, kini XC60 membawa warisan itu ke hadapan dengan ciri seperti City Safety.
Ia sistem brek automatik pertama dunia yang dipasang secara standard, serta Oncoming Lane Mitigation yang membantu mengelakkan kemalangan daripada lorong bertentangan.
“Hari ini, XC60 mengambil alih peranan itu, bukan sekadar sebagai pilihan keluarga, tetapi juga sebagai model paling berjaya dalam sejarah kami,” kata Ketua Global Offer di Volvo CarsSusanne Hägglund menerusi kenyataan media mereka.
Ads
Ini membuktikan bahawa XC60 bukan sahaja menjadi pilihan pembeli baharu, malah turut menjadi warisan moden kepada mereka yang membesar dengan Volvo 240 dahulu.
Menyahut Masa Depan Elektrik
Dengan pelancaran versi plug-in hybrid, XC60 menjadi antara pemangkin utama kepada pelan elektrifikasi Volvo secara global.
Ads
Tahun lalu, ia dinobatkan sebagai plug-in hybrid paling laris di Eropah, dan data semasa menunjukkan 48 peratus jarak pemanduan oleh pemilik XC60 kini dijana sepenuhnya oleh kuasa elektrik.
Dalam landskap automotif masa kini yang lebih mementingkan kelestarian dan inovasi tanpa mengorbankan gaya serta keselamatan, pencapaian XC60 ini meletakkannya sebagai contoh paling seimbang—antara estetika, fungsi dan masa depan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan pengenalan model pemasangan tempatan (CKD) bagi model Yamaha MT-09 Tracer. Model touring berkenaan merupakan model sesaran besar keempat yang dipasang di kemudahan HLYM di Sungai Buloh, Selangor selepas XJ6 series, MT07 dan MT-09.
Pengenalan model tersebut akan melengkapkan barisan model terkini iaitu MT-07 dan MT-09. Dijana oleh enjin 847cc penyejukan cecair, 3-silinder dengan pancitan bahan api, MT 09 Tracer hanya seberat 190kg.
Enjin CP3 berkenaan menghasilkan kuasa 115PS pada 10,000rpm dan tork maksimum 87.5Nm pada 8, 500rpm.
Enjin tersebut menawarkan kuasa tork tinggi dan dipadankan dengan Sistem Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) sebagai ciri standard.
Gaya MT-09 Tracer ditingkatkan menerusi lampu berkembar dan penghadang angin yang tinggi bagi memberikan keselesaan tunggangan jauh ketika di lebuh raya.
Akan berada di pusat jualan Yamaha terpilih pada minggu depan, harga seunit MT-09 Tracer CKD ialah RM52, 000 (termasuk GST). Perbezaan harga sekitar RM7, 900 berbanding versi import (CBU). Bakal pemilik boleh memilih dua pilihan warna iaitu biru dan kelabu matt.
Mengikut penggunaan normal, tayar kereta biasanya perlu ditukar setiap 5 hingga 6 tahun. Namun ia bergantung juga kepada jumlah kilometer dan kekerapan ia dipandu di atas pelbagai permukaan.
Jadi salah satu cara untuk memastikan ia tidak cepat botak ialah pam tayar kereta berpandukan sukatan PSI (paun inci persegi) seperti tercatat di sisi tayar. Bolehkah ia dipam hingga maksimum ke angka tersebut?
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah tekanan tayar yang tepat amat penting bagi memastikan kelancaran, keselaatan dan ketahanan tayar.
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Di situ terdapat perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Angka tersebut menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik.
Namun anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
2. JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Akhirnya penantian peminat Civic Type R Malaysia tiba ke penghujungnya apabila Honda Malaysia rasmi melancarkan model hatchback itu pada harga RM320,000 (termasuk GST, tanpai insurans).
Pasaran tempatan hanya menerima satu sahaja pilihan warna iaitu White Championship (putih).
Sejak tempahan dibuka Oktober lalu, Honda Malaysia menerima 60 unit tempahan Civic Type R walaupun harga rasmi masih belum diumumkan. Sebaik pelancaran berkenaan, operasi penghantaran akan bermula penghujung tahun ini atau seawal tahun depan.
Sebagai permulaan, Honda Malaysia memperuntukkan sebanyak 150 unit Civic Type R buat pasaran tempatan sehingga Mac depan. Pihak Honda Malaysia akan cuba memendekkan tempoh menunggu model tersebut dengan menambah stok Civic Type R sekiranya menerima respons yang menggalakkan.
Untuk makluman, tempoh menunggu Civic Type R di Jepun selama enam bulan. Ini kerana pengeluaran Civic Type R hanya dijalankan di Kilang Honda Swindon, United Kingdom manakala bahagian enjin dihasilkan di Anna, Ohio (Honda of America Manufacturing Inc).
Dibangunkan dengan rangka badan yang lebih kukuh, Civic Type R menggunakan enjin 2.0 liter VTEC pengecas turbo. Enjin itu menghamburkan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm.
Mungkin ramai yang tertanya mengapa kuasa enjin di pasaran Malaysia sedikit rendah berbanding spesifikasi enjin di Eropah.
Menurut Pembantu Ketua Projek Civic Type R Honda Motor Co. Ltd, Hideki Kakinuma, kuasa enjin Type R bergantung kepada ketersediaan kualiti minyak negara model itu dipasarkan.
“Di Eropah tawaran minyak dengan kadar oktana yang tinggi mudah didapati dan di Malaysia Ron 98-100 tidak ditawarkan di setiap negeri di Malaysia.
“Kerana itu kami menala enjin Civic Type R di Malaysia yang sesuai dengan minyak Ron 95,” katanya.
Beliau juga menyatakan sekiranya pemilik mengisi dengan minyak oktana yang tinggi, ia tidak memberi kesan kepada prestasi enjin kerana rangkaian kuasa pasaran Malaysia dibangunkan untuk Ron 95, seperti mana pasaran Amerika Syarikat.
Buat pemandu yang kaki kirinya manja, jentera ini didatangkan dengan transmisi 6-kelajuan manual. Bahkan klac dan tukaran gearnya begitu lembut. Terima kasih kepada pihak Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Honda menghasilkan transmisi manual yang mampu menukar gear dengan tepat.
Jelas Kakinuma, sistem berkenaan begitu pintar dan tidak akan memberi kesan kepada pengendalian.
“Sekiranya kaki anda lebih pantas berbanding sistem, ia tidak akan overbeat,” katanya.
Menurut penulis, model prestasi dari Honda ini juga tidak begitu menyiksa untuk kegunaan seharian. Honda Civic Type R ditawarkan dengan mod pemanduan “Comfort” selain “Sport” dan “+R”
Model yang diiktiraf sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan rekod 7 minit 43.90 saat di Litar Nurburgring, Jerman itu mampu memecut daripada sifar ke 100km/j dalam tempoh 5.7 saat sahaja.
Tidak seperti VW Golf R, Ford Focus RS dan Mercedes-AMG A45 yang menggunakan sistem AWD, Civic Type R masih menggunakan pacuan FWD. Alasannya biar ringan tetapi Honda juga mengatakan ia sudah menjadi tradisi jenama berkenaan.
Sementara itu, lubang pengudaraan pada hud depan berfungsi menyejukkan intercooler yang terletak di belakangnya. Lubang pada gril turut membantu mendinginkan enjin.
Ventilasi pada hud enjin itu bukan sekadar aksesori tetapi ia juga membantu kestabilan Civic Type R dengan mengalirkan udara ke dalam kereta, melalui mobil dan juga ke bahagian bawah jentera. Jika diperhatikan terdapat celah di antara bampar dan lip spoiler depan bagi ruang laluan angin untuk menyejukkan brek.
Honda Civic Type R dipasangkan dengan tayar Continental SportContact 6 dan dikatakan prestasinya adalah sama dengan Michelin Pilot Sport Cup 2 yang digunakan ketika diuji di Litar Nurburing.
Hot hatchback seharusnya memiliki pengendalian yang mampan. Untuk itu, Honda Civic Type R FK8 menggunakan suspensi independent multi link di belakang dan topang dual axis di depan. Sistem suspensi berkenaan dipertingkatkan bagi menampung kuasa liar dari Civic Type R.
Civic Type R serba baharu berkenaan mengaplikasikan konsep teknologi terkini yang membolehkan ia mencipta rekod baharu bagi model produksi FWD. Pembaharuan signifikan yang dilakukan oleh Civic Type R antaranya penambahbaikan bahagian aerodinamik yang menawarkan prestasi lebih baik dan kestabilan yang cemerlang.
Ketiga-tiga mod tersebut akan menala bahagian Adaptive Damper System (ADS), Drive-by-Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan traksi dan sistem brek. Setiap mod pemanduan menawarkan kestabilan pengendalian dan pemanduan.
Sementara, penggunaan sistem ekzos tiga cara menawarkan rasa sporty menerusi bunyi ekzos yang garang ketika memecut. Ketika sesi pandu uji, menurut penulis ngauman ekzos lebih sedap didengar ketika di dalam kabin berbanding dari luar. Bahkan pada kelajuan medium, ekzos turut menghasilkan bunyi berkuasa manakala pada julat putaran tinggi ia mengurangkan bunyi yang tidak menyenangkan.
Pengalaman mengambil selekoh juga menjadi lebih baik menerusi rim aloi aluminium 20 inci yang direka untuk kelajuan dan pemanduan agresif. Keyakinan membrek diserahkan kepada brek Brembo berprestasi tinggi.
Masuk ke kabin, kesan sporty boleh dilihat menerusi padanan warna hitam dan merah. Posisi duduk Civic Type R lebih rendah dan sporty bersama padanan stereng berbentuk-D. Pada bahagian transmisi tersedia nombor siri pengeluaran jentera.
Untuk melihat dengan lebih dekat model tersebut, kunjungi reruai Honda di Malaysia Autoshow 2017, Maeps, Serdang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.