Hasrat anda untuk mencapai berat ideal pasti musnah jika anda sering melakukan kesalahan ketika bersenam.
Mungkin anda tidak sedar ada beberapa perkara yang telah anda buat ketika bersenam, menyebabkan anda gagal mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.
Sebelum ingin memulakan aktiviti senaman sama ada di ginmasium ataupun di rumah, pastikan anda beri perhatian pada beberapa kesalahan ketika bersenam ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Disebabkan anda anda ingin menurunkan berat atau membina otot, anda tidak mahu menjamah sebarang makanan sebelum bersenam. Ingat! Bersenam dengan perut kosong menyukarkan tubuh untuk membakar lemak dengan baik kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Jika tiada bekalan karbohidrat, otot akan bekerja sendiri ketika proses tersebut dan ini akan menyebabkan kerosakan pada otot.
Ads
2. Tidak memanaskan badan
Sesi memanaskan badan merupakan perkara penting bagi memastikan tubuh anda berada dalam keadaan bersedia. Bahkan otot-otot badan anda juga dapat diregangkan dengan teratur sekali gus mengurangkan berlakunya kecederaan. Jadi sebelum bersenam, buat dulu latihan yang ringan sekurang-kurangnya lima minit bermula daripada kepala sehingga ke kaki.
3. Terus buat senaman berat
Lebih baik memulakan senaman dengan melakukan aktiviti yang lebih ringan dahulu. Pilih gerakan yang lembut dan sesuai dengan keadaan fizikal dan kemampuan diri anda. Misalnya, sebelum anda berlari di atas treadmill, ambil langkah mudah dahulu seperti berjalan dan kemudian berlari-lari anak sebagai permulaan.
Disebabkan rasa teruja, anda memaksa diri untuk melakukan banyak senaman dalam satu masa. Berhati-hati! Tabiat ini sebenarnya berisiko untuk menimbulkan kecederaan atau kesakitan yang berpanjangan pada otot. Pakar mendedahkan bahawa kebanyakan kes kecederaan disebabkan oleh aktivit yang terlalu diregangkan kerana otot-otot tubuh terus-menerus digunakan tanpa istirahat dan pemulihan. Jadi, bersenamlah mengikut kemampuan diri.
Ads
5. Tidak mempelbagaikan senaman
Bukan minda sahaja yang akan rasa bosan jika melakukan senaman yang sama untuk jangka masa panjang tetapi otot anda juga akan turut sama ‘bosan’. Bahkan, anda juga akan gagal melihat perubahan tambahan. Jadi, pelbagaikan aktiviti senaman anda dan ubah suai aktiviti fizikal.
6. Tidak melakukan senaman secara berperingkat
Senaman merupakan satu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan sesuatu yang berada di luar kemampuan secara mengejut. Oleh itu, lakukan senaman secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Jika anda baru bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif.
Ramai orang memilih untuk tidak minum ketika bersenam tetapi ini adalah perbuatan yang salah. Tubuh secara aktif kehilangan cecair semasa anda melakukan aktiviti senaman. Jadi, jangan menyeksakan tubuh dengan tidak minum air kerana ini boleh membawa pada dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan.
Ads
8. Terlalu obsesi dengan latihan kardio
Benar, senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan tetapi jika tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan diperoleh tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan merupakan satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Latihan kekuatan perlu disertakan pada hari melakukan kardio sekurang-kurangnya mengangkat berat dua kali seminggu.
Jika anda menggunakan kasut atau pakaian yang tidak sesuai ketika melakukan senaman boleh meningkatkan risiko kecederaan terutamanya pada sendi, tendon dan tulang belakang. Jadi sesuaikan pakaian dan kasut anda dengan senaman yang anda lakukan.
10. Tidak buat senaman penyejuk badan
Disebabkan anda ingin segera menamatkan aktiviti senaman, anda skip sesi menyejukkan badan. Sebenarnya, sesi penyejukan badan ini juga penting dalam membantu otot melalui proses pemulihan dan berehat. Bahkan menurut kajian, ia juga boleh mengurangkan rasa sengal pada badan selepas anda bersenam.
Subscribe dan tonton video fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perjalanan menurunkan berat bagi setiap individu adalah berbeza. Namun kaedah dan tabiat dalam pemakanan harian sebenarnya tidaklah jauh berbeza. Menukar tabiat pemakanan merupakan satu cabaran yang cukup besar bukan sahaja untuk anda yang ingin berdiet tetapi juga kepada orang lain secara amnya.
Lebih menarik jika tabiat baharu tersebut dapat membantu anda mengurangkan berat badan tanpa perlu mengikat perut atau berlapar!
Sebenarnya perkongsian kali ini bukanlah rahsia besar seperti ingin membuka kotak pandora. Tetapi ia lebih sekadar tabiat pemakanan yang lebih sihat dan juga baik bukan sahaja untuk badan malah kerohanian.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip dan tabiat yang boleh anda lakukan untuk turunkan berat badan tanpe perlu berlapar.
MINUM AIR KOSONG
Pada waktu makan dan di antara makan, minumlah air kosong untuk pastikan perut sedikit terisi, Jadi tidaklah anda berasa ingin makan secara berlebihan. Malah, air kosong juga baik untuk kesihatan terutamanya buat anda yang ingin kurus.
Jangan terlalu gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk kunyah lebih lama. Makanan yang dikunyah lebih lama mampu memperbaiki ia dapat ditelan dengan baik. Selain itu, kunyahan yang lama boleh memberi isyarat kepada otak bahawa anda telah makan dengan banyak sedangkan kuantitinya hanyalah sederhana.
Salah satu teknik yang baik untuk elak makan berlebihan ialah menggunakan pinggan yang lebih kecil. Jangan guna pinggan besar yang secara visualnya akan membuatkan makanan nampak lebih sikit. Sedangkan pinggan kecil memberikan imej sebaliknya.
HIDANGAN PROTEIN
Pastikan setiap hidangan makanan anda turut disertai oleh makanan berprotein. Ia penting dalam diet harian anda.
Mulakan dengan mekakan buah, salah atau sup sayur. Selain baik untuk kesihatan makanan jenis ini membantu anda untuk rasa lebih kenyang sebelum menjamah menu utama.
TINGGI SERAT
Makanan tinggi serat juga penting untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Lebihkan makan buah-buahan berbanding tabiat anda sebelum ini.
SEPARUH PINGGAN BUAH & SAYUR
Cara untuk elak anda makan nasi secara bnerlebihan ialah dengan pastikan ia terisi separuh dengan sayur atau buah-buahan. Usah ambil nasi atau karbohidrat secara berlebihan kerana itu akan buat anda makan lebih banyak daripada sepatutnya.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sakit pada bahagian pergelangan tangan dikenali sebagai DeQuervain’s Tenosynovitis. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada ibu hamil malah mereka yang sering menaip!
Ya, menaip papan kekunci sememangnya memerlukan pergerakan jari yang pantas selain memaksa pergelangan tangan untuk bergerak secara berulang-ulang.
Selain itu, faktor kecederaan atau mendukung bayi misalnya dalam tempoh yang lama turut membolehkan pergelangan tangan kita sakit secara perlahan-lahan.
Apa yang nak dibuat?
1. Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support
Alat sokongan ini dapat mengurangkan pergerakan tangan anda sekali gus membantu saraf pada bahagian tangan untuk berehat.
2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan
Ada kalanya anda mungkin sudah benar-benar tidak tahan dan rasa sakit itu sangat menyucuk! Boleh pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.
3. Hand exercise
Goyangkan tangan anda secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk memastikan darah dapat mengalir dengan sempurna pada bahagian tangan yang sakit.
4. Ice pack pada tempat yang sakit
Dengan meletakkan ice pack pada bahagian yang sakit, anda akan merasa lega buat seketika dan boleh mulakan kerja seperti biasa selepas itu namun, jangan lasak-lasak.
5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit
Anda boleh berjumpa pakar untuk mendapatkan suntikan ubat anti keradangan bagi mengurangkan derita yang anda alami.
6. Pembedahan
Jika terlampau sakit sehingga timbul gelembung otot pada bahagian yang sakit, segera ke hospital bagi mendapatkan temu janji. Berkemungkinan terdapat ketulan yang perlu dibuang dengan segera.
Walau bagaimanapun, sakit ini boleh berulang pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi lelaki yang bakal memasuki usia 30 tahun atau yang sudah berusia 30-an, satu masalah utama pasti menghantui hidup.
Perkara itu kalau tak dikawal dengan baik akan berlaku sedikit demi sedikit tanpa anda sedarinya.
Dan masalah itu tak lain tak bukan ialah masalah perut buncit!
Tapi adakah anda tahu selain mengawal pemakanan, senaman di bahagian perut juga mampu membntu anda bebas dari perut buncit? Ini merupakan 5 senaman yang anda boleh lakukan hatta sedang tengok TV sekali.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba lakukannya sekarang!
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.
2. Crisscross
Senaman ini dilakukan dengan berbaring dan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkatnya sedikit, kemudian kedua belah kaki digerakkan atas ke bawah berulang-ulang. Ia dapat menghilangkan lemak bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut.
Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi bahagian perut dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.
4. Legs Lower
Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut. Pelbagai cara kaedah senaman legs lower ini boleh di lakukan. Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.
5. Flutter Kicks
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ianya mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.