Jika anda menggunakan kereta yang sudah berusia 5 tahun ke atas pasti berdepan masalah seperti ini. Ia adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada pemilik kereta.
Lampu hadapan yang semakin malap tapi bukannya disebabkan oleh mentol tetapi akibat proses pengoksidaan yang berlaku semula jadi.
Anda ingin memandu pada waktu malam tetapi dapati lampu hadapan tidak terang dan mengehadkan jarak pandangan anda. Ia agak bahaya untuk memandu kereta dalam kondisi seperti ini. Jadi apa yang boleh anda lakukan di saat kecemasan begini?
Terdapat satu cara yang mudah dan boleh memberikan kesan yang baik dalam jangka masa pendek. Anda hanya mencucinya dengan menggunakan ubat gigi!
Ingin tahu bagaimana caranya? Ikuti beberapa langkah MASKULIN kongsi di bawah.
IKLAN
LANGKAH 1: PERALATAN DIPERLUKAN
Pertama sekali anda perlu ada beberapa peralatan ringkas seperti berikut;
Ubat gigi
Tuala atau kain buruk
Bekas semburan yang terisi air
Berus
Anda juga boleh gunakan tuala dari jenis fiber untuk kesan yang lebih baik. Untuk ubat gigi pula anda boleh gunakan apa-apa jenis jenama dari jenis yang standard.
IKLAN
LANGKAH 2: GOSOK!
Picitkan ubat gigi ke atas kain. Sapukan ke atas lampu kereta dan gosok secara perlahan. Jika kotoran agak liat, sentalkan dengan lebih kuat. Anda juga boleh menggunakan apa jua jenis pergerakan tangan untuk menggosok untuk kesan lebih baik.
IKLAN
LANGKAH 3: ULANG
Perhatikan kotoran yang terdapat pada kain. Jika ia dapat disental keluar bermakna anda telah berjaya. Jika tidak anda boleh ulang langkah di atas sebanyak beberapa kali.
LANGKAH 4: KERINGKAN
Selepas anda selesa, keringkan dengan menggunakan tuala atau kain lain. Akhir sekali cuba buka lampu hadapan untuk melihat sendiri keberkesanannya.
Jika anda ingin mencari sabun pencuci kereta serba guna, boleh dapatkannya di sini.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Skuter merupakan pengangkutan ideal di kawasan urban. Mudah dikendalikan dan sesuai untuk golongan wanita. Memeriahkan lagi pasaran skuter tempatan, Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Piaggio di Malaysia memperkenalkan model Piaggio Medley S 150 ABS. Pada majlis yang sama, pihak Naza tidak ketinggalan menawarkan model Vespa S125 i-Get.
Pengenalan model berkenaan sempena Naza Merdeka Autofair 2017 yang akan berlangsung hujung minggu ini. Medley dibangunkan buat mereka yang ingin tampil berbeza dengan penampilan elegan dan tidak ketinggalan digabungkan bersama praktikaliti, teknologi dan keselamatan tertinggi.
Spesifikasi Piaggio Liberty ABS dan Piaggio Medley ABS memiliki spesifikasi hampir sama yang mana kedua-duanya menampilkan gaya klasik, sporty dan mewah.
ENJIN: Namun, terdapat perbezaan pada bahagian jana kuasanya. Meskipun Liberty ABS dan Medley ABS masih menggunakan enjin 149cc SOHC i-Get empat lejang silinder tunggal tetapi Medley S 150 ABS dilengkapi dengan sistem start & stop.
Enjin berkenaan dipadankan dengan sistem transmisi CVT automatik yang mampu menghasilkan kuasa 11kW pada 7,750 rpm dan tork maksimum mencapai 14.4 Nm pada 6,400rpm. Enjin berkenaan juga dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi pancitan bahan api yang menyumbang kepada kemampuan memecut pada kelajuan tinggi tetapi masih cekap bahan api.
CIRI PERALATAN: Sementara ciri keselamatan yang dipadankan pada produk asal Itali ini tidak perlu diragukan lagi kerana ia dilengkapi dengan ciri ABS dua saluran. Dengan sistem brek tersebut meningkatkan lagi keselamatan pengguna.
Selain itu, Medley S 150 ABS dilengkapi dengan soket USB yang diletakkan pada ruang simpanan depan. Ini memudahkan operasi mengecas telefon pintar. Bahkan, ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 36.2 liter cukup luas yang boleh memuatkan dua helmet muka penuh.
Untuk keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork bersaiz 33mm di depan. Manakala gandar belakang dilengkapi dengan penyerap hentak bersama gegelung spring dengan preload boleh laras lima peringkat.
Pengendalian menjadi lebih mudah kerana saiz rim depan lebih besar iaitu 16 inci bersama balutan tayar 100/80 dan belakang pula dipadankan dengan rim bersaiz 14 inci bersama tayar 110/80.
Keyakinan menghentikan skuter dengan berat 132kg itu ditugaskan kepada cakera tunggal bersaiz 260mm di depan dan cakera 240mm di belakang.
REKAAN: Dari segi rekaan kurang menarik sebenarnya. Skuter tersebut masih mempertahankan gaya rekaan Eropah dengan sentuhan klasik yang begitu kental. Ia dipadankan dengan lampu utama bersama lampu nyalaan siang LED yang kelihatan lebih tajam dan terpasang secara simetri. Kemudian lampu isyarat membelok dipasang pada badan depan iaitu di bahagian sisi kiri dan kanan dengan rekaan lebih elegan.
Bahagian sisi Piaggio Medley S150 ABS diserlahkan dengan lekukan halus. Ia dilengkapkan dengan rekaan pelana yang mengikut lekukan pada sisi badan skuter itu. Bahagian belakangnya memiliki persamaan dengan Liberty ABS. Rekaan lampu belakang sedikit lebar yang disatukan dengan lampu isyarat membelok.
HARGA: Harga jualan Piaggio Medley S150 ABS: RM17,000 seunit (tidak termasuk GST).
Sempena Naza Merdeka Autofair, 33 orang pembeli pertama akan menerima karier belakang, kotak meletakan barangan, perehat belakang, pelapik kaki dan dua tahun servis percuma selain waranti kilang dua tahun.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Wah, memang gempak! Depan motosikal, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Bahagian hadapan
Bahagian sisi
Bahagian belakang
Bahagian tayar
Bagaimana? Luar biasa bukan? Apa-apa pun, idea untuk mereka kenderaan ini memang betul-betul ‘rare’ dan di luar kotak fikiran kita.
Sesekali pandang, macam berkonsepkan ala-ala Batman pun ada juga. Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang yang mempunyai kereta pasti akan berdepan perkara sama iaitu servis kereta. Dan untuk itu adan harus berhati-hati agar tidak menjadi mangsa cekik darah oleh sesetengah bengkel yang tidak bertanggungjawan.
Jangan biarkan anda menjadi mangsa kena ‘ketuk’ dengan harga tinggi dan bukan-bukan walhal ia sebenarnya harganya tidaklah tinggi sangat.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam jenis bukan sintetik perlu ditukar pada setiap 5,000km perjalanan ataupun selama tiga bulan. Kalau minyak digunakan jenis sintetik, waktu untuk ditukar adalah di mileage antara 7,500km hingga 10,000km.
2. PENAPIS MINYAK (OIL FILTER)
Oil Filter biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.
3. SPARK PLUG
Jadual penukaran spark plug tidak sekerap minyak hitam. Kalau ikut buku selenggaraan kereta, ia ditukar selepas 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tidak ditukar ketika 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera. Harga untuk empat biji spark plug biasanya di antara RM20 hingga RM25.
Hayat bateri kereta korang bergantung kepada cara penggunaan. Kalau pakai bateri jenis ‘free maintenance, anda tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya mahal sedikit daripada bateri biasa. Kalau bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. kalau asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun bateri boleh rosak.
Tip beli bateri: Bateri kereta pun ada yang cetak rompak. Jadi, berhati-hati. Nak selamat, beli jenama yang boleh dipercayai seperti Bosch atau Century.
5. TIMING BELT
Jadual menukar timing belt berlainan mengikut jenis kereta. Kereta Waja biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km.
Jadi, korang hanya perlu menukar timing belt mengikut kenderaan yang korang pandu. Ramai yang tersilap-60,000km dah tukar sedangkan timing belt keretanya masih elok lagi.
6. AIR FILTER
Perlu ditukar setiap 20,000km.
7. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.
8. GEAR OIL (KERETA MANUAL)
Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
9. BRAKE FLUID & POWER STEERING FLUID
Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.
10. RADIATOR COOLANT
Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.
11. MINYAK GEAR
Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.
12. WATER PUMP
Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan. Kira ‘satu harga’ sahaja.
Sumber : page Prowheels M Sdn Bhd.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.