penat senaman sia-sia
2. Foto: freepik - www.freepik.com

Pastinya motivasi untuk meneruskan melakukan rutin senaman akan jatuh apabila berdepan situasi tiada perubahan dapat disaksikan. Penat melakukan senaman tapi sukar untuk melihat sebarang perubahan.

Kondisi seperti ini sebenarnya perkara yang berlaku kepada ramai orang. Malah kepada orang yang sudah lama aktif melakukan senaman. Bayangkan bila sudah penat melakukan senaman tetapi kesannya cukup minimal dirasai,

Dan ini secara tidak langsung boleh membuatkan rasa putus asa untuk terus aktif bersenam. Aapatah lagi dengan rasa penat. Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan senaman anda tidak berkesan. Anda nak tahu apakah yang boleh menyebabkan perkara seperti itu berlaku?

Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!

REHAT MENCUKUPI

Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup. Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.

IKLAN
Penat Bersenam Sia-Sia Saja Jika Lakukan Beberapa Perkara Ini
Foto: aleksandarlittlewolf – www.freepik.com

NUTRISI

Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.

BACA: Buat Larian 10 Minit Sehari Mampu Jauhi Risiko Penyakit Kronik

ATUR PROGRAM

Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas.

IKLAN

Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.

Penat Bersenam Sia-Sia Saja Jika Lakukan Beberapa Perkara Ini
Foto: drobotdean – www.freepik.com

GUNA STRATEGI

Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.

IKLAN

PROSES REGANGAN

Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM). Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.

SENAMAN KARDIO

Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda. Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.

Ikuti video work out menarik di YouTube MASKULIN seperti di bawah. Jangan lupa untuk subscribe!

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=17s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI